Rabu, 19 Disember 2012

Penikam petugas PR di Gombak tempohari telah dikenalpasti!


INILAH MAKHLUK YANG MAIN TIKAM2 KAT GOMBAK!

akhirnya admin berjaya mendapatkan informasi daripada sumber yang amat2 boleh dipercayai ttg siapakah macai yang menikam sorg penyokong PR sewaktu ceramah Jelajah Merdeka Rakyat kat gombak minggu lepas. sila lihat betul2 dan camkan.

nama dia Herry. duduk berhampiran dengan kawasan kejadian. baru berusia dalam 22-23 tahun. budak lagi. pernah kerja polis tapi dibuang akibat kes rasuah dan salah laku. abang dia pula org kuat kepada ketua pemuda UMNO gombak, megat zulkarnain omardin.

menurut informasi yang admin dapat, dia ni DIBAYAR SEBANYAK RM 1,000 khusus untuk buat haru biru dan menimbulkan kekecohan. admin tak pasti sama ada pembuat kecoh yang lain itu turut dibayar sebanyak itu, tapi dengan jumlah RM1,000 tu la yang membuatkan dia ada "lesen besar" bawak kerambit dan menikam bahu salah sorg penyokong PR masa tu.

inilah bukti kejijikan politik ala-BN - sanggup memperalatkan belia untuk menimbulkan kekacauan dan keganasan semata2 ingin menghalang kemaraan Pakatan Rakyat. sebarkan perkara ini! biar satu malaysia tahu kebusukan hati perut UMNO BN dan penghuni2nya!

ramai yang bertanya dari mana admin dapat info berkenaan budak yang menikam petugas PR kat gombak haritu. apa yang admin boleh kata ialah admin dapat info secara first hand daripada sumber yang amat admin boleh percayai - orang tempatan dan dia mengenali budak ni serta tahu kisah yang berlaku.

admin banyak kali cuba taip id FB budak ni kat search box, tapi tak ada match. jadi kalau nak bukak FB dia memang kena taip address terus kat navigation bar.

dan dalam FB dia pun banyak gambar yang dia private - bukan friendlist dia tak boleh nampak.

tapi dia fikir dia boleh lari ke? lu boleh lari dari manusia dan undang2 manusia bai, tapi lu TAKKAN DAPAT LARI DARI ALLAH.

TOLAK KERAJAAN PEROSAK BELIA!

ps : admin nasihatkan jangan la kita kutuk polis. polis2 ni sebenarnya banyak je geng kita. masa admin pi dang wangi hari tu pun, cukup ramai polis yang menyebelahi kita tapi atas arahan atasan, depa terpaksa buat kerja. cuma segelintir macai mcm budak ni je yang buat nama polis jadi busuk.


Isnin, 17 Disember 2012

artikel : SIAPAKAH PERKAUMAN SEBENARNYA?


SIAPAKAH PERKAUMAN SEBENARNYA?

oleh Fais Al-Hajari (Ketua Penerangan DPPKB)

Buat kali pertama dalam sejarah penulis mengenali dunia politik, inilah kali pertama kongres atau perhimpunan agung DAP  - yang tahun ini juga merupakan tahun pemilihan pucuk pimpinan mereka - mendapat liputan meluas media tempatan. Malah, sejak akhir-akhir ini begitu banyak laporan dan liputan diberikan ke atas perhimpunan agung parti-parti komponen Pakatan Rakyat (kecuali PKR setakat ni - mungkin tidak mahu mempromosikan Anwar Ibrahim).

Cuma laporan dan liputan yang diberikan - seperti biasa - hanya menjurus kepada perkara negatif. Dalam ertikata mudahnya, mencari salah untuk disensasikan. Jika adanya ulasan daripada pemerhati politik tanahair, ulasan itu hanyalah datang daripada tokoh-tokoh pemerhati pro-UMNO BN.

Terkini, media menghentam DAP sebagai sebuah parti yang terbukti chauvinis dan bersifat perkauman apabila dikatakan tiada wakil melayu, india atau punjab dalam senarai kepimpinan utama parti itu. Pandangan itu digemakan lagi dengan kenyataan-kenyataan daripada pucuk pimpinan UMNO seperti Najib Razak, Muhyiddin Yassin serta bekas Timbalan Pengerusi DAP yang keluar parti, Tunku Abdul Aziz.
Soalnya, apakah perkauman atau tidaknya sesebuah organisasi itu ditentukan oleh bangsa yang menghuni pucuk pimpinannya semata-mata atau sebenarnya itu bukanlah menjadi faktor penentunya sama sekali?

Baik. Jika pandangan yang menyatakan bahawa sesebuah parti itu merupakan parti perkauman, sudah tentulah kita akan mengatakan UMNO, MCA dan MIC sebagai parti perkauman kerana parti itu sememangnya dihuni oleh melayu, cina dan india masing-masing. Malah jika teori sebegini digunapakai, maka PAS juga merupakan parti perkauman kerana daripada Majlis Syura Ulama hinggalah ke jawatan Presiden membawa kepada senarai Ahli Jawatankuasa Kerjanya, semuanya dihuni oleh kaum melayu belaka.

Tapi, PAS tidak dianggap umum sebagai parti perkauman melayu, sebaliknya PAS dikenali sebagai parti Islam yang membawa perjuangan Islam. Uniknya PAS walaupun dihuni oleh majoriti melayu serta membawa wadah Islam, kaum bukan Islam dengan padu menyokong PAS sehingga mewujudkan DHPP serta banyak lagi perikatan tidak rasmi yang lain. Kenapakah demikian? Ya - tak lain tak bukan kerana DASAR parti PAS yang meletakkan Islam sebagai perlembagaan tertinggi parti. Dek kerana dasar itu, PAS tidak dianggap parti perkauman, sebaliknya dikenali sebagai parti untuk semua kaum dan agama kerana Islam itu sendiri adalah untuk semua.

Begitu juga DAP. Jika dilihat dari komposisi jawatankuasanya, sudah tentulah mereka akan dikatakan sebagai "parti cina", tetapi apakah DASAR perlembagaan dan perjuangan DAP? Iaitulah untuk menjadi sebuah parti bagi SELURUH RAKYAT MALAYSIA. Bermakna, dasar DAP adalah untuk semua kaum dan tidak terhad kepada cina semata-mata. Ini dibuktikan di Pulau Pinang apabila kerajaan negeri yang diterajui DAP (jangan lupa - hanya ada seorang wakil PAS dalam kerajaan negeri) terus menerus memberikan pelbagai bantuan dan galakan kepada sektor agama Islam di negeri itu bermula daripada kenaikan elaun imam, bilal dan guru KAFA hinggalah kepada penambahan peruntukan sektor agama yang kini telah mencecah RM 63.21 juta (sekadar perbandingan, peruntukan agama Islam untuk Negeri Sembilan yang diterajui UMNO hanyalah RM 5.63 juta). Apakah itu boleh menjadi kenyataan jika benar DAP merupakan parti perkauman cina yang chauvinis?

Secara kesimpulannya, perkauman atau tidaknya sesebuah organisasi atau parti itu tidak tergantung kepada komposisi ahli atau jawatankuasa eksekutifnya semata-mata, tetapi ianya ditentukan secara tuntas menerusi dasar dan tindakan-tindakan yang diambil parti tersebut. Jadi berdasarkan penjelasan ini, ternyata parti-parti komponen utama dalam BN itu merupakan parti perkauman tegar lagi chauvinis kerana dengan jelas mereka hanya berminat untuk memperjuangkan kepentingan kaum masing-masing sehingga sanggup mengusik sentimen perkauman bagi memastikan kelangsungan kewujudan mereka, sepertimana yang telah dilakukan oleh Shahrizat Jalil dan Ibrahim Ali dalam ucapan dasar mereka ketika perhimpunan agung organisasi masing-masing.

Bak kata pepatah melayu, telunjuk lurus kelingking berkait.

(sila like fanpage rasmi Pemuda PAS Batu, https://www.facebook.com/pemudabatudotcom. artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis.)

Ahad, 16 Disember 2012

Ketua Pemuda DPPKB dipanggil buat rakaman percakapan aduan berhubung isu Shahrizat


KUALA LUMPUR, 16 Disember / 2 Safar - Ketua Pemuda PAS Kawasan Batu, Abu Bakar Abdul Rahman telah dipanggil oleh pihak Polis bagi merakam percakapan aduan berhubung laporan Polis oleh Dewan Pemuda PAS Kawasan Batu ke atas Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, pagi tadi.

Prosedur rakaman percakapan aduan itu bermula jam 11.15 pagi tadi dan tamat pada jam 12.45 tengahari. Ia dikendalikan oleh ASP Chua Wee Seong.

Laporan Polis itu - yang dibuat pada 3 Disember lalu - dibuat atas sebab kenyataan Shahrizat ketika berucap pada Perhimpunan Agung UMNO yang lalu dilihat berpotensi mencetuskan kegelisahan dan provokasi jahat terhadap umum, selain ianya dilihat sebagai satu cubaan untuk mengapi-apikan sentimen perkauman ketika PilihanRaya UMUM ke-13 semakin menjelang.

Menurut Abu Bakar, ucapan sebegitu tidak dapat diterima sama sekali. "Beliau (Shahrizat) membuat ucapan itu dengan pengetahuan bahawa setiap kata-katanya akan mendapat perhatian umum, apatah lagi ucapannya disiarkan secara langsung melalui televisyen tempatan. Apakah beliau tidak memikirkan tentang risiko dan padah akibat ucapannya itu?" katanya ketika disoal.

Tambahnya lagi, "Kita lihat kesan daripada provokasi terbuka oleh Sharizat telahpun menampakkan bunga-bunga kotornya. Kejadian keganasan sewaktu Jelajah Merdeka Rakyat di Gombak yang menyaksikan aksi membaling batu dan tikam yang mendapat restu Pemuda UMNO Gombak serta ucapan rasis yang sama oleh Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali semalam - semuanya adalah kesan daripada provokasi melampau oleh Shahrizat ini."

Beliau turut menegaskan bahawa ucapan Shahrizat itu tidak spontan, bahkan pastinya telah dirangka terlebih dahulu dan mendapat semakan ramai pihak dalam Pergerakan Wanita UMNO, bahkan oleh pucuk pimpinan UMNO itu sendiri. "Ini menunjukkan UMNO sememangnya mengikut fahaman Machiavelli - menghalalkan cara demi keterdesakan mengekalkan kuasa waima terpaksa mencetuskan huru hara sekalipun."

Ini tidak mustahil kerana secara kebetulan, bapa kepada Perdana Menteri sekarang ini juga terlibat dalam insiden berdarah 13 Mei yang menyaksikan UMNO dan Perikatan sedang mengalami kemerosotan teruk, tambahnya lagi.

Ketika ditanya mengenai harapan beliau berhubung laporan Polis ini, Abu Bakar menjelaskan bahawa sudah tiba masanya Polis wajib mengambil tindakan keras terhadap Shahrizat dan sesiapa sahaja yang cuba mencetuskan huru hara awam. "Berbanding orang awam yang berkata-kata, ucapan pemimpin seperti Shahrizat ini lebih memberi impak kepada masyarakat jadi saya harap pihak polis mengambil tindakan tegas terhadap Shahrizat dan sesiapa juga yang mengeluarkan kenyataan sebegini."

Polis juga harus mengutamakan kepentingan dan kemaslahatan awam dan tidak lagi tunduk kepada tekanan parti pemerintah, tambahnya lagi.

Beliau juga mendesak agar Shahrizat memohon maaf secara terbuka kepada rakyat Malaysia atas kelancangannya.

Ketika Perhimpunan Agung UMNO yang lepas, Shahrizat dalam ucapan dasarnya menyatakan kejatuhan UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan memungkinkan tercetusnya ulangan tragedi berdasar 13 Mei 1969. Ucapan itu mendapat reaksi keras daripada pelbagai pihak termasuklah PAS yang turut menyaksikan respon spontan mengutuk kenyataan itu daripada Naib Presidennya Datuk Mahfuz Omar, Ketuda Dewan Pemuda PAS Pusat Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi serta Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Kamaruzaman Mohamed.

Turut mengiringi Abu Bakar tadi ialah Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kawasan Batu, Nurpais Ismail.

-WPBnews-

Sabtu, 15 Disember 2012

PAS sekutu penting dalam Pakatan, kata Karpal

Pengerusi kebangsaan DAP, Karpal Singh hari ini menyatakan penghargaan secara terbuka ke atas kerjasama PAS dalam Pakatan Pakatan Rakyat.
Karpal menyifatkan PAS sebagai "sekutu penting" yang "berprinsip tegas" walaupun kadang kala berbeza pandangan dengan DAP.

dap national congress 151212 2"PAS adalah sekutu penting dalam Pakatan Rakyat. Kita mungkin ada pandangan berbeza dengan PAS tetapi PAS adalah parti yang berprinsip tegas dan parti yang DAP sangat percayai di samping
PKR," katanya.

Beliau turut mengulangi pendirian DAP yang menyokong ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai bakal perdana menteri Malaysia sekiranya Pakatan Rakyat memerintah negara.

"DAP menyokong Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri Malaysia," kata Karpal ketika menyampaikan ucapan dasar di Kongres ke-16 parti itu di Pulau Pinang, pagi ini.

Sementara itu, setiausaha agung PAS Datuk Mustafa Ali dilaporkan berkata calon perdana menteri itu hanya boleh diputuskan selepas proses penamaan calon pilihan raya umum ke-13 kelak.

Laporan Bernama menyebut, Mustaf berkata calon perdana menteri itu mesti dipilih dalam kalangan calon yang bertanding dan menang dalam pilihan raya berkenaan.

"Saya fikir masa paling baik untuk mengumumkannya ialah selepas penamaan calon kerana orang yang mahu menjadi perdana menteri perlu dipilih. Dia mesti jadi calon (pilihan raya) dan menang baru boleh (dipilih jadi perdana menteri)," katanya seperti dipetik agensi itu.


Khamis, 12 Julai 2012

Terima RM80,000! Awang Adek wajib jawab!


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

Berikut merupakan petikan daripada artikel Harakahdaily berkenaan sidang akhbar oleh Dewan Pemuda PAS Pusat yang mendedahkan kemungkinan rasuah yang melibatkan Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Dr. Awang Adek Hussin.

Isnin, 9 Julai 2012

Gelombang Munajat PRU13 PAS Batu meriah!


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

Pada hari Ahad, 8 Julai 2012 telah berlangsung program Gelombang Munajat PRU 13 anjuran PAS Batu (PAS Kawasan Batu, Dewan Muslimat dan Dewan Pemuda) bertempat di KUIZM, Taman Melewar. Ini merupakan program kali kedua seumpamanya selepas program yang sama 2 bulan lepas.

Program kali ini memuatkan acara solat maghrib dan isyak berjemaah yang diimamkan oleh Saudara Abu Bakar Abdul Rahman selaku Ketua Pemuda PAS Batu (maghrib) dan Ustaz Abdul Kadir selaku Ketua Lajnah Kebajikan Dewan Pemuda PAS Batu (isya'). Taujihat disampaikan oleh Ustaz Muhammad Izzat yang selepas itu turut mengimamkan solat hajat, manakala zikir munajat pula diketuai oleh Saudara Nurpais Ismail selaku Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Batu. Saudara Rafik Masuod mempengerusikan majlis pada malam itu.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali; Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan Hj Mohamad Noor Mohamad, Ketua Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan yang juga AJK PAS Pusat, Ustazah Nuridah Salleh, Yang DiPertua PAS Kawasan Batu, Cikgu Ishak Surin dan Timbalan Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Ustaz Suhaimi Abdul Aziz selain para pucuk pimpinan PAS dari pelbagai peringkat. Para VIP juga sudi meluangkan masa menyampaikan amanah dan pesanan kepada para jemaah sebagai titipan bagi memperkuatkan lagi semangat jemaah menghadapi PRU yang bakal menjelang bila2 masa sahaja.

Mudah2an, majlis yang serba ringkas ini diberkati oleh Allah dan segala munajat dan hajat yang dialun dan dipersembahkan diterima Allah dan seterusnya memperkenankan kemenangan PAS di bumi Malaysia menyusuri jejak langkah Ikhwanul Muslimin di Mesir, insya Allah.

Takbir!

Selasa, 29 Mei 2012

Himpunan Jutaan Maksiat!


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

Tersedak aku bila baca tajuk keratan akhbar metro ni - "konsert membawa PENGISIAN ROHANI kepada belia".

Siapa la mengajar benda karut ni agaknya ye?


Aku terjumpa satu klip temubual satu rancangan hiburan ala2 melodi bersama Shabery Cheek dan dengan jelas dia kata "hiburan ini adalah satu cara yang lebih efektif untuk menyampaikan mesej kepada remaja berbanding ceramah, kuliah..." Agaknya, itulah maksudnya bila depa katakan konsert2 ini akan membawa pengisian rohani kepada belia. Pengisian rohani ke pengisian nafsu?

Isnin, 21 Mei 2012

Ijtimak Pilihanraya dan Munajat Perdana 1 Jun ini di Stadium Darulaman. WAJIB HADIR!


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

Berikut adalah kenyataan rasmi Ketua Penerangan PAS Pusat, Ust Tuan Ibrahim Tuan Man -

Mesyuarat PAS Pusat yang diadakan pada 13hb Mei yang lalu telah membuat keputusan menangguh Muktamar yang dijadualkan awal Jun dan menggantikannya dengan Ijtimak Pilihanraya dan Munajat Perdana yang akan diadakan pada 1hb Jun 2012 di Stadium Darul Aman, Alor Star, Kedah.

Seluruh kepimpinan parti perlu membuat persiapan awal bagi memastikan matlamat himpunan lebih 100,000 ini mencapai kejayaan. Setiap ahli perlu mengambil inisiatif sendiri untuk hadir dalam himpunan perdana ini.

Ijtimak bermula dengan satu taklimat tertutup kepimpinan tertinggi parti seluruh negara dan ahli yang berhormat bersama Presiden bermula jam 10 pagi di kompleks PAS negeri.

Manakala himpunan untuk semua ahli PAS bermula seawal jam 4 petang dan dijangka berakhir jam 12 malam. Bawalah apa-apa yang perlu untuk keselesaan munajat.

Semua program parti yang bertindih dengan program ijtimak pilihanraya hendaklah ditangguhkan.

Munajat perdana insya-Allah akan dipimpin sendiri oleh Murshidul Am Tuan Guru Nik Abd Aziz, manakala amanat Presiden akan menjadi acara kemuncak ijtimak dan berakhir dengan pembacaan ikrar oleh seluruh ahli PAS, sebagai baiah dan janji setia bagi menggarap usaha bagi mencapai kemenangan.

Ijtimak kali ini juga akan disertai oleh beberapa tokoh besar yang menyatakan kesediaan untuk turut sama bergabung dalam PAS. Mereka akan diisytihar secara rasmi bagi menyatakan ikrar dan sokongan mereka kepada parti.

Semua ahli diseru menjadikan ijtimak kali ini sebagai pemangkin kepada pembinaan semangat juang yang tinggi kepada seluruh jentera, ahli dan penyokong parti. Semoga majlis diberkati Allah.

Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man

Ketua Penerangan PAS Pusat

Jadi sama2 kita MEWAJIBKAN kehadiran kita di Stadium Darulaman nnt. TAKBIR!

Selasa, 15 Mei 2012

Cina ajak minum teh, melayu ajak minum arak - mana satu pilihan anda?


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

Banyak kali dah rasanya aku ditanya (atau diserang) mengenai "kenapa PAS lebih sanggup bekerjasama dengan kafir banding dengan saudaranya (UMNO la tu)"? Dan banyak kali jugak la aku menjawab soalan ini dalam pelbagai versi. Sampai naik muak rasanya utk aku jawab benda yang sama sampai banyak kerja aku sangkut.

Untuk kesekian kalinya, dan harapannya buat kali terakhir (aku banyak lagi kerja lain nak dibuat), aku akan menjawab persoalan ini insya Allah secara detail.

ci

Sabtu, 12 Mei 2012

Apabila si jahil mukarrab mengkafirkan ulama...

Apabila si jahil mukarrab mengkafirkan ulama...

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

Rahim Noor is back.

Selepas sekian lama mendiamkan diri natijah daripada kisah "lebamnya mata Anwar" lebih kurang 13 tahun yang lepas, Rahim Noor kembali menjadi bahan buala. Bermula daripada statement2nya berkenaan BERSIH (bersama2 dengan Tun Hanif Omar dan Musa Hassan), baru2 ini dia bertindak setapak lebih ganas dengan melabelkan Tuan Guru Nik Aziz sebagai "bapa kafir" atas alasan "fatwa Nik Aziz menyesatkan orang ramai lalu semuanya turun menyertai himpunan haram iaitu BERSIH".

Perkara ini mengundang pelbagai reaksi dari pelbagai pihak. Puak2 UMNO berkata "rasakan ubat sendiri" merujuk kepada tuduhan depa berkenaan budaya "kafir mengkafir" dalam PAS yang menjadi mainan mulut depa sekian lama. Paling aku respek ialah respon tenang pihak tertinggi dalam PAS sendiri. Depa tidak melenting. Nik Abduh dalam satu kenyataan menggunakan bahasa kiasan yang cukup klasik utk membidas Rahim Noor manakala bapanya yang menjadi mangsa Rahim Noor pula langsung tidak memberikan apa2 komen - "malas nak layan puak yang jahil" jawapannya ketika aku tanya secara peribadi semalam. Ini pastinya memeningkan kepala puak2 UMNO yang mengharapkan PAS dan ahli2nya termakan umpan depa lalu menyerang balas habis2an lalu rancangan depa untuk melarikan fokus daripada tertumpu kepada tuntutan BERSIH berjaya.

Nyata, ahli2 dan pucuk pimpinan PAS begitu bijak menangani isu ini. Tahniah buat kita semua.

Cuma kat sini, aku terpanggil utk memberikan penjelasan secara tertumpu mengenai isu "kafir mnengkafir" ini. Ada beza yang besar apabila tok2 guru pondok dulu mengkafirkan UMNO (UMNO secara kolektif dan tidak ditujukan kepada individu2 dalam UMNO) dengan Rahim Noor membapak kafirkan Nik Aziz.

Kenapa aku perlu mention tok2 guru itu mengkafirkan UMNO secara kolektif? Sebab depa mengeluarkan fatwa itu dengan melihat konteks secara kolektif.

Baik, sebelum itu mari kita rujuk kembali apakah punca tok2 guru ini - yang mempunyai pengaruh yang amat besar dalam kancah politik dan sosiomasyarakat negara pada ketika itu mengeluarkan fatwa sedemikian. PAS sering dituduh UMNO mengkafirkan UMNO. Tapi, tahukah kita bahawa TIDAK PERNAH walau sekalipun, di dalam mana-mana Ucapan Dasar Presiden semenjak PAS ditubuhkan sehingga hari ini, menyatakan yang UMNO itu kafir?

Hakikatnya, mengkafirkan UMNO itu bukan polisi dan dasar PAS. Ini adalah fakta yang tidak dapat dinafikan oleh sesiapa sahaja.

Yang mula mengkafirkan UMNO adalah Tok2 Guru Pondok dari Kelantan dan Kedah semenjak tahun 60an lagi. Isu-isu yang membawa Tok2 Guru ini berijtihad bahawa UMNO kafir adalah:

- Loteri UMNO 1951
- UMNO menghalalkan arak
- UMNO menghalalkan judi
- UMNO menolak hukum shariah Islam dan hukum jenayah Islam
- UMNO menolak Negara Islam
- UMNO menyokong murtadnya Natrah
- UMNO bekerjasama dengan orang bukan Islam untuk menghalang terlaksanya hukum Islam
- UMNO menyebarkan fahaman “Politik Suku Agama Suku” kepada orang2 Melayu Islam
- UMNO menindas institusi-insititusi pondok dan “sekolah2 agama “ rakyat
- UMNO menghalalkan hiburan yang mengkhayalkan
- UMNO membuka kilang arak
- Pemimpin-pemimpin UMNO pada masa itu ramai yang kaki botol dan kaki minum arak
- Pemimpin2 UMNO pada masa itu majoriti meninggalkan solat (kecuali pemimpin2 UMNO dari Johor)

dan banyak lagi sebab-sebab yang membawa kepada ijtihad sedemikian.

Hingga kini kalau kita selidiki, tok2 guru pondok ini walaupun telah tua, masih berpegang dengan ijtihad bahawa UMNO itu kafir. Ertinya mereka tidak pernah berganjak dari ijtihad mereka.

UMNO sudah tentu menggelabah dan berpeluh2 dengan ijtihad yang datang dari Tok-Tok Guru Pondok ini. Rata-rata Tok2 guru ini dihormati dan disegani di atas keilmuan mereka.

Kalau UMNO cuba untuk mendakwa Tok2 guru ini di Mahkamah Syariah, nescaya tiada hakim yang sanggup mendengar kes mereka kerana kesemua hakim2 mahkamah syariah pada masa itu menghormati tok-tok guru pondok ini. MAjoriti mereka adalah anak2 murid kepada tok2 guru tersebut.

Maka, strategi telah dirangka dan akhirnya UMNO membuat cerita fitnah kononnya tuduhan kafir ini datangnya dari PAS dan bukannya dari pondok.

Pada masa itu, secara kebetulan, kubu2 PAS adalah di kawasan yang banyak institusi pondok. Maka, apabila UMNO melayangkan fitnah ini, mudahlah rakyat Melayu mempercayainya. Ini kerana pada tahun 60an rakyat tidak dapat membezakan antara Pondok dengan PAS. Dan oleh kerana media amat jarang pada masa itu, fitnah UMNO ini mudah sahaja ditelan oleh majoriti orang Melayu.

Dan berapa ramaikan orang Melayu pada masa itu yang dapat mendengar Ucapan Dasar yang dibaca oleh Yang Dipertua Agung PAS?

Juga, ramai Tok2 Guru pondok pada tahun 60an memegang jawatan dalam PAS, bertanding pilihanraya mewakili PAS, menjadi Ahli Parlimen dan ADUN PAS serta berkempen dan berusaha mengembangkan pengaruh PAS.

Ingat tok2 guru pondok ni suka suki ke nak mengkafirkan UMNO tanpa sebab? Baik, mari kita rujuk kembali tentang satu kaedah dalam Islam yang dipanggil kaedah "takfir" iaitu berkenaan perihal menyatakan seseorang itu kafir.

Dalam kaedah takfir terdapat dua fasal :

Takfir Mutlak : menghukumi perbuatan dan dalam hal ini hanya memperhatikan satu perkara saja iaitu penyebab kekafiran, yakni dengan terpenuhnya syarat untuk dianggap sebagai mukaffir dari sisi dalil syar'ienya dan dari sisi perbuatannya sendiri yang qoth’iyud dalaalah (nyata sesat dan menyimpang).

Takfir Muayyan : menghukumi pelaku, dalam hal ini yang perlu dilihat adalah dua perkara; iaitu hukum perbuatan itu sendiri sebagaimana di atas (takfir mutlak) dan melihat kepada keadaan pelakunya yang melakukan perbuatan itu sendiri dan tidak terdapatnya maani’ul hukmi (penghalang yang mani') pada orang tersebut. Dalamn ertikata mudah, orang itu buat kekufuran dan dia buat dengan kesedaran.

Baik. Ada pihak berhujah bahawa "mana boleh mengkafirkan orang senang2 sedangkan dia masih lagi bersyahadah"? Kafir menurut bahasa bermakna menutupi. Oleh itu seorang yang terkeluar dari agama Allah ini digelar kafir kerana dia telah menutupi kebenaran atau kerana kekafirannya itu, dia menutupi apa yang sepatutnya dia imani. Kafir menurut syari‘at terbahagi kepada dua iaitu kafir akbar (besar) dan kafir asghar (kecil).

Pertama: Kafir akbar

Ini adalah bentuk kekafiran yang menyebabkan pembuatnya kekal dalam neraka selama-lamanya. Kafir akbar terbahagi kepada 5 jenis:

a) Kafir Takzib (pendustaan) – Kekafiran jenis ini berbentuk mendustakan ajaran yang dibawa oleh para Rasul. Mereka mengingkari ajaran para Rasul dengan lidah dan hati mereka. Ini sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta'ala :

Dan (ingatlah) hari Kami himpunkan dari tiap-tiap umat sekumpulan besar orang-orang yang mendustakan ayat-ayat keterangan Kami, lalu mereka dijaga serta diatur keadaan dan perjalanan masing-masing. Sehingga apabila mereka datang (ke tempat pengadilan), Allah Taala berfirman: "Adakah kamu mendustakan ayat-ayat keterangan-Ku dengan tidak lebih dahulu kamu mengetahuinya secara meliputi? Atau apakah yang kamu telah lakukan?” (an-Naml, 83-84)

b) Kafir iba’ wal istikbar (keengganan dan kesombongan) – Ada sesetengah manusia yang sebenarnya hati mereka mengakui kebenaran ajaran yang dibawa oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, tetapi enggan untuk patuh kepadanya kerana kesombongan. Kekafiran ini adalah sama seperti kekafiran iblis. Iblis tidak menolak kebenaran Allah Subhanahu wa Ta'ala sebagai Rabb yang berhak disembah dan dipatuhi perintah-Nya. Namun penentangan iblis adalah disebabkan kesombongannya. Sikap iblis ini adalah sebagaimana yang telah dihuraikan dalam al-Qur’an:

"Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada malaikat: "Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam." Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; ia enggan dan takbur dan menjadilah ia dari golongan yang kafir" (al-Baqarah, 34).

c) Kafir I’radh – ertinya berpaling dengan pendengaran dan hatinya dari ajaran para Rasul, tidak membenarkan dan tidak pula mendustakannya, tidak mencintainya dan tidak pula memusuhinya serta sama sekali tidak mahu memperhatikan dan mendengar kepadanya. Perilaku ini adalah sebagaimana yang difirmankan oleh Allah ‘Azza wa Jalla:

"Sebuah Kitab yang dijelaskan ayat-ayatnya satu persatu; iaitu Al-Quran yang diturunkan dalam bahasa Arab bagi faedah orang-orang yang mengambil tahu dan memahami kandungannya. Ia membawa berita yang mengembirakan (bagi orang-orang yang beriman) dan membawa amaran (kepada orang-orang yang ingkar); dalam pada itu kebanyakan mereka berpaling ingkar (tidak mahu mengetahui dan memahaminya), maka dengan sebab itu mereka tidak menerima dan tidak mematuhinya". (al-Fussilat, 3-4)

d) Kafir Syak (keraguan) – Ini adalah golongan yang senantiasa di dalam keraguan akan kebenaran ajaran para Rasul.

e) Kafir Nifaq – Iaitu menampakkan keimanan dengan lisan dan perbuatan namun hatinya kafir (orang munafiq). Ini sebagaimana yang difirmankan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala:

"Dan di antara manusia ada yang berkata: "Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat"; padahal mereka sebenarnya tidak beriman". (al-Baqarah, 8)

Kedua: Kafir Asghar

Apabila seseorang itu tidak membuat sesuatu perintah agama, akan tetapi dia tetap menyakini akan kewajipan perintah tersebut, dia tidak dianggap kafir. Contohnya adalah orang yang menyakini akan kewajipan membayar zakat harta tahunan, akan tetapi kerana leka mengejar kehidupan duniawi dia tidak membayar zakar tersebut. Maka orang ini tidak dihukum kafir.

Demikian juga, apabila seseorang itu tidak meninggalkan sesuatu larangan agama, akan tetapi dia tetap menyakini akan keharaman perkara tersebut, dia tidak dianggap kafir. Contohnya adalah orang yang menyakini keharaman hukum minum arak, akan tetapi oleh kerana keterbiasaannya minum sekian lama, dia mendapati sukar untuk menukar tabiat tersebut melainkan bertahap-tahap. Maka orang ini tidak dihukum kafir.

Inilah yang dimaksudkan dengan kafir asghar. Kafir ini tidak mengeluarkan pembuatnya dari agama (masih termasuk dalam golongan yang beriman) dan tidak kekal dalam neraka. Berkata Imam Abu Hanifah rahimahullah dalam kitabnya Fiqh al-Akbar (ms. 102): Kita tidak boleh mengkafirkan seorang muslim dengan setiap dosa, meskipun dosa besar. Kecuali ada unsur menganggap halal maksiat itu. Kita juga tidak menghilangkan akar iman darinya, dia masih disebut orang beriman secara hakiki atau seorang mukmin yang fasik (tetapi) tidak kafir.

Menurut Imam Abu Ja’afar al-Thahawi rahimahullah: "Kita tidak mengkafirkan seorangpun ahlul kiblat kerana dosa-dosa yang dilakukan, selama dia tidak menghalalkan perbuatan dosa tersebut.”

Syaikh Abdul Aziz bin Baaz rahimahullah melanjutkan: Maksud beliau (yakni Imam Abu Ja’afar al-Thahawi), "sesungguhnya Ahlus Sunnnah Wal Jama’ah tidak mengkafirkan seorang Muslim yang bertauhid, beriman kepada Allah dan hari akhir. Mereka tidak dikafirkan kerana perbuatan yang mereka lakukan, iaitu dosa seperti zina, minum khamar (arak), riba’, derhaka kepada orang tua dan sejenisnya, selama pembuatnya tidak menganggap halal perbuatannya. Namun apabila pembuatnya menganggap halal perbuatannya, maka mereka termasuk kafir kerana statusnya telah mendustakan Allah dan Rasul-Nya serta keluar dari agama. Apabila mereka tidak menganggap halal perbuatan dosanya, maka mereka tidak dikafirkan menurut fahaman Ahlus Sunnah wal Jama’ah. Mereka dianggap seorang mukmin yang lemah imannya..."

Hal ini termasuklah tindakan kebanyakan pemerintah negara Islam pada zaman kini yang tidak melaksanakan hukum Allah. Berkata Imam Ibnu Abil ‘Izzi ‘Abdis Salaam dalam kitabnya Syarhul Aqidah ath-Thahawiyah (ms. 323-324): "Di sini wajib untuk kita berfikir (secara cemerlang) bahawa berhukum dengan selain yang diturunkan Allah kadang-kadang boleh menjadi kafir yang mengeluarkan pembuatnya dari Islam (kafir akbar) dan kadang-kadang boleh menjadi maksiat besar atau kecil atau boleh jadi kafir majazi atau kafir asghar (kecil), yang demikian sesuai dengan keadaan hakim/perlaksanaan hukum itu."

Apabila dia meyakini bahawa berhukum dengan selain yang diturunkan Allah adalah tidak wajib dan bahawa dia diberi kebebasan (untuk berhukum dengannya atau tidak) atau dia menghina hukum Allah bersamaan dengan keyakinannya bahawa ia adalah hukum Allah, maka ini adalah kafir akbar.

Apabila dia meyakini wajib berhukum dengan apa yang diturunkan Allah dan dia mengetahuinya tapi dia berpaling darinya, bersamaan dengan pengakuannya bahawa dia berhak mendapat hukuman (atas perbuatannya berpaling dari hukum Allah), maka orang ini telah berbuat maksiat dan ini dinamakan dengan kafir majazi atau kafir asghar.

Berdasarkan penjelasan yang panjang lebar kat atas ni, jelas atau tidak mengenai perihal kafir mengkafir ini? Perlu sekali lagi aku ingatkan bahawa para ulama ini, jika benar depa beramal dengan ilmu depa, tidak akan sewenang2nya mengkafirkan orang lain melainkan jika terdapat landasan hujah dan ilmu yang boleh dijadikan sebagai asbabul fattawa mereka. Depa bukan suka suki nak mengkafirkan orang atas dasar "sertai perhimpunan yang dipengerusikan kafir".

Jadi, berdasarkan penerangan2 kat atas tu, celah manakah dalil dan hujah Rahim Noor ingin membapak kafirkan Nik Aziz? Dan apakah tindakan para tok guru pondok itu mengkafirkan UMNO secara kolektif itu sebagai satu strategi politik sempit, atau berdasarkan ilmu dan kajian menyeluruh depa?

Kenapa aku sebutkan "kafirkan UMNO secara kolektif"? Kerana, di dalam UMNO pun banyak je pihak yang tak bersetuju dengan perangai mungkar UMNO sejak zaman berzaman tetapi mungkin, hidayah Allah belum tiba kat hati depa atau depa masih belum ada kekuatan untuk meninggalkan jemaah yang serba mungkar itu. Kita doakan golongan2 sebegini diberikan kekuatan oleh Allah swt untuk berhijrah kepada jemaah yang benar2 memperjuangkan Islam, terutamanya PAS jika kita merujuk dr segi siasah.

Tidak dinafikan, ada sekerat dua ahli2 PAS yang extreme "lebih sudu dari kuah" dalam menafsirkan perihal kafir mengkafir ini sehingga bertindak sesuatu yang tidak mendapat restu pucuk pimpinan pun seperti menyatakan "haram makan sembelihan puak UMNO" atau "tak boleh berimamkan orang UMNO" dan sebagainya. Aku sendiri tak setuju benda ni dan pucuk pimpinan pun tak setuju benda ni. Cuma biasa la - benda2 terpencil ni la yang dicanangkan oleh UMNO seolah2 SEMUA ahli PAS bersikap sedemikian kerana disesatkan oleh fatwa pemimpin2 PAS, juga seperti kes bai'ah talak tiga (yang sebenarnya bukanlah amalan dalam PAS tetapi diamalkan oleh puak2 yang extreme tak kena tempat dalam PAS) dan sebagainya. Tapi itulah modal puak UMNO dalam usaha memburukkan PAS. Ini menunjukkan depa tadak isu.

Berbalik kepada topik, sudah jelas dan nyata di kala tok2 guru pondok itu mengkafirkan UMNO berdasarkan ilmu depa, Rahim Noor mengkafirkan Nik Aziz berdasarkan kebodohan dirinya. Alas, siapa lagi nak percaya kata2 seorang bekas ketua polis yang pernah menipu tuduh Anwar lebamkan mata sendiri?

Insaf la Rahim - perhatikanlah begitu banyak sahabat anda yang mati dalam penuh keraguan dan kehinaan. Anda sendiri pernah ditimpa bala demi bala. Kalau tak nak insaf jugak, tak tau la.

Sebagai akhiran, aku petik kata2 Nik Abduh ketika respon kebodohan Rahim Noor yang terkini ini -

"1) Apabila sang jahil menghukum ulama, negara tergamam, nadi terhenti beberapa ketika.

2) Apabila iblis berjaya menguasai seluruh diri, lidah dan tangan menjadi pedangnya.

3) Apabila kebatilan semakin menuju keruntuhan, iblis dan manusia tidak segan-segan lagi untuk bergandingan membantu.

4) Ulama UMNO bolehlah pakai sarung tangan bersalaman dengan iblis.

5) Semoga Allah merahmati orang-orang yang bertaubat dan memerangi orang-orang yang memusuhi para ulama dan auliya'nya."

*** artikel ini ditulis oleh Fais Al-Hajari.

Jumaat, 11 Mei 2012

UMNO baru 24 tahun, bukan 66 tahun! Jangan perasan laa...


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

Tahun ini, menurut para pendukung sang keris kontot, depa akan merayakan ulang tahun parti tersebut yang ke 66. Ini berdasarkan kepercayaan depa yang UMNO wujud sejak tahun 1946 iaitu ketika berlaku penentangan terhadap Malayan Union yang diketuai oleh Dato Onn Jaafar.

Benar ke UMNO ini berusia 66 tahun?

Mungkin generasi zaman sekarang, terutamanya yang lahir tahun 1987 ke atas tidak mengetahui atau kurang menyedari hakikat bahawa pada tanggal 4 Februari 1988, UMNO telah diharamkan oleh Mahkamah Persekutuan rentetan daripada kemelut pemilihan UMNO pada ketika itu. 9 hari kemudian, Dr Mahathir telah menubuhkan satu PARTI BARU iaitu Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (BARU) atau akronimnya UMNO(Baru). Menurut undang2 pendaftaran pertubuhan, UMNO dan UMNO(Baru) adalah dua entiti yang berbeza dan tidak bersekali. Bermakna, UMNO yang telah diharamkan pada tahun 1988 itu TELAH MATI dan yang wujud kini hanyalah UMNO(Baru) yang sebenarnya TIDAK ADA KENA MENGENA DENGAN UMNO yang telah mati itu.

Khamis, 10 Mei 2012

Apalah bodohnya peniaga-peniaga ini!


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

Sebetulnya aku nak beri pengisian ttg isu Rahim Noor "bapak kafirkan" Nik Aziz, tapi aku nak sentuh isu ni dulu.

Isunya ialah ada sekumpulan peniaga burger yang kononnya memprotes BERSIH 3.0 hingga menyebabkan depa "rugi besar" tak dapat berniaga pada tarikh keramat 428 yang lalu bukak kedai burger depan rumah Ambiga kat Bangsar. Ambiga menggelarkan depa ni sebagai "tidak matang".

Sebetulnya, aku rasakan yang depa ni bukannya tak matang, tapi bodoh dan diperbodohkan.

Come on la - BERSIH 428 hanya SEHARI. Dalam tempoh 5 tahun, hanya berlaku 3 kali BERSIH - 2007, 2011 dan tahun ini. 2007 dan 2012 menyaksikan tiada larangan memasuki KL secara besar2an sepertimana sewaktu BERSIH 2.0. BERSIH 2.0 menyaksikan KL seperti banda dilanggar garuda apabila jalan semua ditutup, kedai semua DIARAH tutup hingga menyebabkan ekonomi benar2 lumpuh pada masa itu. Sampai kononnya ada makcik jual tudung mengadu kerugian RM20,000 pada hari tu sahaja! Wahhh...

Tetapi, aku ingin menekankan BERSIH 3.0 menyaksikan ramai peniaga mendapat "durian runtuh" - lebih banyak daripada jumlah "durian runtuh" yang diterima oleh warga FELDA baru2 ni. Mana tidaknya - lebih kurang 300,000 umat manusia yang lapar dan dahaga serta kepanasan berkumpul serentak di satu tempat. Orang berniaga yang bijak berniaga akan kelabu mata melihat fakta ini. Ada sorg makcik ambik inisiatif bukak lori berniaga air dan jajan kat sebelah CIMB Jalan Tun Perak - right in the middle of people. Licin licau beb! Bayangkan - katakanlah satu gelas air dijual RM1, rerasa berapakah paling busuk collection para peniaga pada hari itu? Sorang demonstran jarang beli satu air je, dan biasanya kalau masa ni air dijual harga RM2 sebungkus pun, orang beli la.

Sama kesnya di kawasan2 sekitar seperti KK yang berhadapan dengan Kompleks Wilayah - dikerumuni demonstran yang kedahagaan dan kelaparan. Sampai cashier yang menjaga kaunter KK pada masa itu mengadu kepenatan sebab melayan customer teramai dalam sejarah kedai itu. Kat Masjid India kedai mamak semuanya penuh. Pendek kata, ekonomi benar2 bergerak lancar pada ketika tu. Even RapidKL pun sepatutnya senyum lebar sebab jualan tiket LRT pada hari itu dilaporkan meningkat 7 kali ganda - tapi ini tak disiarkan dalam suratkhabar dan media.

Jadi, berbalik kepada para penjual burger yang "malang" itu. Apa pointnya depa nak berniaga depan rumah Ambiga? Protes? Protes kebodohan diri sendiri sebab tak nak ambil kesempatan! Logik akal la - TAK AKAN RUGI KALAU CUTI SATU HARI BERNIAGA. Ingin sekali aku bertanya - pada hari2 perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha depa ni cuti tak? Ke berniaga jugak sebab serakah duit? Kalau depa cuti, berapa lama depa cuti? Seminggu? Sebulan? Apsal tak protes kepada Allah kerana mewujudkan perayaan2 besar Islam tu?

Depa argue barang mentah depa basi dan rosak sebab kononnya dah siap2 nak niaga tapi tak boleh niaga. Siapa suruh tak teruskan niat untuk berniaga? Salah siapa? Plus, itu kalau benar depa dah siap2. Kalau belum? Roti burger ada expiry date. Patty burger lak depa simpan dalam freezer. Celah mana barangan mentah tu boleh busuk dan basi? Budak tadika pun takkan tertipu la dengan helah bodoh ni.

Jangan jadi bodoh, dan jangan benarkan diri diperbodohkan. Orang lain bijak mengambil peluang, korg tanak ambil peluang tu.

Maka proteslah kebodohan diri sendiri.

*** artikel ini ditulis oleh Fais Al-Hajari.

Ahad, 6 Mei 2012

BERSIH 3.0 - Seminggu berlalu, namun darahnya masih mengalir...

Ini adalah catatan peribadi Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kawasan Batu, Saudara Nurpais Ismail yang mengambil inisiatif menyusuri kenangan BERSIH 3.0, seminggu selepas tarikh keramat 428 itu berlalu.

*******


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

Diam tak diam, seminggu sudah berlalu. Tarikh 428 kekal menjadi antara lembaran penting dalam sejarah demokrasi negara. Tarikh itu menjadi saksi buat kali keduanya rakyat Malaysia berbilang kaum, keturunan dan agama turun beramai2 atas satu tujuan, dibawah naungan satu warna iaitu kuning - melambangkan solidariti rakyat Malaysia terhadap institusi Raja-Raja Melayu - demi menuntut penambahbaikan dan reformasi dalam sistem pilihanraya umum negara seterusnya SPR itu sendiri. Dan kali ini, gelora dan gelombang itu jauh lebih besar dan lebih aman - sebelum peristiwa2 tragis yang terjadi lantaran provokasi pihak2 tertentu.

Hari ni, dengan semangat kuning (aku mengenakan baju BERSIH bertulisan jawi hari ni), aku mengambil ruang dan peluang sementara ke pasar Chow Kit tadi untuk menyusuri lembaran sejarah, melewati tempat2 yang menjadi saksi kebangkitan rakyat menentang tirani dan kebejatan sistem pemilihan kerajaan negara kita ini sambil memuhasabah diri.

Khamis, 3 Mei 2012

Kenyataan Rasmi DPPKB mengenai BERSIH 3.0


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang.

Seperti yang kita sedia maklum, Perhimpunan Aman Gergasi BERSIH 3.0 telah berlalu hampir seminggu. Kita juga sedia maklum akan apa yang telah berlaku semasa perhimpunan tersebut terutamanya pada saat-saat akhir sebelum para peserta bersurai di mana berlaku pelbagai insiden termasuklah penguatkuasaan yang agak melampaui batas oleh pihak Polis terutamanya terhadap para peserta demonstrasi dan juga warga media.

Dewan Pemuda PAS Batu di sini tidaklah mahu mengulas lebih lanjut mengenai perihal kekacauan yang berlaku dan menyerahkannya kepada kebijaksanaan pucuk pimpinan Parti Islam SeMalaysia (PAS) dan juga Dewan Pemuda PAS Malaysia untuk menjuarai isu tersebut. Cuma, kami ingin menyatakan juga kekesalan kami tentang betapa kekacauan dan keganasan yang berlaku itu sedikit sebanyak telah menenggelamkan hakikat betapa perhimpunan itu telah berlangsung dengan aman dan tenteram serta terkawal selama 13 jam, bermula sejak malam Sabtu sebelum BERSIH. Lebih malang, perisitiwa yang berlaku itu juga menenggelamkan maqasid sebenar himpunan BERSIH 3.0 ini diadakan, iaitu untuk melahirkan unjuk rasa agar 8 tuntutan penambahbaikan sistem pilihanraya oleh SPR dipenuhi dan dilaksanakan.

Selaras dengan ketetapan yang diambil oleh PAS dan Dewan Pemudanya, Dewan Pemuda PAS Kawasan Batu menyeru agar semua pihak tidak lari daripada fokus utama BERSIH 3.0 iaitu MENUNTUT PENAMBAHBAIKAN DAN REFORMASI DALAM SISTEM PILIHANRAYA NEGARA serta menuntut perubahan dalam SPR itu sendiri berdasarkan 8 tuntutan yang telah digaris dan diperjuangkan sekian lama. Dalam masa yang sama, kami mengalu-alukan sebarang bentuk siasatan bebas mengenai kejadian-kejadian yang berlaku semasa BERSIH 3.0, cuma kami tegaskan bahawa sebarang siasatan yang didakwa bebas itu HENDAKLAH BENAR-BENAR BEBAS dan tidak bersifat "melepaskan batuk di tangga". Kita mahu setiap pihak yang bertanggungjawab mencetuskan huru hara ini dihadap ke muka pengadilan tanpa memilih bulu, tidak kira siapa pun atau apakah kepentingan mereka.

Dewan Pemuda PAS Batu juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan syabas kepada para ahlinya yang bertugas sebagai sukarelawan semasa BERSIH 3.0 iaitu Saudara Abu Bakar, Ustaz Mohamad Noor Kamal, Ustaz Hisyam Yasaa, Ustaz Muhamad Adha, Ustaz Farhan, Ustaz Abdul Kadir, Ustaz Najih, Saudara Zulhaidi, Saudara Mohd Amin, Saudara Ahmad Bahar, dan Saudara Hakimi yang bertindak selaku pembantu perubatan dan Saudara Nurpais Ismail yang bertindak selaku Unit Amal. Juga tidak dilupakan para sahabat yang turut menyertai BERSIH atas pelbagai kapasiti sama ada menerusi gerak kerja Pemuda PAS Pusat, Wilayah Persekutuan mahupun secara individu.

Semoga gerak kerja yang bagus ini berkekalan dan menjadi bekalan untuk kita berhadapan dengan Allah kelak sebagai salah satu amal jariah dan bukti perjuangan kita untuk menegakkan keadilan dan kesaksamaan di dalam Malaysia selaras dengan tuntutan Islam.

Bersama kita terus berjuang memBERSIHkan sistem pilihanraya negara dan seterusnya memBERSIHkan negara daripada kekotoran hasil canaian UMNO-BN.


NURPAIS ISMAIL
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Kawasan Batu

Jumaat, 27 April 2012

Gelombang Munajat PAS Kawasan Batu 22 April


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ, الحمد لله رب العالمين, وصلى الله وسلم وبارك على نبينا محمد وآله وصحبه أجمعين. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ

Pada 22 April lalu, Dewan Pemuda PAS Kawasan Batu dengan kerjasama Dewan Muslimat PAS Kawasan Batu telah menganjurkan program Gelombang Munajat sempena PRU-13 bertempat di Surau Haji Hassan Shukri, Markaz Tarbiyyah PAS Pusat Taman Melewar yang kini dikenali dengan nama Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhamad.

Ahad, 15 April 2012

Sekitar Muktamar PAS Kawasan Batu Kali ke 27, 15 April 2012



Siang tadi, telah berlangsung Muktamar PAS Kawasan Batu Kali Ke-27 bertempat di Dewan Dato' Fadzil Noor, Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhamad (dahulunya dikenali sebagai Markaz Tarbiyyah PAS Pusat, Taman Melewar).

Muktamar PAS Batu kali ini mencatatkan sejarah tersendiri apabila perasmiannya disempurnakan oleh Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) iaitu Saudara Hu Phang Chow. Ini merupakan kali pertama seorang non-muslim merasmikan apa jua muktamar PAS pelbagai peringkat. Ini menunjukkan keterbukaan PAS dalam meraikan hubungan bersama-sama kalangan non muslim seterusnya sebagai satu langkah mengiktiraf kewujudan dan kepentingan DHPP selaku salah satu sayap PAS. Ini juga membuktikan betapa PAS Kawasan Batu, selaku antara kawasan PAS tertua di Lembah Kelang ini sentiasa berinovasi dan terkehadapan menjuarai pembaharuan positif dalam meniti langkah mengharungi landskap sosiopolitik negara.

Khamis, 2 Februari 2012

PERTANDINGAN BADMINTON PEMUDA PAS KAWASAN BATU

Program Pertandingan Badminton Pemuda Pas Kawasan Batu yang diadakan pada 31 Januari 2012 berjalan dengan lancar. Ramai ahli dan juga ahli yang datang ke pertandingan ini yang bertujuan untuk merapatkan ukhuwwah sesama ahli. Tujuan program ini untuk mewujudkan semangat kerjasama dan mengeratkan silaturrahim di kalangan pemuda pas kawasan batu.
ustaz farhan johan pertandingan ini bergandingan dengan orang kuat shah alam

Hampir ditewaskan beregu KP


Menanti penuh debaran


Aksi bersahaja ustaz kadir dengan beberapa skil baru...cuba lagi..


tautan ukhuwwah


orang kuat yang menganjurkan pertandingan ini..tahniah..


mendengar penuh khusyuk perancangan KP..cuba lagi..

Sabtu, 12 November 2011





Majlis Multaqa Pendakwah PAS (12 November 2011)


Pembentangan Kertas kerja 1
YB Dr Dzulkefly Ahmad
Tajuk: Isu-Isu Besar Negara


Pembentangan Kertas Kerja 2
YB Ustaz Dato' Harun Taib
Tajuk: Hudud-Satu Keperluan


Ulasan Kertas Kerja 3
Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
Konsep Negara Berkebajikan

Jumaat, 28 Oktober 2011

TEMPAHAN GERAI IHTIFAL PASTI WILAYAH 2011

Segala tempahan gerai dan maklumat berkaitan sila hubungi:
Fais: 0162751650

Tempat: KUIZM, Taman Melewar
Tarikh: 13 November 2011

Rabu, 12 Oktober 2011

TEMPAHAN GERAI IJTIMA' TARBAWI 28-30 OKTOBER 2011

Segala tempahan gerai dan maklumat berkaitan sila hubungi :

1- Fais - 016 2751650 (fais_alhajari@hotmail.my)

2-Abd Kadir- 019 6742943 / 019 3224717 (abu_asyraff@yahoo.com)

3- Hisyam- 013 9170952 (hishamyasaa@yahoo.com)

Berikut adalah susunan no tapak gerai:dan lokasi tempat tapak gerai









Ahad, 9 Oktober 2011

Orang Berakal Mesti Cari Ilmu

Oleh: YB Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang (Presiden PAS)

Ilmu mengikut takrif (definisi) Islam ialah pengetahuan dan maklumat secara menyeluruh termasuk perkara ghaibiyyat (perkara yang ghaib). Mengikut takrif masyarakat Barat pula, ilmu hanyalah maklumat yang dapat dikesan oleh pancaindera. Ilmu wahyu yang berkaitan dengan perkara ghaib dianggap bukan ilmu.

Manakala hikmah pula ialah meletakkan sesuatu perkara dengan cara yang betul dan baik.

Ilmu dan hikmah adalah hasil akal, satu kurniaan Allah kepada manusia, ia membezakan manusia dengan makhluk yang lain. Allah SWT menciptakan sebagai makhluk yang berakal. Allah menyifatkan mereka dengan beberapa ungkapan yang menarik, dengan lafaz Ulil Albab, Ulil Absor dan lain-lain.

Antara perkara penting yang mesti dilakukan oleh akal ialah mencari ilmu. Hikmah dan ilmu dicapai sama melalui kurniaan Tuhan, secara langsung atau secara belajar, atau hasil dari beramal dengan ilmu, juga kajian dan pengalaman.


Nas-nas al-Quran dan al-Hadis telah memberi penekanan dalam perkara ini, Allah SWT telah mengesahkan tentang kurniaan ilmu kepada Nabi Daud a.s iaitu Rasul yang dipilih untuk memimpin kerajaan yang menjadi contoh Hadharah Islamiyyah sebagaimana firman Allah menerusi ayat 251 surah al-Baqarah yang bermaksud: "Dan Allah mengurniakan kepadanya (nabi Daud) pemerintahan (kerajaan), hikmah (kebajikan) dan mengajarnya (diberi ilmu) daripada apa yang dikehendaki-Nya."

Firmany-Nya lagi menceritakan tentang Nabi Daud dan puteranya Sulaiman a.s: "Dan kepada masing-masing Kami kurniakan hikmah dan ilmu." Ayat 79 surah al-Anbiya.

Allah SWT juga menentukan ayat-ayat yang pertama diwahyukan kepada Rasulullah s.a.w adalah berhubung dengan ilmu. Firman Allah yang bermaksud: "Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu Yang menciptakan (sekalian makhluk),(1) Dia menciptakan manusia daripada sebuku darah beku; (2) Bacalah, dan Tuhanmu yang Maha Pemurah, (3) Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, (4) Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya(5)." - Surah al-Alaq dari ayat 1 hingga 5

Setelah dinyatakan prinsip ilmu, akidah dan akhlak, Allah berfirman kepada rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Perintah yang demikian itu ialah sebahagian daripada hikmah yang telah diwahyukan kepadamu (wahai Muhammad) oleh Tuhanmu dan (ingatlah) janganlah engkau jadikan bersama-sama Allah sesuatu yang lain yang disembah, kerana akibatnya engkau akan dicampakkan ke dalam neraka jahannam dengan keadaan tercela dan tersingkir (dari rahmat Allah)." - Ayat 39 surah al-Isra'.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:"Hikmah itu laksana barang tercicir kepunyaan orang beriman, maka dialah yang berhak mengambilnya." - Hadis riwayat Imam at-Tarmizi dan Ibnu Majah.

Al-Quran adalah mukjizat dalam bentuk ilmu yang dikurniankan kepada Rasulullah s.a.w. Ia adalah mukjizat yang berterusan sehingga hari kiamat. Ia juga mencakupi di dalamnya segala perkara, termasuk perkara yang boleh dikesan oleh akal dan pancaindera manusia, yang mampu dikaji oleh mereka dari masa ke semasa, dan ada perkara yang tidak mungkin dicapai oleh akal dan pancaindera.

Ia adalah sebahagian daripada ilmu Allah SWT yang tidak terhingga dan terbatas luar daripada kemampuan manusia untuk mengkaji dan memahaminya. Al-Quran adalah petunjuk dalam perkara yang telah diketahui oleh mereka. Petunjuk al-Quran adalah penuh dengan hikmah yang tepat dan betul.

Mengikut ajaran Islam, semua ilmu adalah berasaskan peranan manusia yang telah ditetapkan oleh Allah. Oleh kerana itu, Islam tidak sama sekali memisahkan antara urusan rohani dan jasmani, dunia dan akhirat.

Semua sudut penghidupan hendaklah berjalan serentak. Ini disebabkan perjalanan hidup manusia memerlukan makanan rohani dan jasmani. Dunia berfungsi sebagai jambatan menuju akhirat, sama ada menuju ke syurga atau neraka.

Kemampuan manusia adalah terhad, mereka memerlukan pertolongan Allah termasuk dalam urusan dunia, sistem pendidikan, dan pelajaran yang mengendalikan segala pengajian hendaklah memenuhi prinsip, objektif dan matlamat pendidikan Islam dengan acuannya yang tersendiri, iaitu membangunkan manusia dengan iman, ilmu dan akhlak seperti yang disebut oleh Jibril a.s ketika menyoal Rasulullah s.a.w dalam hadis yang kedua menerusi hadis 40 Imam an-Nawawi, di mana hadis itu menjurus kepada persoalan Jibril kepada Rasulullah s.a.w mengenai Islam, Iman, Ihsan dan tanda-tanda kiamat. Baginda s.a.w telah menjawab satu persatu persoalan yang dikemukakan kepadanya.

Setelah selesai pertanyaan Jibril itu, beliau pun beredar, maka baginda s.a.w memanggil Sayidina Umar bin al-Khattab dan bertanya kepadanya, apakah beliau mengenali orang yang bertanya itu, jawab Umar:" Tidak wahai Rasulullah! Allah dan Rasul-Nya sahaja yang mengetahui."

Jawab Nabi s.a.w itulah dia Malaikat Jibril. Dia datang kepada kamu semua untuk mengajar kamu berkenaan agama kamu."

Inilah acuan yang telah melahirkan Hadharah Islamiyyah yang berjaya, tetapi acuan ini telah ditinggalkan. Pada zaman ini telah berlaku perkara yang dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w. Negara-negara Teluk Parsi yang kaya dengan minyak dahulunya adalah kawasan pengembalaan kambing, begitu juga di daerah lain di dunia ini termasuklah Malaysia.

Kini manusia berlumba-lumba mendirikan bangunan-bangunan tinggi oleh kalangan hartawan jadian untuk menunjuk-nunjuk kemewahan di tengah-tengah lautan manusia yang hidup terbiar dibelenggu kemiskinan dan kemelaratan.

Isnin, 19 September 2011

Makin Dikutuk, Makin Ditiru Buku Jingga


Sekiranya benar apa yang dilaporkan media, PAS akan menyambut baik cadangan bagi memansuhkan akta zalim ISA, kerana ia bertentangan dengan dasar Islam dan tamadun manusia.

PAS menentang akta ini sejak hari pertama ia dibentangkan dalam parlimen kerana ia memberi kesan besar kepada mangsa yang dituduh.

Ajaran Islam sangat menentang sebarang unsur kezaliman, sehingga Allah memberi amaran “jangan kamu cenderung hati untuk menyokong kezaliman, kelak kamu akan dihumban ke neraka”. Demikian juga, Rasulullah S.A.W ada bersabda ” kezaliman adalah kegelapan di hari akhirat.”

PAS melihat dan sudahpun mengalami terlalu banyak penyalahgunaan akta zalim ini sejak mula ia dikuatkuasakan.

Ratusan orang yang tidak bersalah dihumban ke Kamunting dan mereka tidak diberi peluang untuk membela diri. Sekiranya benar pentadbiran Datuk Seri Najib Razak akan memansuhkan akta ISA bagi mendapat lonjakan politik, PAS mengalu-alukannya dan percaya rakyat yang kini semakin matang boleh menilai segala tindakan beliau.


“Kilat ikan di air, kita tahu jantan betinanya” – berapa ramai dah diktator di dunia ini yang membuat perubahan peraturan dan menunjukkan kebaikan kepada rakyat pada saat-saat kuasanya meruncing dan menjunam turun, namun rakyat tetap menghukum mereka.

PAS menggesa agar kerajaan menghapuskan juga beberapa akta lain yang sering disalahgunakan dan bertentangan dengan nilai tamadun manusia – seperti Akta Rahsia Rasmi (OSA), Akta Hasutan, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, Auku, Akta Hasutan dan Akta Pilihan Raya.

Sekiranya benar, tindakan Najib dan kerajaan BN kini semakin jelas meniru apa yang ditawarkan Pakatan Rakyat dalam Buku Jingga yang dikritik mereka habis-habisan.

Di satu tangan, Buku Jingga dikutuk sebegitu rupa mereka bakal menjahanamkan dan bankrapkan negara negara, satu tangan pula mereka meniru satu persatu.

Tindakan ini membuktikan hipokrisi Umno BN, yang semakin lemas dan kekeringan idea dalam menjalankan pentadbiran. Sehinggakan pakar dan penasihat, yang dibayar berjuta-juta sekelilingnya gagal memberi idea yang bernas sehingga terpaksa meniru apa yang ditawarkan oleh Pakatan Rakyat.

Kita juga difahamkan kerajaan akan menaikkan gaji guru-guru sebanyak RM200 dan pelbagai kemudahan lain sebagaimana yang dinyatakan dalam Buku Jingga dalam pembentangan Belanjawan 2012 nanti.

Ini sekali lagi akan melondehkan hipokrisi Umno BN dan membuka mata rakyat bahawa lemahnya kerajaan yang ada kini, sehingga tidak mampu lagi berfikir kerana perut terlalu kenyang dan minda terlalu sibuk untuk menutup segala rasuah, penyelewengan, salahguna kuasa dan kesombongan.

Diharap rakyat dapat bangkit dengan azam untuk menukarkan kerajaan yang lemah ini dengan sebuah kerajaan baru yang memberi harapan baru lebih adil dan amanah – sebuah negara berkebajikan yang akan betul-betul menjaga nasib mereka.

Bukanlah nak kata Pakatan Rakyat ini sempurna dan baik sepenuhnya, tapi belum cuba belum tahu. Sudah cuba, anda pasti berkata, ‘Kalau tahu begitu nikmatnya bawah Pakatan Rakyat, dah lama kita buang Umno yang lemas ini.’ InsyaAllah.

Ustaz Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man

Ketua Penerangan PAS Pusat

Ahad, 14 Ogos 2011

Senarai Program DPPWP Bulan Ogos & September

13/8 : Iftar IMIKL di Pejabat Agung selepas asar (Harian DPPWP)
13/8 : Iftar bersama Salahudin Ayub di Presint 8 (Semua dijemput hadir)
13/8 : Bengkel IT PASTI WP. (Guru & ALP PASTI WP)
14/8 : Kursus MSU Pusat. (KP DPPK, SU DPPK, & PSU 1 DPPK.) 8 pg - 5 ptg.
14/8 : Edar bubur lambuk di Presint 9 slps asar (Semua dijemput hadir)
14/8 : Liqa' Fikri BPPWP (Semua ahli)
14/8 : Sumbangan Ramadhan di PPR Laksamana (Semua dijemput hadir)
14/8 : Iftar Wangsa Maju di belakang Colombia Hospital. (Semua dijemput hadir)
17/8 : Iftar DPPWP & Taklimat Khas Bubar Parlimen di Pejabat Agung (Semua exco, KP kwsn, Penerangan Kwsn, Pengarah Pilihanraya Kwsn)
17/8 : Sumbangan Ramadhan di Desa Pandan (Semua dijemput hadir)
18/8 : Edaran risalah di Bazar Ramadhan Putrajaya (Semua dijemput hadir)
20/8 : Pelancaran Kelab Protes BN di PKWR jam 9 pagi & Ceramah di Darul Ummah jam 10 malam (Semua Pemuda)
20/8 : Qiamullail Perdana Putrajaya (Semua dijemput hadir)
20/8 : Sembang santai bersama Bob Lokman di Desa Pandan (Semua dijemput hadir)
21/8 : Iftar & tarawih DPPWP di Darul Ummah (Semua Pemuda DPPWP)
23/8 : Sumbangan Ramadhan di Desa Pandan (Semua dijemput hadir)
26/8 : Edar goodies bag di Jalan Duta jam 9 malam.(Semua Pemuda DPPWP)
26-27/8 : Munajat Perdana di Taman Melewar (Semua dijemput hadir)
1/10 : Sambutan 60 tahun PAS di P.Pinang (Semua dijemput hadir)
10/9 : Konvensyen Kebajikan di Taman Melewar (Semua dijemput hadir)
11/9 : Jamuan raya PAS Pusat (Semua dijemput hadir)
13/9 : Liqa' fikriDPPWP (Semua Pemuda DPPWP)
18/9 : Jamuan raya DPPWP di Putrajaya (Semua Pemuda DPPWP)
25/9 : Ramah mesra Aidilfitri PASTI WP di Pasti Hidayah (Semua Pemuda DPPWP)

Ahad, 17 Julai 2011

Dewan Ulamak Kesal Kerana Hukum Demontrasi Ditafsir Luar Daripada Konteks Sebenar

Kuala Terengganu, 15 Julai 2011 – Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat , Dato’ Tuan Guru Haji Harun Taib menyifatkan bahawa kenyataan muka hadapan utusan yang disiarkan pada hari ini berkenaan hukum demontrasi sebagai pandangan yang dikemukakan di luar konteksnya yang sebenar.

Pandangan pendakwah tersebut sesuai sekiranya dilaksanakan di dalam sebuah negara yang Islam yang melaksanakan undang-undang Islam dengan penuh keadilan. Adapun sekiranya keadaan sebaliknya maka menjadi kewajiban kepada rakyat untuk menjalankan tugasan amar ma’ruf nahi munkar di dalam kerangka syarak. Konsep ini adalah tersangat jelas di dalam Islam sebagai ‘check and balance’ dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi.

“Apa yang berlaku di Malaysia sekarang ialah rakyat Malaysia tidak ada pilihan untuk menegur kerajaan, di Parlimen suara kita dibakul sampahkan, bahkan kita telah bertemu dengan Yang di-Pertuan Agong dan menyuarakan pandangan kita, tapi UMNO masih membisu seribu bahasa seolah-olah tidak ada apa yang berlaku”, tegas beliau.

“Hanya ini sahajalah cara untuk menarik perhatian pihak kerajaan, itu pun secara aman, peserta BERSIH tak lakukan keganasan tetapi yang melakukan keganasan ialah pihak kerajaan”, tambah beliau lagi.

“Saya menyeru kepada pendakwah tersebut membaca kisah ‘Ashabul Ukhdud’ yang dinukilkan di dalam sahih Muslim, di mana seorang pemuda telah mengumpulkan orang ramai untuk menyaksikan kezaliman pemerintah di negara tersebut dan akhirnya ramai daripada penduduk negara itu yang beriman kepada Allah Taala setelah melihat apa yang berlaku”, ujar beliau yang juga merupakan Adun Manir (PAS).


Beliau merujuk kepada kisah ‘Ashabul Ukhdud’ (Sahih Imam Muslim):

(Perhatian: Terjemahan ini adalah untuk kefahaman asas , adapun untuk kefahaman yang lebih tepat sila rujuk teks Arab)

Kemudian pemuda itu berkata kepada raja: “Engkau takkan dapat membunuhku kecuali jika engkau menurut perintahku maka dengan itu engkau akan dapat membunuhku”, Raja bertanya: “Apakah perintahmu?”, Jawab pemuda: “Kau kumpulkan semua orang di suatu lapangan, lalu engkau gantung aku di atas tiang, lalu kau ambil anak panah milikku ini dan kau letakkan di busur panah dan membaca: Bismillahi Rabbil ghulaam (Dengan nama Allah Tuhan pemuda ini), kemudian kau lepaskan anak panah itu, maka dengan itu kau dapat membunuhku”, Maka semua usul pemuda itu dilaksanakan oleh raja, dan ketika anak panah telah mengenai pelipis pemuda itu ia mengusap dengan tangannya dan langsung mati, maka semua orang yang hadir berkata: “Aamannaa birrabil ghulaam (Kami beriman kepada Tuhannya pemuda itu)”. Sesudah itu ada orang memberitahu kepada raja bahawa semua rakyat telah beriman kepada Tuhan pemuda itu, maka bagaimanakah usaha untuk menghadapi rakyat yang banyak ini. Maka raja memerintah supaya di setiap jalan digali parit dan dinyalakan api, dan tiap orang yang berjalan di sana, dan ditanya tentang agamanya, jika ia tetap setia pada kami biarkan, tetapi jika ia tetap percaya kepada Allah masukkanlah ia ke dalam parit api itu.

Maka adanya orang berbaris-baris, dorong mendorong yang masuk di dalam parit api itu, sehingga tiba seorang wanita yang menggandong (membawa) bayinya yang masih menyusu, ketika bayinya diangkat oleh pengikut-pengikut raja untuk dimasukkan kedalam parit berapi itu, wanita itu hampir menurut mereka berganti agama karena sangat belas kasihan pada anaknya yang masih kecil itu, tiba-tiba anak bayi itu berbicara dengan suara lantang: “Sabarlah hai ibuku karena kau sedang mempertahankan yang hak”.

Dato’ Tuan Guru Haji Harun Taib
Ketua
Dewan Ulamak PAS Pusat

Selasa, 12 Julai 2011

Perbezaan PAS dan UMNO


Perbezaan PAS dan UMNO
Oleh Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat

Masalah PAS dan UMNO bukan masalah berapa bilangan masjid yang dibina, bukan berapa bilangan sekolah agama yang dibina, bukan masalah institusi kewangan Islam, bukan masalah berapa buah pusat pengajian tinggi Islam yang dibina, bukan berapa jumlah wang yang dibelanjakan untuk membina lapangan terbang, lebuh raya dan lain-lain, bukan berapa jumlah wang yang dibelanjakan untuk pendidikan tinggi dan rendah yang dibelanjakan oleh UMNO atau PAS.


Masalah antara UMNO dan PAS ialah dasar dan matlamat pejuangan yang jauh berbeza. PAS memperjuangkan agar Islam menjadi aqidah Negara Malaysia, samada dari sudut pentadbirannya atau kehakimannya dan lain-lain. Pendek kata, apa yang terkandung didalam dua kalimah syahadah iaitu tiada tuhan yang disembah melainkan ALLAH, Nabi Muhammad S.A.W pesuruh ALLAH itu hendaklah terlaksana dalam kehidupan individu, masyarakat dan Negara.



Adapun pun UMNO sering mencabar tuntutan dua kalimah syahadah itu. UMNO kelihatan melakukan solat, mengeluarkan zakat, menunaikan puasa bulan ramadhan, mengerjakan haji, menjalankan aktiviti nikah kahwin mengikut Islam. Tetapi pentadbiran dan pemeritahan Negara mencabar Quran dan Sunnah. Sebab itu, dengan rasa senang hatinya, UMNO yang menjadi teras kepimpinan Negara, terang-terang menolak hukum ALLAH didalam bidang pentadbiran, kehakiman, perundangan, pendidikan dan lain-lain.



Oleh kerana itu, Malaysia yang sejak merdeka, yang dipimpin oleh UMNO dan Barisan Nasional menghadapi masalah yang tidak terhitung banyaknya. Masalah keselamatan, janayah, rasuah, penyalahgunaan kuasa, rompakan kecil atau besar, rompakan institusi kewangan, rompakan kaum wanita, warga emas dan kecurian disetiap detik berlaku dinegara ini.



Setelah lebih 50 tahun UMNO memerintah, Islam dan kekuatan orang Melayu terhakis. UMNO menghapus “kuasa imuniti Raja-Raja” yang menjadi salah satu kekuatan institusi Islam di Malaysia. UMNO membenarkan “Riddah” atau murtad berleluasa. UMNO juga mengamalkan budaya “Hendonisme” budaya “akhlak bobrok” melalui agensi-agensi penyiarannya.



Isu penyalahgunaan dadah, isu mat rempit, isu pendatang tanpa izin, isu ISA, ini semua berlaku selepas Malaysia dipimpin oleh UMNO. Puncanya ialah tidak menhayati kandungan ‘LA ILAHA ILLA ALLAH’. Oleh itu, jika pemimpin UMNO masih mengaku mempertuhankan ALLAH, menabikan Muhammad S.A.W, kenapa UMNO boleh sembahyang mengikut ajaran Islam, mengapa tidak boleh mengikut Islam dalam memerintah Negara? Adakah UMNO mengambil konsep beriman separuh kitab dan menolak separuh yang lain.



Kalau hanya bercakap membina masjid, di United Kingdom ada masjid, di Amerika Syarikat ada masjid, di Cina ada masjid, di Singapore ada masjid, di German pun ada masjid. Namun pentadbiran Negara mereka juga tidak mengikut ajaran islam. Oleh kerana itu, status kedudukan pemimpin dinegara barat dan timur yang Sekular, sama dengan kedudukan pemimpin UMNO diMalaysia ini.



Oleh kerena itu, saya rasa amat bertanggungjawab untuk menasihat kepada umat Islam di Malaysia ini, supaya jangan terjebak dengan kenyataan yang dilakukan oleh pemimpin UMNO khususnya Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin ketika berkempen di Manek Urai baru-baru ini (rujuk salah satu akhbar harian Malaysia) tentang UMNO membela Islam dan menegakkan syiar Islam.



Secara peribadi pula, sewaktu Muhyiddin menjadi Menteri Besar Johor, beliau telah mengubah cuti am pada hari Jumaat kepada hari Ahad, sekaligus menjadikan amalan cuti itu seperti amalan orang-orang Nasrani. Apakah ini satu pembelaan terhadap Islam?



Saya ingin membuat contoh yang kecil tentang UMNO mencabar Al-Quran. Antaranya, Al-Quran dengan jelas dan terang mengarahkan supaya orang islam menjauhkan diri daripada arak, judi, berhala, sudi nasib atau tenung nasib, tetapi UMNO yang memimpin Malaysia mengeluarkan lesen arak, memberi lesen judi. Apakah ini satu pembelaan kepada Islam? Untuk satu contoh lain, umpamanya ALLAH memerintah supaya Negara ditadbir dengan ajaran ALLAH, namun UMNO menolaknya.



Oleh kerana itu, jika sekiranya masih wujud benih-benin iman di dalam hati para pemimpin UMNO, maka saya merayu kepada mereka dan kepada orang yang seiringan dengan mereka supaya mereka bertaubat dan kembali kepada jalan ALLAH. Sekiranya mereka mempunyai masalah didalam usaha kembali kepada jalan ALLAH itu, maka Dewan Ulamak PAS Pusat menawar diri untuk memberi khidmat bakti kepada mereka.




Dato’ Haji Harun Bin Taib
Ketua
Dewan Ulamak PAS Pusat