Khamis, 29 Oktober 2009

GONG YANG HEBAT???


Alhamdulillah,segala pujian buat Allah yg menjadikan segalanya tidak terlepas dari hikmah dan pengajarannya.

Selawat dan salam buat junjungan alam Nabi Besar Muhammad saw,ahli keluargaNya dan sahabat-sahabatNya.

1. Terlalu lama sudah tidak berbicara di blog ini, bila sebuk dengan sesuatu yang baru. Bagaimanapun kita kembali pada Allah swt untuk mengaturkan segalanya buat kita kerana Dia adalah sebaik-baik pengatur dan penetap.

2. Apabila kita menyebut tentang gong, mungkin jarang kita jumpa golongan yang tidak mengenalinya. Bunyinya yang hebat tapi dalamnya tetap kosong. Itulah pepatah yang digunakan oleh sebahagian orang melayu yang tidak terlepas daripada maksud untuk dijadikan sebagai satu pengajaran.

3. Masyarakat yang semakin maju dengan kemodenan, melahirkan cerdik pandai dalam setiap aspek membuatkan kita sangat berbangga, lebih-lebih lagi hari ini jika mahu dicari orang yang memiliki BA apatah lagi master terlalu ramai. Sampai satu ketika terasa BA ni dah macam SPM je.

4. Tapi persoalannya adakah cukup dengan kita berbangga dengan kelulusan dan sijil serta pangkat yang kita ada tapi tidak mendatangkan tujuan yang sebenar lebih-lebih lagi untuk agama dan bangsa.

5. Itu satu permasalahan, yang menjadi permasalahan lebih besar lagi apabila lahir golongan yang terlalu “gedembang gedembung” bunyinya meletup-meletup menegur orang.

6. Menegur tu tak salah, dan itulah yang digalakkan oleh Rasulullah pada kita, tapikan baik teguran tersebut biarlah dengan “hikmah wal mau’izah” bukan dengan cara menjatuhkan orang, lebih-lebih lagi orang yang ditegur tadi lebih arif dari kita tentang permasalahan tersebut.

7. Kita yang tak betul juga ni pun tak habis-habis taqlid pula benda yang nak kita tegur tu pada orang lain, bukan dari ilmu yang benar-benar dari apa yang dipelajari. Dah jadi macam ta’sub dengan seseorang. Kalau seseorang tu pun jenis yang benar-benar disegani dengan ilmu dan amalnya, takpe la juga, ini tidak kurangnya macam kita, duk bid’ahkan orang je, nauzubillah.

8. Bukan nak mengata tapi inilah rialiti masyarakat kita yang ada ilmu sedikit tapi riuhnya mengalakah petir dilangit.

9. Pepatah melayu pun ada mengatakan : jadilah seperti resmi padi, semakin berisi semakin tunduk kebumi…jangan jadi resmi lalang, semakin lama semakin mendongak kelangit”.

10. Ulamak sendiri ada mengatakan perbezaan orang yang berilmu dengan orang yang jahil…orang yang berilmu dia akan tunduk dan tawaduk dengan ilmu yang ada, nak dibandingkan dengan orang jahil seperti serigala menyalak dibukit tapi abuk pun tarak, nauzubillah.

Semoga kita digolongkan dalam hamba-hambaNya yang tidak putus mencari ilmu dan tawaduk dengan ilmu yang di amanahkan, bukan ria’ dengan ilmu yang rasa dimiliki.

wAllahu A’lam.

Oleh : Adha Muhamad

Tiada ulasan:

Catat Ulasan