Memaparkan catatan dengan label program. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label program. Papar semua catatan

Ahad, 8 Mei 2011

Seminar Maqasid al-Syariah


PAS Pusat dengan kerjasama Dewan Ulamak PAS Pusat menganjurkan satu Seminar Maqasid Syari'ah yang diadakan di Dewan Jubli Perak Bangunan SSAAS di sini. Peserta Seminar sekitar 700 orang adalah terdiri dari AJK Syura Ulamak, AJK PAS Pusat, Ahli Dewan Negara, Ahli Dewan Rakyat, ADUN-ADUN , wakil badan Perhubungan Negeri, Wakil PAS Kawasan dan wakil Ngo dari seluruh negara. Program yang akan berlangsung sehingga jam 2.00 petang itu dihadiri oleh Presiden PAS, YB. Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang sebangai pembentang utama kepada kertas kerja bertajuk Maqasid Syari"ah.

Kertas kerja yang dibentangkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang bertajuk maqasid al-Syariah. Dalam pembentangan itu, antara perkara yang dibentangkan ialah konsep, objektif, pembahagian maqasid syariah, pelaksanaan maqasid al-syariah, peranan kerajaan Islam dan sikap terhadap maqasid al-syariah. Selepas Pembentangn kertas kerja tersebut akan diulas oleh dua pengulas iaitu oleh Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, YB. Dato' Ustaz Haji Harun Taib dan pengulas kedua pula ialah Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Seri Ustaz Haji Azizan And Razak yang juga merupakan Pesuruhjaya PAS Kedah.

Antara yang disentuh juga berkaitan dengan Enam Feqh perlu difahami secara mendalam iaitu auroq (kesesuaian lokasi), haraki (memahami perkara berlaku), Waqie' (situasi yang berlaku), Nawazil (peristiwa berlaku), Muwazanat (pertimbangan terperinci perkara yang berlaku tahap pelaksanaan hukum) dan Aulawiyyat (memahami perkara keutamaan, terpenting, besar dan kecil bagi nyatakan hukum dan pelaksanaannya).
Presiden PAS membentangkan kertas kerja Maqasid al-Syariah




Isnin, 25 April 2011

Cikgu Ishak Surin, Datuk Suhaimi, Datuk Tarmizi dan Ustaz Azhar menang tanpa bertanding sebagai kepimpinan tertinggi PAS Kawasan Batu












MESYUARAT Agung Tahunan, PAS Kawasan Batu pada Sabtu 23 April 2011 lalu di Dewan Serbaguna Taman Gombak dan telah dirasmikan oleh Ahli Jawatan Kuasa PAS Pusat, Datuk Paduka Husam Musa merangkap Exco Kanan Kerajaan Kelantan Darul Naim.

Pada Menyuarat Agung Tahunan kali ini, Cikgu Ishak Surin, Datuk Suhaimi, Datuk Tarmizi dan Ustaz Azhar masing-masing mengekalkan jawatan diperingkat kawasan apabila mereka menang tanpa bertanding, setelah pencabarnya menarik diri dan memberi laluan mudah kepada penyandang jawatan. Inilah yang terjadi dalam PAS Kawasan Batu semalam, apabila jawatan Yang Dipertua, Timbalan Yang Dipertua, Naib Yang Dipertua dan Ketua Urusan Ulama tidak dipertandingkan.

Keempat-empat jawatan tersebut tidak dipertandingkan kerana pencabarnya memberi laluan penuh kepada penyandang asal iaitu Haji Ishak Surin (Yang Dipertua); Datuk M Suhaimi Abdul Rahaman (Timbalan Yang Dipertua); Datuk Tarmizi Mohd Jam (Naib Yang Dipertua) dan Ustaz Azhar Yahya (Ketua Urusan Ulama).

Untuk jawatan Yang Dipertua, sebanyak tiga calon diutarakan. Sementara jawatan Timbalan Yang Dipertua dua calon dan Naib Yang Dipertua empat calon. Tiada pencalonan untuk mencabar jawatan Ketua Urusan Ulama kali ini.

Mereka yang dicalonkan untuk keempat-empat jawatan itu, terlebih dahulu dihubungi melalui telefon bagi mengesahkan pencalonan atau menarik diri bagi jawatan-jawatan terbabit. Bagaimanapun, setelah dihubungi kesemua mereka menarik diri. Mesyuarat berjalan dengan lancar dengan beberapa usul diterima dan dibahaskan. Semoga kepimpinan PAS Kawasan Batu terus mempersadakan perjuangan.

Jumaat, 24 April 2009

Nisa' anjur Indoor Games 25 April ini


Nisa' Malaysia akan menganjurkan permainan rakyat Nisa' Indoor Games (NIG), berbentuk sukan dalaman pada 25 April ini, di Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahudin Aziz Shah, dekat sini.

Pengarah Nisa' Indoor Games, Muna Izzah Fadzil berkata, pihaknya mengambil inisiatif mempromosikan kembali permainan tradisional dan menjadikan NIG sebagai alternatif permainan keluarga dalam merapatkan lagi hubungan kekeluargaan dan silaturrahim.

"Selain mengekalkan warisan bangsa, ia juga diharapkan kembali digemari oleh generasi muda serta segenap lapisan masyarakat, sekaligus mengurangkan gejala sosial dengan aktiviti bermanfaat," katanya.

Nisa' katanya, turut menjemput Nur Nabila Azman Hisham, jaguh catur yang mewakili Malaysia di peringkat antarabangsa,yang kini berada di kedudukan ke- 1,387 dalam Organisasi Catur Dunia (FIDE) sebagai icon NIG 2009.

Menurut beliau, orang ramai, khususnya para muslimat dan remaja dijemput menyertai sukan tersebut yang akan diadakan bermula jam 9 pagi hingga 6 petang.

Muna turut memberitahu bahawa oleh kerana pihak penganjur tidak mendapat tajaan khusus daripada mana-mana pihak, Nisa' mengalu-alukan sebarang derma dan sumbangan dari orang ramai bagi menjayakan NIG.

Sebarang Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi; Mastura Mohamad ditalian 012-3921966, Muna Izzah (013-3687150) atau Farhana (019-9317021).

Harakah Daily.