Rabu, 19 Disember 2012

Penikam petugas PR di Gombak tempohari telah dikenalpasti!


INILAH MAKHLUK YANG MAIN TIKAM2 KAT GOMBAK!

akhirnya admin berjaya mendapatkan informasi daripada sumber yang amat2 boleh dipercayai ttg siapakah macai yang menikam sorg penyokong PR sewaktu ceramah Jelajah Merdeka Rakyat kat gombak minggu lepas. sila lihat betul2 dan camkan.

nama dia Herry. duduk berhampiran dengan kawasan kejadian. baru berusia dalam 22-23 tahun. budak lagi. pernah kerja polis tapi dibuang akibat kes rasuah dan salah laku. abang dia pula org kuat kepada ketua pemuda UMNO gombak, megat zulkarnain omardin.

menurut informasi yang admin dapat, dia ni DIBAYAR SEBANYAK RM 1,000 khusus untuk buat haru biru dan menimbulkan kekecohan. admin tak pasti sama ada pembuat kecoh yang lain itu turut dibayar sebanyak itu, tapi dengan jumlah RM1,000 tu la yang membuatkan dia ada "lesen besar" bawak kerambit dan menikam bahu salah sorg penyokong PR masa tu.

inilah bukti kejijikan politik ala-BN - sanggup memperalatkan belia untuk menimbulkan kekacauan dan keganasan semata2 ingin menghalang kemaraan Pakatan Rakyat. sebarkan perkara ini! biar satu malaysia tahu kebusukan hati perut UMNO BN dan penghuni2nya!

ramai yang bertanya dari mana admin dapat info berkenaan budak yang menikam petugas PR kat gombak haritu. apa yang admin boleh kata ialah admin dapat info secara first hand daripada sumber yang amat admin boleh percayai - orang tempatan dan dia mengenali budak ni serta tahu kisah yang berlaku.

admin banyak kali cuba taip id FB budak ni kat search box, tapi tak ada match. jadi kalau nak bukak FB dia memang kena taip address terus kat navigation bar.

dan dalam FB dia pun banyak gambar yang dia private - bukan friendlist dia tak boleh nampak.

tapi dia fikir dia boleh lari ke? lu boleh lari dari manusia dan undang2 manusia bai, tapi lu TAKKAN DAPAT LARI DARI ALLAH.

TOLAK KERAJAAN PEROSAK BELIA!

ps : admin nasihatkan jangan la kita kutuk polis. polis2 ni sebenarnya banyak je geng kita. masa admin pi dang wangi hari tu pun, cukup ramai polis yang menyebelahi kita tapi atas arahan atasan, depa terpaksa buat kerja. cuma segelintir macai mcm budak ni je yang buat nama polis jadi busuk.


Isnin, 17 Disember 2012

artikel : SIAPAKAH PERKAUMAN SEBENARNYA?


SIAPAKAH PERKAUMAN SEBENARNYA?

oleh Fais Al-Hajari (Ketua Penerangan DPPKB)

Buat kali pertama dalam sejarah penulis mengenali dunia politik, inilah kali pertama kongres atau perhimpunan agung DAP  - yang tahun ini juga merupakan tahun pemilihan pucuk pimpinan mereka - mendapat liputan meluas media tempatan. Malah, sejak akhir-akhir ini begitu banyak laporan dan liputan diberikan ke atas perhimpunan agung parti-parti komponen Pakatan Rakyat (kecuali PKR setakat ni - mungkin tidak mahu mempromosikan Anwar Ibrahim).

Cuma laporan dan liputan yang diberikan - seperti biasa - hanya menjurus kepada perkara negatif. Dalam ertikata mudahnya, mencari salah untuk disensasikan. Jika adanya ulasan daripada pemerhati politik tanahair, ulasan itu hanyalah datang daripada tokoh-tokoh pemerhati pro-UMNO BN.

Terkini, media menghentam DAP sebagai sebuah parti yang terbukti chauvinis dan bersifat perkauman apabila dikatakan tiada wakil melayu, india atau punjab dalam senarai kepimpinan utama parti itu. Pandangan itu digemakan lagi dengan kenyataan-kenyataan daripada pucuk pimpinan UMNO seperti Najib Razak, Muhyiddin Yassin serta bekas Timbalan Pengerusi DAP yang keluar parti, Tunku Abdul Aziz.
Soalnya, apakah perkauman atau tidaknya sesebuah organisasi itu ditentukan oleh bangsa yang menghuni pucuk pimpinannya semata-mata atau sebenarnya itu bukanlah menjadi faktor penentunya sama sekali?

Baik. Jika pandangan yang menyatakan bahawa sesebuah parti itu merupakan parti perkauman, sudah tentulah kita akan mengatakan UMNO, MCA dan MIC sebagai parti perkauman kerana parti itu sememangnya dihuni oleh melayu, cina dan india masing-masing. Malah jika teori sebegini digunapakai, maka PAS juga merupakan parti perkauman kerana daripada Majlis Syura Ulama hinggalah ke jawatan Presiden membawa kepada senarai Ahli Jawatankuasa Kerjanya, semuanya dihuni oleh kaum melayu belaka.

Tapi, PAS tidak dianggap umum sebagai parti perkauman melayu, sebaliknya PAS dikenali sebagai parti Islam yang membawa perjuangan Islam. Uniknya PAS walaupun dihuni oleh majoriti melayu serta membawa wadah Islam, kaum bukan Islam dengan padu menyokong PAS sehingga mewujudkan DHPP serta banyak lagi perikatan tidak rasmi yang lain. Kenapakah demikian? Ya - tak lain tak bukan kerana DASAR parti PAS yang meletakkan Islam sebagai perlembagaan tertinggi parti. Dek kerana dasar itu, PAS tidak dianggap parti perkauman, sebaliknya dikenali sebagai parti untuk semua kaum dan agama kerana Islam itu sendiri adalah untuk semua.

Begitu juga DAP. Jika dilihat dari komposisi jawatankuasanya, sudah tentulah mereka akan dikatakan sebagai "parti cina", tetapi apakah DASAR perlembagaan dan perjuangan DAP? Iaitulah untuk menjadi sebuah parti bagi SELURUH RAKYAT MALAYSIA. Bermakna, dasar DAP adalah untuk semua kaum dan tidak terhad kepada cina semata-mata. Ini dibuktikan di Pulau Pinang apabila kerajaan negeri yang diterajui DAP (jangan lupa - hanya ada seorang wakil PAS dalam kerajaan negeri) terus menerus memberikan pelbagai bantuan dan galakan kepada sektor agama Islam di negeri itu bermula daripada kenaikan elaun imam, bilal dan guru KAFA hinggalah kepada penambahan peruntukan sektor agama yang kini telah mencecah RM 63.21 juta (sekadar perbandingan, peruntukan agama Islam untuk Negeri Sembilan yang diterajui UMNO hanyalah RM 5.63 juta). Apakah itu boleh menjadi kenyataan jika benar DAP merupakan parti perkauman cina yang chauvinis?

Secara kesimpulannya, perkauman atau tidaknya sesebuah organisasi atau parti itu tidak tergantung kepada komposisi ahli atau jawatankuasa eksekutifnya semata-mata, tetapi ianya ditentukan secara tuntas menerusi dasar dan tindakan-tindakan yang diambil parti tersebut. Jadi berdasarkan penjelasan ini, ternyata parti-parti komponen utama dalam BN itu merupakan parti perkauman tegar lagi chauvinis kerana dengan jelas mereka hanya berminat untuk memperjuangkan kepentingan kaum masing-masing sehingga sanggup mengusik sentimen perkauman bagi memastikan kelangsungan kewujudan mereka, sepertimana yang telah dilakukan oleh Shahrizat Jalil dan Ibrahim Ali dalam ucapan dasar mereka ketika perhimpunan agung organisasi masing-masing.

Bak kata pepatah melayu, telunjuk lurus kelingking berkait.

(sila like fanpage rasmi Pemuda PAS Batu, https://www.facebook.com/pemudabatudotcom. artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis.)

Ahad, 16 Disember 2012

Ketua Pemuda DPPKB dipanggil buat rakaman percakapan aduan berhubung isu Shahrizat


KUALA LUMPUR, 16 Disember / 2 Safar - Ketua Pemuda PAS Kawasan Batu, Abu Bakar Abdul Rahman telah dipanggil oleh pihak Polis bagi merakam percakapan aduan berhubung laporan Polis oleh Dewan Pemuda PAS Kawasan Batu ke atas Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, pagi tadi.

Prosedur rakaman percakapan aduan itu bermula jam 11.15 pagi tadi dan tamat pada jam 12.45 tengahari. Ia dikendalikan oleh ASP Chua Wee Seong.

Laporan Polis itu - yang dibuat pada 3 Disember lalu - dibuat atas sebab kenyataan Shahrizat ketika berucap pada Perhimpunan Agung UMNO yang lalu dilihat berpotensi mencetuskan kegelisahan dan provokasi jahat terhadap umum, selain ianya dilihat sebagai satu cubaan untuk mengapi-apikan sentimen perkauman ketika PilihanRaya UMUM ke-13 semakin menjelang.

Menurut Abu Bakar, ucapan sebegitu tidak dapat diterima sama sekali. "Beliau (Shahrizat) membuat ucapan itu dengan pengetahuan bahawa setiap kata-katanya akan mendapat perhatian umum, apatah lagi ucapannya disiarkan secara langsung melalui televisyen tempatan. Apakah beliau tidak memikirkan tentang risiko dan padah akibat ucapannya itu?" katanya ketika disoal.

Tambahnya lagi, "Kita lihat kesan daripada provokasi terbuka oleh Sharizat telahpun menampakkan bunga-bunga kotornya. Kejadian keganasan sewaktu Jelajah Merdeka Rakyat di Gombak yang menyaksikan aksi membaling batu dan tikam yang mendapat restu Pemuda UMNO Gombak serta ucapan rasis yang sama oleh Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali semalam - semuanya adalah kesan daripada provokasi melampau oleh Shahrizat ini."

Beliau turut menegaskan bahawa ucapan Shahrizat itu tidak spontan, bahkan pastinya telah dirangka terlebih dahulu dan mendapat semakan ramai pihak dalam Pergerakan Wanita UMNO, bahkan oleh pucuk pimpinan UMNO itu sendiri. "Ini menunjukkan UMNO sememangnya mengikut fahaman Machiavelli - menghalalkan cara demi keterdesakan mengekalkan kuasa waima terpaksa mencetuskan huru hara sekalipun."

Ini tidak mustahil kerana secara kebetulan, bapa kepada Perdana Menteri sekarang ini juga terlibat dalam insiden berdarah 13 Mei yang menyaksikan UMNO dan Perikatan sedang mengalami kemerosotan teruk, tambahnya lagi.

Ketika ditanya mengenai harapan beliau berhubung laporan Polis ini, Abu Bakar menjelaskan bahawa sudah tiba masanya Polis wajib mengambil tindakan keras terhadap Shahrizat dan sesiapa sahaja yang cuba mencetuskan huru hara awam. "Berbanding orang awam yang berkata-kata, ucapan pemimpin seperti Shahrizat ini lebih memberi impak kepada masyarakat jadi saya harap pihak polis mengambil tindakan tegas terhadap Shahrizat dan sesiapa juga yang mengeluarkan kenyataan sebegini."

Polis juga harus mengutamakan kepentingan dan kemaslahatan awam dan tidak lagi tunduk kepada tekanan parti pemerintah, tambahnya lagi.

Beliau juga mendesak agar Shahrizat memohon maaf secara terbuka kepada rakyat Malaysia atas kelancangannya.

Ketika Perhimpunan Agung UMNO yang lepas, Shahrizat dalam ucapan dasarnya menyatakan kejatuhan UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan memungkinkan tercetusnya ulangan tragedi berdasar 13 Mei 1969. Ucapan itu mendapat reaksi keras daripada pelbagai pihak termasuklah PAS yang turut menyaksikan respon spontan mengutuk kenyataan itu daripada Naib Presidennya Datuk Mahfuz Omar, Ketuda Dewan Pemuda PAS Pusat Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi serta Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Kamaruzaman Mohamed.

Turut mengiringi Abu Bakar tadi ialah Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kawasan Batu, Nurpais Ismail.

-WPBnews-

Sabtu, 15 Disember 2012

PAS sekutu penting dalam Pakatan, kata Karpal

Pengerusi kebangsaan DAP, Karpal Singh hari ini menyatakan penghargaan secara terbuka ke atas kerjasama PAS dalam Pakatan Pakatan Rakyat.
Karpal menyifatkan PAS sebagai "sekutu penting" yang "berprinsip tegas" walaupun kadang kala berbeza pandangan dengan DAP.

dap national congress 151212 2"PAS adalah sekutu penting dalam Pakatan Rakyat. Kita mungkin ada pandangan berbeza dengan PAS tetapi PAS adalah parti yang berprinsip tegas dan parti yang DAP sangat percayai di samping
PKR," katanya.

Beliau turut mengulangi pendirian DAP yang menyokong ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai bakal perdana menteri Malaysia sekiranya Pakatan Rakyat memerintah negara.

"DAP menyokong Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri Malaysia," kata Karpal ketika menyampaikan ucapan dasar di Kongres ke-16 parti itu di Pulau Pinang, pagi ini.

Sementara itu, setiausaha agung PAS Datuk Mustafa Ali dilaporkan berkata calon perdana menteri itu hanya boleh diputuskan selepas proses penamaan calon pilihan raya umum ke-13 kelak.

Laporan Bernama menyebut, Mustaf berkata calon perdana menteri itu mesti dipilih dalam kalangan calon yang bertanding dan menang dalam pilihan raya berkenaan.

"Saya fikir masa paling baik untuk mengumumkannya ialah selepas penamaan calon kerana orang yang mahu menjadi perdana menteri perlu dipilih. Dia mesti jadi calon (pilihan raya) dan menang baru boleh (dipilih jadi perdana menteri)," katanya seperti dipetik agensi itu.