Rabu, 4 November 2009

BILA LAYANG-LAYANG PUTUS TALI


Alhamdulillah buat Allah swt yang telah memberi kita nikmat akal untuk berfikir akan keesaan Allah swt.

Selawat dan salam buat junjungan alam Nabi penyuluh kebenaran,ahli keluargaNya dan sahabat-sahabatNya.

1. Layang-layang putus tali, itulah perumpamaan yang boleh kita ambil apabila akal yang digunakan tidak berpandukan ilmu.maka ia akan melahirkan sikap yang negatif.

2. Apabila sikap tersebut memainkan peranan, ketika itu “ wala’ pada pimpinan “ akan hilang.

3. Permasalahan wala’ ini perlu lebih kita perincikan apabila didapati pandangan-pandangan yang kurang jelas terhadap wala’ pada pemimpin.

4. Lebih-lebih lagi sehingga ada yang mengatakan wala’ di dalam PAS adalah wala’ yang “membabi buta”.

5. Itu sebabnya menjadi ahli Pas belum tentu membuatkan seseorang itu tau segalanya mengenai hala tuju manhaj yang dibawa.

6. Lebih-lebih lagi menjauhkan diri dari usrah yang menjadi kunci di dalam sesebuah oraganisasi islam.

7. Apabila usrah kita jauhkan dari program kehidupan kita, maka segala manhaj yang perlu kita tau dalam organisasi tersebut akan hilang…maka ketika itu, kita akan kemudinya dengan akal dan perasaan yang tidak berpandukan ilmu yang sepatutnya.

8. Itu masalah bagi yang tidak mengikuti usrah, macam mana pula golongan yang hari-hari berusrah tapi begitujuga pemikirannya?

9. Di dalam apa jua keadaan sekalipun, perkara utama yang diterapkan oleh Rasulullah saw adalah adab dan akhlak.

10. Walaupun usrah berhari-hari tapi macam “mencurah air didaun keladi” tidak berguna juga, jika masih dengan pemikiran ortodok.

11. Sikap yang negatif, rasa su’uz zan dan tidak percayakan sahabat, rasa diri yang terbaik tanpa ilmu yang tawadhuk, bermain di dalam diri, selagi itu jugalah permasalahan wala’ akan timbul.

12. Wala’ yang boleh diberi erti taat itu, bukan bermaksud kita perlu angguk sahaja tanpa berkata-kata.

13. Tetapi ketaatan yang diberikan setelah hasil keputusan mesyuarat yang telah dilakukan, maka ketika itu segala keputusan apa sekalipun perlu ditaati.

14. Memang pimpinan PAS itu bukan manusia yang ma’sum tapi keputusan dan ketetapan yang lahir adalah dari sebuah perbincangan bukan dari keputusan seorang kuku besi.

15. Permasalahan wala’ ini akan terjadi satu isu selagi sifat tawadhuk, adab dan akhlak tidak ada dikalangan kita.

16. Jangan kita lupa bahawa apa yang diperjuangkan berkait rapat dengan niat yang benar-benar telus untuk Allah swt, bukan hanya kepentingan diri kita.

WAllahu A’lam.

Oleh : Ust. Mohammad Adha Buyung
Penulis adalah Exco Dewan Pemuda PAS Kawasan Batu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan