Jumaat, 18 Disember 2009

Tahniah DatuK Bung Moktar Radin......

Tahniah kerana berjaya mendirikan masjid....Selamat pengantin baru....
Semoga dapat membina keluarga bahagia yang diberkati Allah....

Selasa, 1 Disember 2009

MENDIDIK ANAK


APA PUNCA ANAK DERHAKA

Berguraulah dengan anak kita kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran). Di mana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya, bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif, itu salah!

Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan. Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan . Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka.

Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka . Kita pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok. Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk.

Kita boleh cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup. Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan bodoh, kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada mereka". inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita...


DOA ANAK-ANAK TERMAKBUL

Lazim orang tua, pantang anak menegur walaupun tahu mereka bersalah. Jangan rasa tercabar kerana pesan orang tua-tua, bisa ular tidak hilang walau menyusur di bawah akar. Sayyidina Umar berkata, kanak-kanak tidak berdosa dan doa mereka mudah diterima. Begitu juga dengan Rasulullah, kalau berjumpa anak-anak kecil, Baginda cukup hormat dan sayang sebab anak-anak tidak berdosa.

Lagipun kanak-kanak kalau menegur memang ikhlas dan jangan ambil endah tidak endah. Perasaan anak juga mesti dihargai, sesetengah orang tua kurang bercakap dengan anak-anak. Kalau menegur pun dengan ekor mata dan herdikan. Si anak rasa tersisih dan tidak dihargai. Kepada kawan tempat mereka mengadu, bila jumpa kawan baik tidak mengapa, tetapi jumpa yang samseng, ia sudah tentu membawa padah.


BERTAUBAT SEBELUM MELARAT


Jika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat. Tetapi apa caranya jika orang tua telah meninggal sedangkan sewaktu hidupnya kita derhaka dan melawan mereka? Bila insaf, selalulah ziarah kubur emak ayah kita dan bacakan ayat-ayat suci untuknya. Jumpa semula kawan-kawan baik ibu atau jiran-jiran yang masih hidup dan buat baik dengan mereka. Sedekah ke masjid atas nama ibu ayah. Walaupun ibu ayah sudah meninggal, minta maaf berkali-kali semoga ibu redha dan Allah ampunkan dosa.

Allah maha pengampun dan luas rahmatnya. Tetapi jangan ambil kesempatan buat jahat kemudian bertaubat. Hidup tidak tenteram atau bala turun. Cuba kita perhatikan kemalangan yang berlaku setiap hari. Misalnya tayar kereta pecah, jangan lihat dengan mata kasar, selidik apa salah yang telah kita buat hari ini. Pertama bagaimana hubungan kita dengan Tuhan, jika semuanya baik, turun ke peringkat kedua, bagaimana pula hubungan dengan ibu? Pastikan hubungan dengannya sentiasa harmoni dan lancar. Tidak rugi menjalinkan hubungan yang baik kerana hayat mereka bukanlah terlalu panjang untuk bersama kita.


HUBUNGAN DENGAN BAPA

Lazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk perasaan kerana tidak dipedulikan anak-anak. "Hubungan dengan bapa sepatutnya sama dengan ibu tetapi dalam konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, nabi suruh utamakan ibu dahulu.

Tiga kali ibu barulah sekali kepada bapa. Bagaimanapun sebaik-baiknya, kasih sayang dan perhatian biar sama agar kedua-duanya tidak berkecil hati. Begitu juga dengan nenek, walaupun kata-katanya ada yang mengarut tetapi jangan melawan di depan mereka. Sebenarnya golongan nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita. Walaupun Allah tidak ambil kira kata-kata mereka tetapi kita wajib mentaati dan menghormati golongan tua.


USAH DERHAKA KEPADA MENTUA

Mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri. Kalau mereka kecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak. Kita sayang anaknya kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga? Kita tahu, ada menantu kecil hati dan pendam perasaan terhadap mentua yang terlalu ambil berat tentang anaknya. Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf mereka sama seperti ibu bapa kandung.

Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua rasul, ketiga emak dan emak mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri. Isteri kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar. Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga suami. Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak dan ayahnya. Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas menantu. Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail.

Suatu hari, Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada dirumah isterinya pun tidak kenal dengan mentuanya. Menantu berkasar menyebabkan Nabi Ibrahim kecil hati. Dan sebelum balik dia berpesan kepada menantunya suruh suaminya tukar alang rumah kepada yang baru. Bila Nabi Ismail balik, isterinya pun menggambarkan rupa lelaki tersebut menyampaikan pesan. Nabi Ismail sedar itu adalah ayahnya.

Nabi Ismail insaf di sebalik simbol kata-kata ayahnya, bahawa isterinya bukan daripada kalangan wanita yang berakhlak, lalu diceraikan. Nabi Ismali berkahwin kali kedua dan bapanya masih tidak mengenali menantu. Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat dan menantunya melayan dengan bersopan santun walaupun tidak kenal siapa Nabi Ibrahim. Nabi Ibrahim tertarik hati dan sebelum balik berpesan lagi, katakan alang rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan ditukar kepada yang lain.

Ada banyak tips yang diberikan untuk mempertingkatkan potensi anak-anak anda dan seterusnya menempatkan anak-anak anda dikalangan winners. Tips ini jika diamalkan mampu menjadikan anak-anak kita sebagai winners…..insyallah.


APA YANG MEMBEZAKAN ANTARA WINNERS DAN LOSERS

Adalah mudah iaitu:-

Winner’s percayakan diri mereka dan boleh membayangkan diri Mereka dikalangan orang yang berjaya sementara losers merasakan diri Mereka tidak boleh.


TIPS

1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri.(Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

2. Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya) .

5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan , mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.

6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

8. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

10.Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya.

12. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah.

13. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

14. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

15. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan andasuami isteri.

16. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

17. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

18. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

19. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

20. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

21. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri..

22. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda.

Selamat maju jaya. Semoga zuriat kita menjadi zuriat yang soleh. Amin.

Khamis, 12 November 2009

FORUM PERSEPSI POLITIK

Insya-Allah Pas Kawasan Batu akan menganjurkan satu forum Persepsi Politik di atas tajuk 'IMEJ PAS MERUDUM SELEPAS PRU-12' pada hari Ahad, 15hb. November 2009, jam 9.20 malam bertempat di Markaz Pas Kawasan Batu.

Panel undangan terdiri daripada peguam Pas, Saudara Hanipa Maidin dan YDP Pas Kawasan Batu, Cikgu Ishak Surin. Manakala Saudara Tarmizi Md. Jam yang juga NYDP Pas Kawasan Batu pula dipilih sebagai moderator.

Kehadiran tuan/puan amat dialu-alukan bagi menjayakan majlis ini. Sebarkan kepada rakan taulan perihal majlis tersebut.

Semoga dengan berlansungnya majlis seumpama ini akan menjadi pemangkin kepada perlunya untuk setiap pendukung jemaah samaada ahli biasa mahupun pimpinan untuk sentiasa bermuhasabah diri bagi memperkasakan perjuangan dan parti.

Jumaat, 6 November 2009

IBADAH QURBAN - Zulhijjah 1430


PAS Kawasan Batu akan menganjurkan Program Ibadah Qurban bagi tahun 1430 ini. RM300.00 untuk satu bahagian. Kepada sahabat-sahabat yang berminat ingin turut serta bolehlah menghubungi : - Hj. Rosden (019-2310 109) atau En. Ismail (013-3847 899). Sekian dimaklumkan.

Khamis, 5 November 2009

Penghakiman Ditangguhkan!

Perbicaraan ditangguhkan oleh Panel Hakim kepada satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

Peguam Zambry Habis Berhujah

Peguam Zambry baru sebentar tadi menghabiskan hujahnya dan diteruskan dengan penggulungan oleh salah seorang dari peguam Ds. Nizar.

Perbicaraan bersambung semula

Perbicaraan bersejarah menentukan siapakah MB Perak yang sah disambung kembali dengan hujah dari peguam Zambry,Cecil Abraham. Kemungkinan keputusan tidak diumumkan hari ini sangat tinggi kerana peguam Zambry masih belum menghabiskan hujah beliau.

Mahkamah berhenti rehat lagi

Peguam Zambry, Cecil Abraham belum habis menyampaikan hujahnya namun sidang ditangguhkan sebentar.

Ghani Habis Berhujah

Peguam pencelah, Ghani Phatail baru saja menghabiskan hujah singkatnya dan sekarang ini diteruskan oleh peguam yang mewakili Zambry, Cecil Abraham.

Peguam pencelah mula berhujah

Peguam pencelah yang juga Peguam Negara, Ghani Phatail memulai penghujahan sebelah petang selepas peguam Ds. Nizar, Hj. Sulaiman Abdullah menghabiskan penghujahannya.

Kelainan dimahkamah Harini!!

Kes pembicaraan MB Perak di Mahkamah Rayuan pada Mei lepas ditempat yang sama dengan Mahkamah Persekutuan hari ini, Keduanya di Istana Keadilan cuma tingkat satu dan dua sahaja. Pada dasarnya kehadiran ramai wartawan dan penyokong Pakatan Rakyat tidak dapat dinafikan pada kedua-dua pembicaraan itu.

Namun pada hari ini yang tidak kelihatan ialah ADUN-ADUN BN, seorangpun tidak hadir. Seingat saya pada 22 Mei semasa mahkamah ingin memutuskan Zambry sebagai MB Perak saya melihat ada ADUN dari BN yang hadir disamping mereka yang kalah dalam pilihanraya yang lepas. Antaranya ADUN Manjoi dan ADUN Sungai Rapat.

Hujah Peguam MB Nizar!!

Hj. Sulaiman dengan jelas berhujah kepada kes-kes yang pernah berlaku di Sarawak, Kelantan dan sebentar lagi mengenai MB Daud Samad yang berlaku di Terengganu membuktikan seorang Menteri Besar yang hilang majoriti dibawa ke dewan untuk undi tidak percaya, dan beliau memohon supaya di bubarkan DUN pada masa itu untuk menyerahkan kepada rakyat Terengganu memilih semula.

Perbicaraan bersambung kembali

Perbicaraan yang bermula tadi dimulai dengan pertanyaan dari Haji Sulaiman mengenai jadual perjalanan perbicaraan hari ini seperti waktu makan dan sembahyang. Pihak panel hakim menjelaskan kes akan diselesaikan hari ini juga.

Penghakiman Ditangguh!!


Penghujahan kes MB ditangguh setelah sesi pagi berakhir sebentar tadi.

MB Perak ,Nizar dinafi 11 Hakim!!


Rayuan Datuk Seri Nizar Jamaluddin dalam menentukan kedudukan Menteri Besar Perak yang sah hari ini akan didengar oleh lima panel hakim.

Ketika ini, panel lima hakim sedang mendengar rayuan tersebut. Sebelum ini, Nizar memohon supaya panel 11 hakim mendengar kes rayuan tersebut.

Panel hakim tersebut diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Alauddin Mohd Sheriff. Empat lagi hakim ialah Hakim Besar Malaya, Datuk Arifin Zakaria, Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin, Datuk Mohd Ghazali Mohd Yusoff dan Datuk Abdull Hamid Embong.

Nizar diwakili oleh sepasukan peguam yang diketuai oleh peguam kanan Sulaiman Abdullah, manakala peguam kanan Cecil Abraham mewakili menteri besar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.

Para wartawan dan orang ramai sudah tiba di kompleks mahkamah Putrajaya seawal jam 7 pagi, bagi mengikuti prosiding rayuan tersebut.

Kawalan keselamatan juga ketat di mana anggota polis dan anggota keselamatan mewajibkan mereka yang ingin masuk ke dewan mahkamah, mendapatkan pas khas

Rabu, 4 November 2009

KEPENTINGAN TARBIYYAH


Aqidah yang sejahtera (aqidatun salim) : Kefahaman aqidah islamiyyah yang jelas hendaklah dipasakkan dengan utuh dan jitu seumpama akar pokok yang menjalar jauh ke dalam tanah. Bukan sekadar meneliti tauhid-tauhidnya sahaja, bahkan aqidah perjuangan dipraktikalitikan dalam tindakan mereka.

Ibadah yang sahih (ibadah soheh) : Dalam pada itu, kehidupan mereka terangkum dalam ibadah yang natural dan bersih daripada sebarang unsur bid’ah. Melaksanakan ibadah berpandukan ilmu yang dipelajari. Seluruh ibadah dilaksanakan tanpa memilih-milih sama ada yang sunat mahupun wajib.

Akhlak yang mantap : Seorang ahli gerakan adalah seorang daie yang menjadi contoh terbaik orang disekeliling. Mana mungkin seorang ahli gerakan mengucapkan kata-kata nista dan umpat tanpa sebarang sebab. Mereka juga menjaga adab-adab dalam berjemaah disamping melestarikan ukhwah islamiyyah.

Mampu bekerja : Yang dimaksudkan ini adalah bijak dan berkapasiti pengorbanan yang tinggi dalam menyelesaikan amanah dan tanggungjawab.

Berpengetahuan luas (ilmun wasi’) : Pra-syarat inilah yang semakin dilupakan oleh sekelian ahli gerakan. Dek mengejar tanggungjawab dan amanah yang diberikan sehingga terlupa mengisi ilmu di dada. Silibus-silibus pengkaderan haruslah disemak dan dianalisis semula agar ia benar-benar ilmiah dan semasa. Majalah, surat khabar serta internet perlu diakses dan sensitif agar tidak kosong dadanya daripada ilmu pengetahuan semasa.

Tubuh yang cergas : Ini tidak dapat dinafikan lagi. Kesihatan tubuh perlu dijaga. Kebanyakan ahli gerakan kadangkala mempunyai tabiat makan yang tidak menentu. Walaubagaimanapun, perancangan makan juga perlu disusun untuk melahirkan ahli yang sihat tubuh badannya.

Menguasai diri (mujahadutnnafs) : Ahli gerakan tidak boleh mendabik dada merasakan mereka sudah banyak melakukan kebaikan dek gerak kerja mereka. Kita sedia maklum, ahli gerakan perlu turun ke medan-medan dakwah bersama-sama dengan masyarakat yang pelbagai. Justeru itu, kekuatan jiwa daripada pengaruh yang menggugat harus dipertingkatkan. Di samping amalan-amalan rohani serta solat fardhu yang menjadi pertolongan.

Teratur urusannya (munazzamah) : Kebatilan yang terancang pasti jua akan menang seandainya kebenaran itu tidak tersusun dan berstrategi. Setiap ahli gerakan perlu berusaha mewujudkan planner harian untuk menyusun gerak kerja harian serta tidak mudah lupa dalam menjalankan amanah.

Sangat menghargai masa : Sudah menjadi kelaziman, ahli gerakan sewajarnya menjadikan masa sebagai aspek terpenting dalam hidup. Setiap yang berlalu tidak harus dipersiakan begitu sahaja. Sentiasa merasakan resah seandainya setiap saat yang bergerak tidak melakukan kerja-kerja Islam.

Bermanfaat kepada orang lain : Aspek inilah yang mahu dilahirkan daripada setiap gerakan Islam. Kehadiran ahli gerakan di mana-mana sahaja sentiasa dirasai dan ketiadaannya sentiasa ditunggu-tunggu. Bukan kerana glamournya, tetapi kerana rembesan tarbiyah dirinya cukup menjadikan orang sekelilingnya merasa tenang bersamanya.

Kita sedar akan realiti. Gerakan tidak mampu melahirkan ahli sesempurna itu. Namun, suatu sistem atau strategi harus dikemaskini kembali supaya matlamat adalah mengarah kepada kualiti ahli yang disebutkan di atas. Barulah gerakan Islam mampu ’menggegarkan’ musuh-musuh yang selama ini memandang enteng dan sebelah mata.

Oleh : GhUrAbA'

BILA LAYANG-LAYANG PUTUS TALI


Alhamdulillah buat Allah swt yang telah memberi kita nikmat akal untuk berfikir akan keesaan Allah swt.

Selawat dan salam buat junjungan alam Nabi penyuluh kebenaran,ahli keluargaNya dan sahabat-sahabatNya.

1. Layang-layang putus tali, itulah perumpamaan yang boleh kita ambil apabila akal yang digunakan tidak berpandukan ilmu.maka ia akan melahirkan sikap yang negatif.

2. Apabila sikap tersebut memainkan peranan, ketika itu “ wala’ pada pimpinan “ akan hilang.

3. Permasalahan wala’ ini perlu lebih kita perincikan apabila didapati pandangan-pandangan yang kurang jelas terhadap wala’ pada pemimpin.

4. Lebih-lebih lagi sehingga ada yang mengatakan wala’ di dalam PAS adalah wala’ yang “membabi buta”.

5. Itu sebabnya menjadi ahli Pas belum tentu membuatkan seseorang itu tau segalanya mengenai hala tuju manhaj yang dibawa.

6. Lebih-lebih lagi menjauhkan diri dari usrah yang menjadi kunci di dalam sesebuah oraganisasi islam.

7. Apabila usrah kita jauhkan dari program kehidupan kita, maka segala manhaj yang perlu kita tau dalam organisasi tersebut akan hilang…maka ketika itu, kita akan kemudinya dengan akal dan perasaan yang tidak berpandukan ilmu yang sepatutnya.

8. Itu masalah bagi yang tidak mengikuti usrah, macam mana pula golongan yang hari-hari berusrah tapi begitujuga pemikirannya?

9. Di dalam apa jua keadaan sekalipun, perkara utama yang diterapkan oleh Rasulullah saw adalah adab dan akhlak.

10. Walaupun usrah berhari-hari tapi macam “mencurah air didaun keladi” tidak berguna juga, jika masih dengan pemikiran ortodok.

11. Sikap yang negatif, rasa su’uz zan dan tidak percayakan sahabat, rasa diri yang terbaik tanpa ilmu yang tawadhuk, bermain di dalam diri, selagi itu jugalah permasalahan wala’ akan timbul.

12. Wala’ yang boleh diberi erti taat itu, bukan bermaksud kita perlu angguk sahaja tanpa berkata-kata.

13. Tetapi ketaatan yang diberikan setelah hasil keputusan mesyuarat yang telah dilakukan, maka ketika itu segala keputusan apa sekalipun perlu ditaati.

14. Memang pimpinan PAS itu bukan manusia yang ma’sum tapi keputusan dan ketetapan yang lahir adalah dari sebuah perbincangan bukan dari keputusan seorang kuku besi.

15. Permasalahan wala’ ini akan terjadi satu isu selagi sifat tawadhuk, adab dan akhlak tidak ada dikalangan kita.

16. Jangan kita lupa bahawa apa yang diperjuangkan berkait rapat dengan niat yang benar-benar telus untuk Allah swt, bukan hanya kepentingan diri kita.

WAllahu A’lam.

Oleh : Ust. Mohammad Adha Buyung
Penulis adalah Exco Dewan Pemuda PAS Kawasan Batu

Selasa, 3 November 2009

Program Usrah Santai!!

Program : Usrah Santai
Tarikh : 4 November 2009
Tempat : Sport Complex Lelaki UIA
Agenda :

1. Solat Isyak berjamaah di Masjid UIA.
2. Riadah Badminton di Sport Complex
3. Usrah santai
4. Bersurai dalam 11.00mlm

Semua Pemuda dijemput hadir

Isnin, 2 November 2009

Sekitar Program Setitik Peluh Segunung Harapan!!

Pada Sabtu yang lepas 31 Oktober 2009 DACS Dewan Pemuda PAS Batu telah menganjurkan program Setitik Peluh Segunung Harapan di Markaz PAS Taman Melewar. Berikut gambar sekitar program :


Pemuda-pemuda yang hadir


Ustaz Izat cuba memecahkan rekod dunia dengan jogging memakai kain pelikat


Ketua Pemuda Batu hadir dengan penuh semangat


Belum mula dah penat

Jumaat, 30 Oktober 2009

PROGRAM TERKINI PEMUDA PAS KAWASAN BATU

Program : Setitik Peluh SeGunung Harapan
Tarikh : 1 November 2009
Tempat : Markaz Tarbiyah PAS Taman Melewar.

Agenda :

1. Berkumpul di Taman Melewar pada 8.00Pagi
2. Warm up dan Mula berjoging Sekitar Taman Melewar
3. Warm Down dan Riadah.
4. Bersurai dalam 9.00Pagi

Semua Pemuda bersama Keluarga dijemput hadir.

TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ PUAS HATI DENGAN PERJALANAN & KEPUTUSAN MESYUARAT KHAS

Oleh : Ustaz Misbahul Munir

Tuan Guru Mursyidul Am PAS puas hati dengan perjalanan mesyuarat dan keputusan yang dibuat oleh AJK PAS Pusat dalam mesyuarat khas malam semalam. Beliau menjawab soalan wartawan dalam satu majlis di Bachok pagi tadi. Beliau menyatakan juga walaupun cadangan beliau supaya diadakan EGM, namun beliau tetap berpuas hati dengan Seminar Khas yang akan diadakan 7 November ini sebagai ganti EGM, beliau juga menyarankan dalam mesyuarat supaya Prof. Dr Abdul Aziz Bari turut dijemput membentangkan kertas kerja dalam seminar tersebut.

Beliau menjelaskan ringkas, dalam mesyuarat tersebut semua pihak berlapang dada dengan menerima teguran, beliau juga menerima teguran, Dr. Hasan Ali juga diberi teguran, semua pimpinan lain juga menerima teguran.

Dengan jawapan ini, semua tohmahan yang mengatakan Tok Guru tidak puas hati dengan mesyuarat adalah tidak benar, beliau pulang awal sebelum habis mesyuarat kerana faktor kesihatan.

Khamis, 29 Oktober 2009

Lagi video polis cabul demokrasi !!

YB Nga : My Private part was assaulted!

Sidang Media V.Sivakumar Speaker Sah

GONG YANG HEBAT???


Alhamdulillah,segala pujian buat Allah yg menjadikan segalanya tidak terlepas dari hikmah dan pengajarannya.

Selawat dan salam buat junjungan alam Nabi Besar Muhammad saw,ahli keluargaNya dan sahabat-sahabatNya.

1. Terlalu lama sudah tidak berbicara di blog ini, bila sebuk dengan sesuatu yang baru. Bagaimanapun kita kembali pada Allah swt untuk mengaturkan segalanya buat kita kerana Dia adalah sebaik-baik pengatur dan penetap.

2. Apabila kita menyebut tentang gong, mungkin jarang kita jumpa golongan yang tidak mengenalinya. Bunyinya yang hebat tapi dalamnya tetap kosong. Itulah pepatah yang digunakan oleh sebahagian orang melayu yang tidak terlepas daripada maksud untuk dijadikan sebagai satu pengajaran.

3. Masyarakat yang semakin maju dengan kemodenan, melahirkan cerdik pandai dalam setiap aspek membuatkan kita sangat berbangga, lebih-lebih lagi hari ini jika mahu dicari orang yang memiliki BA apatah lagi master terlalu ramai. Sampai satu ketika terasa BA ni dah macam SPM je.

4. Tapi persoalannya adakah cukup dengan kita berbangga dengan kelulusan dan sijil serta pangkat yang kita ada tapi tidak mendatangkan tujuan yang sebenar lebih-lebih lagi untuk agama dan bangsa.

5. Itu satu permasalahan, yang menjadi permasalahan lebih besar lagi apabila lahir golongan yang terlalu “gedembang gedembung” bunyinya meletup-meletup menegur orang.

6. Menegur tu tak salah, dan itulah yang digalakkan oleh Rasulullah pada kita, tapikan baik teguran tersebut biarlah dengan “hikmah wal mau’izah” bukan dengan cara menjatuhkan orang, lebih-lebih lagi orang yang ditegur tadi lebih arif dari kita tentang permasalahan tersebut.

7. Kita yang tak betul juga ni pun tak habis-habis taqlid pula benda yang nak kita tegur tu pada orang lain, bukan dari ilmu yang benar-benar dari apa yang dipelajari. Dah jadi macam ta’sub dengan seseorang. Kalau seseorang tu pun jenis yang benar-benar disegani dengan ilmu dan amalnya, takpe la juga, ini tidak kurangnya macam kita, duk bid’ahkan orang je, nauzubillah.

8. Bukan nak mengata tapi inilah rialiti masyarakat kita yang ada ilmu sedikit tapi riuhnya mengalakah petir dilangit.

9. Pepatah melayu pun ada mengatakan : jadilah seperti resmi padi, semakin berisi semakin tunduk kebumi…jangan jadi resmi lalang, semakin lama semakin mendongak kelangit”.

10. Ulamak sendiri ada mengatakan perbezaan orang yang berilmu dengan orang yang jahil…orang yang berilmu dia akan tunduk dan tawaduk dengan ilmu yang ada, nak dibandingkan dengan orang jahil seperti serigala menyalak dibukit tapi abuk pun tarak, nauzubillah.

Semoga kita digolongkan dalam hamba-hambaNya yang tidak putus mencari ilmu dan tawaduk dengan ilmu yang di amanahkan, bukan ria’ dengan ilmu yang rasa dimiliki.

wAllahu A’lam.

Oleh : Adha Muhamad

MUHASABAH DIRI


Muhasabah adalah perilaku bagi mengitung dan memperelokkan diri yang terbentuk di dalam jiwa seseorang manusia itu menurut kaca mata agama. Ia juga boleh dimaksudkan sebagai mendidik diri agar sentiasa mencela segala kejahatan yang pernah dilakukan yang boleh menjadi pengalang untuk mandapat keredhaan dari Allah Taala.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

Orang yang pintar ialah orang yang menghitung dirinya serta beramal untuk hari selepas kematian sementara orang yang lemah ialah orang yang menikut hawa nafsunya serta beragan-angan terhadap Allah dengan angan-angan (yang banyak). (Riwayat al-Tarmizi).

Sesiapa yang bermuhasabah dirinya maka dia tidak akan meninggalkan ruang dan masa untuk dirinya melakukan perkara-perkara yang batil. Menyibukkan diri dengan ketaatan akan menghapuskan masa untuk membuat kejahatan. Dia akan mencela jiwanya di atas setiap kesalahan dan kekurangan yang yang dia lakukannya terhadap Allah Taala kerana takutnya diri ini kepada kekuasaanNya. Jika inilah keadaannya maka mana mungkin boleh didapati jalan dan ruang untuk membuat kesalahan dan kebatilan?

Berkata as-Sayyid Ahmad ar-Rifaie:

Daripada takut akan timbulnya muhasabah. Daripada muhasabah timbulnya muraqabah. Daripada muraqabah hati akan sentiasa sibuk bersama Allah Taala. (Kitab: al-Burhan al-Muayyad).

Secara tegasnya muhasabah pasti akan menghasilkan perasaan bertanggungjawab terhadap Allah Taala dan rasulNya serta makhluk-makhlukNya. Melalui muhasabah juga manusia merasa diri mereka tidak diciptakan oleh Allah Taala dengan sia-sia. Setiap manusia pasti akan kembali semula kepada Allah Taala apabila telah sampai waktunya.

Firman Allah Taala bermaksud:

Setiap yang berjiwa (yang bernyawa) akan merasai mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sahajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga ia telah beruntung. Kehidupan dunai itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan. (Surah ali-Imran: Ayat 185).

Di dalam kesibukkan kita mengejar kekayaan dunia ini maka janganlah lupa juga untuk kita menyibukkan diri dengan mengingati Allah Taala. Perkara seperti inilah yang selalu dituntut oleh agama Islam.

Firman Allah Taala bermaksud:

Maka segeralah kembali kepada Allah maka sesungguhnya aku seorang pemberi peringatan yang nyata daripada Allah untukmu
. (Surah adz-Dzaariyaat: Ayat 50).

Firman Allah Taala bermaksud:

Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan hendaklah kamu bersama orang yang benar. (Surah at-Taubah: Ayat 119).

Adapun golongan sufi sentiasa menyibukkan diri dengan penghambaan dan pengabdian diri kepada Allah Taala. Mereka beriman di dalam perjalanan musafir ini menuju Allah Taala dengan bersungguh-sungguh dan ikhlas. Hati mereka sentiasa mengingati bahawa mereka akan kembali kepada Allah Taala pada setiap masa.

Firman Allah Taala bermaksud:

Di tempat yang disenangi (penuh kebahagiaan) di sisi tuhan (Allah Taala) Maha Kuasa. (surah al-Qamar: Ayat 55).

Berkata Syeikh Ahmad Zarruq:

Lalai dari bermuhasabah diri menyebabkan apa yang dilakukan menjadi silap. Kurang berbincang dengannya boleh membawa kepada adanya sifat redha nafsu atau rasa berpuas hati terhadapnya. Memerangi nafsu boleh menjauhkan daripada melekat pada diri dan tidak bersikap tegas terhadapnya menyebabkan dia menjadi pahlawan. Oleh itu lazimilah diri dengan sentiasa bermuhasabah dan berbincang serta beramallah dengan apa yang sahih tanpa bertolak-ansur terhadap perkara yang telah nyata salah. Ketika beramal jangan mencari sesuatu yang tidak jelas. (Kitab: Qawaid al-Tasawuf).

Demikianlah pentingnya muhasabah di dalam diri setiap individu. Tanpa muhasabah yang ikhlas maka seseorang itu akan sentiasa berasa diri tidak pernah melakukan kesalahan. Bermuhasabahlah diri dengan hati yang terbuka agar kita boleh memperbaiki kebatilan dan kelamahan diri sebelum diri kita menemui ajal.

Berkata Saidina Umar al-Khattab:

Hisablah diri kamu sebelum kamu dihisab. Timbanglah amalan kamu sebelum kamu ditimbang. (Kitab: Tahzib Madarij al-Salikin).

Oleh : MUHAMMAD RASHIDI BIN HAJI WAHAB

Video Sidang DUN Perak 28/10



Adun-Adun yang dipilih oleh rakyat dikasari dan dihalang untuk masuk kedalam Bangunan SUK Perak yang menempatkan Sidang DUN oleh Polis. Adakah ini demokrasi?? Mungkin ini demokrasi ala-BN.

Lagi video akan menyusul, teruskan melayari blog ini untuk maklumat lanjut.

Rabu, 28 Oktober 2009

TERKINI !! Sidang Dun Perak




-Adun-adun Pakatan Rakyat akan mengadakan sidang media di Perpustakaan Dewan.

-Adun-adun PR melangkah keluar dari dewan sambil melambai speaker haram Ganesan dan mengucapkan Happy Depavalli kepada beliau.

-Speaker haram Ganesan mengumumkan sidang Dun haram telah diluluskan,Speaker halal V.sivakumar menangguhkan sebentar sidang Dun.

-Sidang Dun halal meluluskan Hj.Osman bin Abdul Rahman Adun Kuala Kurau sebagai mengantikan seorang Ahli Dewan Negara yang telah tamat tempoh.

-Adun-adun BN sedang mengundi untuk meluluskan perkara-perkara didalam bajet HARAM.

-Zambry MB haram bangun untuk bercakap tetapi disambut oleh laungan 'lanun'.

-Adun BN mengadu kepada speaker haram Ganesan bahawa beliau diganggu dan meminta speaker haram mneghukum adun-adun PR.

-Sidang dun Halal bemula. Sekarang 2 sidang dun berlangsung serentak. Satu halal dan satu lagi haram.

-Laungan demi laungan serta ketukan meja kedengaran. Hujah membahaskan bajet haram langsung tidak kedengaran.

-Seorang adun BN bangun untuk membahaskan namun suaranya tenggelam dalam laungan adun PR.

-Speaker haram Ganesan memulakan semula sidang Dun haram dengan membuka ruang kepada adun-adun untuk membahaskan bajet 2010 negeri Perak, disambut oleh adun PR dengan laungan speaker haram.

-Speaker Halal sivakumar menanggukan sebentar sidang dan semua adun PR duduk ditempat masing masing.

-Adun Titi Serong YB Khalil Idham mengusulkan supaya kerajaan PR di Perak di puji berdasarkan laporan Audit Negara,beliau juga mengusulkan dewan dibubarkan kerana kerajaan BN adalah haram dan kembalikan kuasa kepada rakyat untuk memilih kerajaan baru.

-Beberapa adun PR dilihat keluar dari dewan. Terdahulu speaker haram menangguhkan sidang DUN sehingga 11.20pagi.

-Diluar dewan polis menghalau penyokong PR direstoren dibawah bangunan DAP perak.


-Ngeh Koo Ham menyokong usul ke 2 dari Dato Seri Nizar meminta dewan mengucapkan takziah dan usulkan semula program yang melibatkan anak-anak sekolah dihentikan sama sekali untuk memenuhi kehendak PM sendiri supaya program dihentikan, adun-adun BN masih berborak sesama mereka. Speaker haram masih duduk tanpa menganggu sidang PR.

-Adun BN bangun dan bercakap-cakap satu sama lain. Ada diantara mereka keluar termasuk MB haram zambry.

-Sivakumar memaklumkan beliau telah memulakan sidang DUN dan beliau memulakan dengan bertafakur selama 1 minit memperingati kejadian jambatan runtuh.

-Speaker haram mengumumkan rehat sehingga pukul 11.20 pagi. Namun tiada siapa yang keluar. Semua adun dan speaker haram BN duduk ditempat masing-masing dan memerhatikan adun PR.


-Adun Buntong v.Sivasubraman bangun dan mengusulkan meminta ganesan keluar kerana beliau speaker haram.

-PR memulakan sidang mereka. YB Khalil Idham membacakan doa. Speaker haram ganesan memberitahu adun PR sidang telah bermula.

-Ganesan haram hanya duduk dan melihat dari kerusi speaker. Adun-adun BN juga senyap.

-Kesemua adun PR mula masuk dengan mengumumkan sendiri ketibaan speaker V.Sivakumar.

-Adun PR mula masuk,tetapi beberapa adun dihalang kerana bertegas ingin membawa kamera masuk.

-Adun PR masih diruang legar luar dewan. Nga kor Ming mendakwa ditendang dibahagian kemaluan oleh inspektor khairul.

-Adun PR berehat sebentar setelah berlaku pergelutan yang sangat kasar dengan polis sehingga jubah speaker sivakumar dirampas.

-Adun PR dihalang dikawasan bawah letak kereta oleh puluhan polis.

-Diluar dewan kedengaran pertikaman lidah yang kuat antara adun PR dan polis.

-Diluar bangunan SUK,FRU mula menyuraikan para penyokong PR.Beberapa penyokong PAS dilihat melakukan solat hajat dihadapan penghadang polis,manakala penyokong bukan islam berkumpul berdekatan tempat solat hajat untuk menunjukan kesatuan. PAS for ALL

-Adun PR sudah berada dalam bangunan SUK dan meminta kembali songkok Speaker sivakumar yang dirampas oleh SB bernama Bala.

-Adun PR cuba masuk kembali walaupun dihalang polis. Ratusan polis berkawal di pintu masuk.

-Diluar dewan MB nizar membuat kenyataan akhbar mengecam tindakan polis menghalang seorang adun yang dipilih rakyat dari masuk ke sidang Dun. Sementara didalam dewan 1 minute of silence memperingati kejadian jambatan runtuh.


-Didalam dewan kira-kira 20 bentara dilihat berkawal dihadapan dewan tempat speaker haram ganesan duduk.

-Adun PR trus berundur semula dan terus keluar dari bangunan dan pagar SUK.

-Speaker cuba ditangkap dan dipertahan oleh adun lain. Ada yg terjatuh pertahankan speaker.

-Adun PR cuba sekali lagi menuju ke lif untuk memasuki dewan,tetapi mereka dihalang sekali lagi,kemudian polis benarkan sume masuk kecuali v.sivakumar.

-Sidang DUN bermula dengan bacaan doa,tanpa adun-adun Pakatan.

-Adun-Adun Pakatan berundur ke pintu utama bangunan SUK.

-Speaker V.Sivakumar dihalang oleh polis dari masuk ke dewan DUN. Adun-Adun PR juga dihalang.

-Keadaan masih terkawal apabila Adun-adun PR mula memasuki bangunan SUK,keadaan diluar dewan juga tenang.

-Didalam dewan, Adun BN duduk disebelah kana speaker haram (kerajaan), dan adun-adun PR akan terpaksa duduk disebelah kiri(Pembangkang).

-Beberapa adun BN sudah berada didalam termasuk MB haram zambry kadir.

-Adun-adun PR mula bergerak ke bangunan seketariat. Doakan keselamatan adun-adun kita.

-Adun-adun PR masih belum memasuki Bangunan SUK, menanti lebih ramai penyokong tiba.

-Speaker Halal V.Sivakumar tiba di HQ DAP memakai jubah speaker.

-Empat Adun Pakatan Rakyat, Dato' Ngeh, YB. Zainuddin, YB. Sum dan YB. Thomas SU dihalang oleh pihak polis semasa cuba melintasi kawasan jalan menuju ke bangunan DAP di sini. Selepas pertikaman lidah,mereka dibenarkan melewati bangunan DUN untuk ke pejabat DAP.

-Adun-adun PR sudah berkumpul dan bersedia untuk berarak ke bangunan SUK.

-Pihak media membanjiri ruang legar Bangunan SUK kerana mereka hanya dibenarkan masuk selepas 9.30 pagi.

-Pihak media dibenarkan masuk selepas mereka berbaris dan pass media mereka di check.

-YB Dato Seri Nizar Jamaludin berada di Bangunan DAP Perak.

-Ketua DAP Perak Ngeh Koo Ham tiba di bangunan SUK tetapi dihalang masuk. Tetapi selepas berbincang dengan polis, beliau dibenarkan masuk untuk meletakkan kereta beliau.

Isnin, 26 Oktober 2009

Jamuan Tengahari Bersama Timbalan Presiden

Pada 24 Oktober 2009 yang lalu, Jabatan Pilihanraya Negeri Wilayah Persekutuan telah menganjurkan program Jamuan tengahari bersama Timbalan Presiden PAS Ustaz Nasharudin Mat Isa bagi meraikan petuga-petugas PAS di pilihanraya Bagan Pinang. Berikut adalah gambar pada hari tersebut.










GAMBAR-GAMBAR PERLAWANAN PERSAHABATAN BADMINTON ANTARA DPPK BATU DAN DPPK WANGSA MAJU (yang tidak pernah di siarkan...!)

Dipaparkan aksi-aksi Pemuda Batu dan Pemuda Wangsa Maju dalam perlawanan persahabatan badminton tidak berapa lama dulu di salah sebuah dewan sekolah di 'area' Klang Gate...yang tarikhnya pun dah tak berapa ingat.

Akhir keputusan perlawanan dimenangi oleh Pemuda Batu. Syabas! Kepada Pemuda Wangsa Maju, cuba lagi lain kali ek..!















Jumaat, 23 Oktober 2009

Menteri Wilayah digesa tumpu 4 isu utama masyarakat

Oleh : Harakahdaily

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mahu Kementerian Wilayah Persekutuan memberi tumpuan kepada empat isu rakyat di ibu kota selepas pembentangan bajet 2010 yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat esok.

Ketua Penerangan DPPWP, Mohamad Suhaimi Abdul Aziz dalam satu kenyataan meminta Kementerian Wilayah Persekutuan memberikan subsidi dan bantuan yang sewajarnya kepada golongan miskin bandar di kawasan itu.

Ini kerana ujarnya, pendapatan isi rumah sebanyak RM1, 250 sebulan tidak menjamin keselesaan hidup di Kuala Lumpur.

"Kos pembayaran semula perumahan atau sewa rumah yang tinggi, harga petrol yang meningkat di samping kos sara hidup seharian yang tinggi sering kali membebani isi rumah,"

"Ini tidak termasuk ibu bapa yang bekerja terpaksa mengurangkan masa yang berkualiti bersama anak-anak dan akhirnya akan melonggarkan institusi keluarga itu sendiri,"katanya.

DPPWP turut mendesak pihak kementerian memberikan perhatian kepada masalah kesesakan lalu lintas di Kuala Lumpur akibat kepadatan kenderaan di waktu puncak dan memberikan banyak impak negatif kepada penghuni ibu kota.

Cara yang terbaik katanya, pihak kementerian harus meningkatkan kualiti kenderaan awam agar ia menjadi pilihan utama masyarakat setiap hari.

"Masalah kesesakan lalu lintas memberikan impak yang negatif umpamanya waktu terluang harian bersama keluarga terhad, tekanan mental akan bertambah dan membebankan kewangan rakyat. Malah, indeks pencemaran udara di Kuala Lumpur sentiasa berada pada tahap yang membimbangkan," katanya lagi.

Selain itu, pihak kementerian di bawah Menterinya, Datuk Raja Nong Chick Raja Zainal Abidin harus mengambil serius aspek kebersihan di sekitar Kuala Lumpur dengan meninjau sendiri keadaan ini terutamanya di kawasan-kawasan perumahan yang padat dan berkelompok.

"Amat tidak wajar sekiranya Kuala Lumpur diisytiharkan sebagai kawasan pelancongan negara dan bandaraya kebudayaan Islam dengan suasana sampah dan vandalisme yang agak kritikal," katanya lagi.

DPPWP turut mendesak pihak kementerian berkerjasama dengan ahli-ahli parlimen di wilayah itu untuk menganjurkan program-program yang memberi penekanan kepada pembinaan jati diri golongan belia.

Ini kerana ujarnya, peningkatan kadar jenayah setiap tahun memerlukan usaha membina generasi berilmu dan bermoral.

"Penduduk-penduduk di kawasan perumahan yang padat amat khuatir dengan kes-kes moral belia di kawasan mereka. Ini bermakna, golongan belia perlu diberikan bimbingan melalui program-program belia seperti aktiviti kemahiran, keusahawanan dan ilmiah,katanya.

Tegasnya, pihak kementerian harus berusaha menampilkan imej berkebajikan terhadap rakyat dengan kuasa dan peruntukan yang ada.

Pihak kementerian juga diharap dapat memberikan kerjasama yang baik dengan semua pihak termasuk ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur agar nasib rakyat tidak disisihkan.

"Pihak kami akan menyokong sebarang usaha yang dilakukan oleh pihak kementerian selagi ia memberikan keuntungan kepada agama, rakyat dan negara," ujarnya

Tian Chua akan kemukakan rayuan


Ahli Parlimen Batu Tian Chua akan memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi terhadap keputusan Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini yang mendapati beliau bersalah kerana menyebabkan kecederaan terhadap anggota polis dua tahun lepas.

Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berkata beliau tetap mempertahankan pendiriannya yang mendakwa dirinya tidak bersalah dan menganggap kes itu adalah tuduhan bersifat fitnah.

"Saya tidak merasakan ia satu penghakiman yang adil kerana majistret dan pihak pendakwa bergantung kepada keterangan anggota polis terbabit dan berasaskan kepada bukti keadaan.

"Keterangan itu juga tidak membuktikan bahawa kejadian menggigit itu berlaku dan ia tidak jelas," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini menjatuhkan hukuman enam bulan penjara dan denda RM3,000 ke atas Tian Chua, 46, selepas mendapati beliau bersalah terhadap tuduhan menggigit seorang anggota polis dan menghalangnya daripada menjalankan tugas.

Mahkamah bagaimanapun membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman tersebut untuk membolehkan Tian Chua membuat rayuan. Tian Chua mempunyai tempoh 14 hari untuk mengemukakan rayuannya.

Sekiranya Tian Chua gagal dalam rayuannya terhadap hukuman tersebut, maka beliau akan hilang kelayakan sebagai ahli Parlimen Batu.

Tian Chua didakwa mencederakan konstabel Rosyaidi Anuar, 21, yang bertugas dengan bahagian narkotik Ibu Pejabat Kontinjen Polis Kuala Lumpur, di hadapan bangunan Parlimen pada 10.45 pagi, 11 Disember 2007.

Ahli Parlimen itu ditahan sewaktu Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) mengadakan demonstrasi untuk membantah pindaan perlembagaan bagi melanjutkan usia persaraan anggota Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dari 65 kepada 66 tahun.

Beliau turut mendakwa hukuman itu bertujuan menghilangkan kelayakannya sebagai ahli parlimen tetapi ia tidak akan menjejaskan agendanya untuk berkhidmat kepada rakyat.

Soalan-Soalan Parlimen Dr. Lo'Lo'

Soalan-soalan Parlimen Dr Lo’lo’ bt Datuk Hj Mohamad Ghazali [Titiwangsa] untuk Mesyuarat Ketiga, Tahun Kedua, Penggal ke-12

Soalan Lisan

1. Dr. Lo'lo' bt Datuk Hj Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah kejayaan-kejayaan yang telah dicapai oleh pihak Kastam Di-Raja Malaysia dalam membongkar kegiatan penyeludupan barangan atau produk untuk mengelakkan cukai dan nyatakan jenis barangan serta jumlah cukai yang sepatutnya dibayar mengikut negeri dan berapa tangkapan telah dibuat dari tahun 2008 hingga kini.


2. Dr. Lo'lo' bt Datuk Hj Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan rompakan bersenjata yang melibatkan wang dan barang-barang berharga seperti emas yang diurus syarikat pengawal keselamatan sepanjang tahun 2008 hingga kini.


3. Dr. Lo'lo' bt Datuk Hj Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyenaraikan kejayaan rampasan dadah dan lain-lain bahan yang salah disisi undang-undang secara besar-besaran yang telah berjaya dibuat oleh pihak PDRM mengikut negeri sejak 2008 hingga kini.


4. Dr. Lo'lo' bt Datuk Hj Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan statistik kejadian jenayah mengikut jenis dan negeri sejak 3 tahun yang lalu dan suku pertama tahun 2009.


5. Dr Lo'lo' bt Datuk Hj Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan apakah polisi DBKL dalam penjualan rumah-rumah PPR kepada penduduk yang sedia ada dan juga pihak lain yang mungkin layak serta bagaimana dengan PPR Jelatek yang merupakan pemindahan dari Kampung Bumiputera dan lain-lain adakah mereka akan diberi hak untuk membeli unit-unit tersebut, begitu juga bagaimana dengan kedudukan PPR Sri Perlis 1 dan 2.


6. Dr. Lo'lo' bt Datuk Hj Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI menjelaskan mengapakah JAWI tidak membenarkan sekolah-sekolah tahfiz dan sekolah agama atau SRI swasta mengadakan kurikulum bersepadu antara al-Quran, mata pelajaran diniah dan matapelajaran akademik serta apakah landasan kepada prinsip ini.


7. Dr. Lo'lo' bt Datuk Hj Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah tindakan polis terhadap ugutan rogol ke atas exco kerajaan negeri Selangor, YB Rodziah dan juga ugutan bunuh terhadap Ahli Parlimen Shah Alam YB Khalid semasa majlis dialog dengan penduduk Seksyen 23 yang lalu serta sejauh manakah tindakan yang telah diambil terhadap laporan polis yang dibuat oleh kedua-dua YB.


8. Dr. Lo'lo' bt Datuk Hj Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan apakah perancangan DBKL untuk PPR Desa Rejang Setapak tentang penambahbaikan pasar basah yang seperti pasar 'cowboy' serta bilakah pembinaan rumah mayat untuk bukan Islam akan dimulakan sedangkan permohonan telah dibuat berkali-kali.


9. Dr. Lo'lo' bt Datuk Hj Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan apakah kedudukan keramat Mall yang masih tidak digunakan serta apakah penambahbaikkan yang dibuat DBKL untuk penuhi permintaan peniaga-peniaga bagi disesuaikan dengan keperluan perniagaan mereka dan tempat parkir yang sangat kurang yang boleh menyebabkan kesesakan di jalan-jalan berhampiran dan berapakah kos asal dan kos tambahan.


10. Dr. Lo'lo' bt Datuk Hj Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan apakah perkembangan pembaikan dewan serbaguna Kampung Dato' Keramat dan naik taraf Taman Tasik Kampung Dato' Keramat dan bilakah projek-projek terbengkalai ini boleh digunakan semula oleh rakyat serta sejak bilakah projek ini dimulakan dan siapa kontraktor-kontraktor yang terlibat dan berapa kos yang telah dibayar dan berapa kos projek keseluruhannya.

Soalan Bertulis

1. Dr. Lo'lo' bt Datuk Hj Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menjelaskan kenapakah balai bomba di Jalan Jelatek masih terbengkalai tidak digunakan setelah sekian lama serta sejak bilakah projek ini dimulakan, siapa kontraktor-kontraktor yang terlibat dan berapa kos projek keseluruhannya.


2. Dr Lo'lo' bt Datuk Hj Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI menyatakan mengapakah pelantikan ahli jawatankuasa-ahli jawatankuasa masjid dan surau di Wilayah Persekutuan ditangguhkan sedangkan sesi ahli jawatankuasa yang lalu telah tamat sebelum Ogos 2009.


3. Dr. Lo'lo' bt Datuk Hj Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan berapa ramaikah pesalah juvana yang masih dalam tahanan reman sejak dari tahun 2008 hingga sekarang dan apakah polisi dan amalan yang digunapakai dalam menjustifikasikan penahanan juvana sebagai tahanan reman.


4. Dr. Lo'lo' bt Datuk Hj Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan adakah kementerian mempunyai perancangan untuk melebarkan jalan utama Bentong-Kelantan yang terlalu sempit kerana telah banyak kemalangan dan kematian yang berlaku.


5. Dr. Lo'lo' bt Datuk Hj Mohamad Ghazali [ Titiwangsa ] minta PERDANA MENTERI menyatakan statistik kadar pengangguran dan apakah langkah kerajaan untuk menangani masalah ini.

Dr Lo' Lo' sihat, hadiri sidang Parlimen



Oleh : Malaysiakini

Ahli Parlimen Titiwangsa Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali kini lebih aktif menghadiri program parti dan menjalankan tugasnya sebagai wakil rakyat, termasuk menghadiri sesi parlimen sejak Isnin lalu.

Sabtu lalu - beliau yang menjalani pembedahan Ogos lalu di Institut Jantung Negara (IJN) - menghadiri tiga progam jamuan hari raya Aidilfitri sekitar Titiwangsa walaupun dalam keadaan lengannya berbalut dan dianduh.

Foto-foto beliau dalam keadaan ceria dan mesra bersama orang awam dimuatkan kembali dalam blognya Doc Pearl pada 19 Oktober lalu.

Pada hari tersebut, beliau juga menghadiri jamuan hari raya dua Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Jelatek dan Perkasa anjuran penduduk setempat.

Dalam kedua-dua majlis itu, Dr Lo' Lo yang juga seorang doktor perubatan juga turut menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak.

Blognya itu juga memaparkan foto-foto beliau berinteraksi dan beramah mesra dengan penduduk setempat.

Sementara Khamis lalu, Dr Lo' Lo' yang juga ibu kepada empat orang anak itu menyampaikan sumbangan Deepavali dan duit raya kepada penduduk Indian Settlement, di Kampung Pandan, Kuala Lumpur.

Tiga hari sebelum itu (Isnin) beliau telah menziarahi seorang mangsa kebakaran di sebuah Desa Pandan, dalam kawasan parlimen.

Beliau juga turut terlibat dalam kempen pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang pada 11 Oktober lalu bersama-sama ahli parlimen PAS yang lain.

Berdasarkan foto dalam blognya, Dr Lo' Lo' berada di kawasan tersebut selama dua hari berturut bermula 6 Oktober lalu.

Sementera itu, pembantu khas kepada Dr Lo' Lo', Abu Hassan Othman ketika dihubungi Malaysiakini berkata, tahap kesihatan bosnya itu kini sihat.

Ditanya mengapa lengan ahli parlimen itu berbalut semasa menganjurkan jamuan aidilfitrinya Sabtu lalu, Abu Hassan berkata, Dr Lo' Lo' mungkin "tidak selesa" kesan pembedahan Ogos lalu.

Bagaimanapun, tambahnya, balutan itu telah ditanggalkan semalam.

Khamis, 22 Oktober 2009

Tian Chua Bakal Hilang Kelayakkan Sebagai Ahli Parlimen?


Tian Chua telah dijatuhkan hukuman penjara 6 bulan dan denda RM3000 selepas didapati bersalah atas tuduhan menggigit seorang anggota polis dan menghalangnya daripada menjalankan tugas.

Mahkamah bagaimanapun membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman tersebut untuk membolehkan Tian Chua membuat rayuan.

Tian Chua yang merupakan Ahli Parlimen Kawasan Batu menghadapi kemungkinan kehilangan kelayakkan sebagai Ahli Parlimen sekiranya didenda lebih dari RM2000.

Tian ditahan sewaktu Bersih mengadakan protes membantah pindaan perlembagaan untuk melanjutkan usia persaraan anggota Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dari 65 kepada 66 tahun.

Pilihanraya Kecil Lagi??


Oleh : Malaysiakini

Ahli parlimen Batu yang juga pengarah strategi PKR, Tian Chua hari ini didapati bersalah oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas tuduhan menggigit seorang anggota polis dan menghalangnya menjalankan tugas.
Majistret Mohd Faizi Che Abu berkata beliau mendapati Tian Chua bukan saksi yang berwibawa kerana pembelaannya hanya merupakan penafian semata-mata.

Hukuman akan diatuhkan selepas majistret mendengar rayuan selepas rihat.

Malah, kata Mohd Faizi, rakaman video yang dikemukakan oleh pihak tertuduh menunjukkannya menghalang dirinya ditangkap.

Katanya, walaupun rakaman video tersebut tidak menunjukkan berlakunya pelakuan menggigit, tetapi beliau percaya ia berlaku kerana anggota polis berkenaan memberi keterangan bahawa beliau menumbuk tertuduh dan Tian Chua bertindak balas dengan menggigit.

Mohd Faizi juga berkata, bukan anggota polis tersebut yang dibicara tetapi tertuduh yang menghadapi perbicaraan.

Katanya, beliau mendapati kewibawaan anggota polis itu tidak terjejas kerana beliau mengaku, dalam keterangannya, telah menumbuk Tian Chua.

Dalam reaksinya, Tian Chua berkata beliau tidak fikir ianya satu penghakiman yang adil kerana mendakwa majistret dan pihak pendakwa bergantung kepada keterangan anggota polis terbabit dan berasaskan kepada bukti keadaan.

Katanya, ia tidak membuktikan bahawa tindakan menggigit itu berlaku.

Tian Chua, 46, yang nama penuhnya Chua Tian Chang, didakwa mencederakan konstabel Rosyaidi Anuar, 21, di depan bangunan Parlimen pada jam 10.45 pagi 11 Disember 2007.

Rosyaidi bertugas dengan Bahagian Narkotik Ibupejabat Kontijen Polis Kuala Lumpur.

Pada 18 Mei, Mohd Faizi mengarahkan Tian membela diri selepas majistret itu memutuskan bahawa pihak pendakwa mempunyai kes terhadap ahli parlimen Batu itu.

Tian didakwa mengikut Sekseyen 332 Kanun Keseksaan dan boleh berdepan dengan hukuman tiga tahun penjara atau didenda atau kedua-duanya sekali.

Sekiranya hukuman penjara melebihi setahun atau jika denda yang dikenakan melebihi RM2,000 maka Tian hilang kelayakan sebagai ahli parlimen Batu jika selepas semua rayuannya gagal.

Tian ditahan sewaktu Bersih mengadakan protes membantah pindaan perlembagaan untuk melanjutkan usia persaraan anggota Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dari 65 kepada 66 tahun.

AL-FATIHAH

Dewan Pemuda PAS Kawasan Batu Mengucapkan Takziah kepada Ustaz Ramadhan Fitri (Bekas Exco Pemuda Wilayah) diatas pemergian puteri kesayangan beliau pada pagi ini 6.20am.

AL-Fatihah

Rabu, 21 Oktober 2009

The weapon called PUBLIC PERCEPTION

OPINION

'PAIN'. Every human experiences 'pain'. It can be in any forms. But no one likes to be in whatever sort of pain (normal people, ok?), yet have we really asked ourselves why God created this very annoying 'pain' feeling?

1. The function of 'PAIN'

What happened when our hands accidentally touched a boiling kettle? A 'pain' signal will be generated instantly to our brain to tell us to initiate a reaction to pull our hands off the boiling kettle to prevent further damage. This 'pain' signal also tells us that putting our hands on a boiling kettle is going to hurt no matter how many times you try it in the future. Because the 'pain' is painful enough hence from that moment on, we tend to be extra careful when we are dealing with boiling kettle.

Ok now, lets imagine if 'pain' does not exist in us. Using the same scenario, our hand accidentally touches a boiling kettle but this time no 'pain' signal is generated. Perhaps by the time we realize what has happened, our hands has been badly burnt.

So there you have it. 'Pain' is a actually a good thing to have. It gives us a signal that we were doing something wrong. 'Pain' tells us that we need to change what we are doing, or else we'll get burnt severely if we choose to ignore it. But for us to really heed this 'pain' signal seriously, this 'pain' signal must be painful enough to stick to our mind.

Bagan Pinang's humiliation is a 'pain' signal that there were something wrong with you, PAS and Pakatan Rakyat (PR) in general. Perhaps this 'pain' is trying to tell you that there was something terribly wrong with the way you were approaching things.

But, is this 'pain' painful enough to warrant a reaction from PAS and PR to change their attitudes? I hope it does but it remains to be seen.

2. Decrypting Bagan Pinang's 'pain' signal

What is this Bagan Pinang's 'pain' signal about? If you have been reading around, I'm sure you found most writers blamed PAS for the loss. These words beer, concerts, Taliban, SELCAT, unity government, flip-flop and not-trustworthy were the most commonly used as the reason for the humiliating defeat. Yes PAS, some of you argued that it was not fair to blame you entirely for the loss because when you were winning, others tried to claim credits as well. This I agreed to a certain extent, but you held the most responsibility for this loss because you had clumsily lost an invaluable 'weapon' even before you went into battle in Bagan Pinang.

So, what was the invaluable 'weapon' you lost even before you lost Bagan Pinang? Plain and simple, you had lost THE WEAPON CALLED PUBLIC PERCEPTION.

3. How powerful is this 'weapon'?

Without this 'weapon' in hand, no voters would want to listen to what you have to say. Even when you were reporting an assault case, people were doubting whether it was real until you had to explain it like it was a staged controversy. Without this weapon, you could not defend yourself against being blamed as the culprit who caused the defeat.

And worst of all, everything you said from now on, will be viewed with suspicious eyes even though it is your utmost sincerity statement. A truth from you could be turn into a lie by your enemies with ease. A lie about you could turn into truth by your enemies as well.

Without this weapon, you can only be in defensive mode all the time. And PAS, you lost your attacking position in politics because you clumsily lost this 'weapon' due to some controversial statements made without analysing.

Somehow PAS has different fractions that managed to held on to this 'weapon' in their own state. For instance, PAS's Kelantan certainly still has its grip on this 'weapon' in Kelantan, where else we saw PAS's Terengganu lost this 'weapon' entirely until now - even in 2008 when PR managed to win 5 states in Peninsular Malaysia, PAS still lost badly in Terengganu.

On the other hand, with this 'weapon' in hand, you can reflect back on history, how Dr M used this weapon to held on to power during Anwar's removal from UMNO and Malaysia's politics. Besides that, don't forget that this is the 'weapon' that massacred most of the PAS politicians in 2003, when Pak Lah took over from Dr M.

All the examples above just showed that this 'weapon' is a force to be reckon with. Afterall, there's a saying ,Politics is all about perceptions. the most important weapon in politics before you got butchered in Bagan Pinang.

4. 'Weapon' has to be earned

PAS, PKR and DAP generally suffered from the same problem of not having the right public perception over the past many many years until March 2008. From 2006 to 2008, UMNO basically fell in love with the keris and ditched this 'weapon' at their own peril. They failed to realize this 'weapon' is much more powerful than their traditional keris.

Pak Lah forgot that this was the 'weapon' Dr M used to keep him and BN in power. In fact, this was the 'weapon' that kept them in power for 50 years. Pak Lah let this 'weapon' slipped away (perhaps while he was sleeping) from BN and it landed on PR's lap by chance.

BN dropped this 'weapon' intentionally and to their horror this 'weapon' helped to give birth to PR. And PR managed to snatch 5 states away from BN because of this 'weapon'. But PR has to remember, they did not earn this weapon on their own merit, they got this 'weapon' purely because UMNO preferred to kiss its new keris.

PR must learn to appreciate and maintain this 'weapon' in good condition at all cost. This 'weapon' is very fragile in nature, but powerful enough to win most of the election battles for PR before Bagan Pinang.

Unfortunately, PR did not realize the importance of maintaining this 'weapon' in great condition. 19 months later after March 08, PAS lost its sight on this 'weapon'. PKR seems to be losing grip on this 'weapon' too with so much infighting news flying around. Perhaps only DAP is still able to held on to this 'weapon' but sweat is making it slippery on its hands as well.

PR, don't you guys realize that this 'weapon' is suppose to be your main aim in politics? This 'weapon' alone can bring you a lot of votes. Working for votes won't be effective if you do not have this 'weapon' in hand. Fighting for 'votes' alone won't give you this 'weapon' as well. This 'weapon' cannot be obtained by any last minute works and lip services during election. It requires a lot of discipline to do the right thing all the time to EARN this 'weapon'.

PR must retain this 'weapon' by working on the right policies and stick together through their marriage. PR must have faith in their marriage, and throw away the word divorce from their vocabulary. There's no two ways about it. Work to maintain this 'weapon' in good condition, and I assure you the votes will come naturally.

After Bagan Pinang, has BN regained control over this 'weapon'? Fortunately they haven't. Yes, they won the election largely due to the popularity of Tan Sri Isa, but because of him too, this 'weapon' has yet to reach their hands.

For the past 19 months, PR seemed to be complacent that this 'weapon' is going to be in their hands as long as they continue to bash BN to eternity. But if PR continues to be in disarray, BN may not need to work hard for this 'weapon' to reunite with them - as this 'weapon' may just slipped away from PR just like it slipped away from BN in 2008.

PR, please stop working for votes instead focus your work to improve and maintain this 'weapon' by displaying your good governance, excellent cooperation, realibility and fairness to all Malay-sians alike.

It is not hard to maintain this 'weapon' you just need to:

1. Convince us that you are not a marriage of convenience.

2. Convince us that you have what it takes to rule Malaysia.

3. Convince us that the future is better with you in charge rather than BN.

Do keep in mind that this 'weapon' is your ultimate ingredient to Putrajaya.

5. Shed the fear of losing 'old support' (support of certain communities that belonging to certain ideologies).

PAS, PKR and DAP all have their difficulties to 'change' to adapt to the new expectation from voters in their hope for a better Malaysia. Strangely enough, their difficulties were quite common among them.

Their main obstacle to 'change' is a 'fear' - the 'fear of losing old support'. Sigh, I find it hard to reason with them on this, because most of them have the same feeling that if this marriage fails, they can always fall back on their old support to remain relevant in Malaysia. It is like an insurance plan to them. To them 'change' and 'marriage' has its risks. Therefore, they are very hesitant to budge away from their hardcore ideologies.

But, please do us a favour to ask yourself this question, where has the old support brings you so far in Malaysia besides forever residing as an opposition for 50 years to BN on federal level? If Tok Guru Nik Aziz dares to laud his multi-racial policies to embrace PR (PAS rules Kelantan without PR for nearly 20 years, mind you!) despite his fears of 'losing old support', why are you guys hesitating to do the same?

Yes, it is proven that you would lose some 'old support' (Manek Urai won by 65 votes), but you could not deny the fact that 'new support' (support from all Malaysians) let you win comfortably (4000+ votes in Permatang Pasir) with this 'weapon' in hand. And evidently, you could see in Bagan Pinang, without the 'weapon' in hand, you lost with a embarassing majority of 5435 because the 'new support' deserted you.

For over so many years, it is also proven that 'old support' gets you nowhere near Putrajaya. The 'new support' that came into picture in 2008 will get you there if you can maintain this 'weapon' on your side till GE13.

PR, you need to get your act together, and say "I do" in your marriage and work together hand-in-hand to protect this 'weapon' from falling back into BN's hands by doing the right things and always seen to be fighting on issues along multi-racial lines. You can't go wrong as long as you stick to the 1-Malaysian (note the extra 'n') concept I lauded in my previous article.

Now, the question is whether PAS, PKR and DAP have enough wisdom to know that there are times when their ideals need to be temporarily sacrificed in the name of friendship, greater good, or simple common sense to maintain the ultimate 'weapon'- PUBLIC PERCEPTION in their hands?

Penulis adalah seorang pemuda bukan Islam yang sangat minat dengan politik PAS tetapi mempunyai pandangan tersendiri terhadap parti Islam ini