Assalamualaikum sahabah sahabiah dirahmati Allah,
Baby berusia 3 bulan, cahayamata pertama kepada Ust Ramadhanfitri (Exco Pemuda Pusat) sedang koma di ICU, Hospital Putrajaya.
"Nur Fatimah" (nama baby) dimasukkan ke wad sejak Jumaat lalu dan sekarang dalam keadaan kritikal.
Pada awalnya disyaki mengalami bleeding di otak akibat gegaran buaian di nursery dan dihantar ke an-Nur, Bangi, sebelum direfer ke Hospital Putrajaya.
Sudah buat 2 kali CT scan, yang mana pertama kali, baby berhenti bernafas... walaupun dapat diselamatkan kemudiannya, doktor mendapati terdapat tompokan kawasan di otak yang tidak mendapat oksigen.
Keadaan Nur Fatimah sangat menyayat hati dengan muka, mata sudah bengkak, salur tiub pernafasan berada di dalam mulut dan lain lain....
Jika sahabat2 ada kelapangan, silalah menziarah SEGERA..
WAKTU MELAWAT: 4 ptg hingga 8 mlm.
Semoga dapat turut sama berdoa dan memberi semangat kepada kedua ibubapanya yang kini sedang berada di hospital berhadapan dengan segala kemungkinan ujian dari Allah jua...
TLG DOAKAN... Allahu 'alam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan