Khamis, 12 November 2009

FORUM PERSEPSI POLITIK

Insya-Allah Pas Kawasan Batu akan menganjurkan satu forum Persepsi Politik di atas tajuk 'IMEJ PAS MERUDUM SELEPAS PRU-12' pada hari Ahad, 15hb. November 2009, jam 9.20 malam bertempat di Markaz Pas Kawasan Batu.

Panel undangan terdiri daripada peguam Pas, Saudara Hanipa Maidin dan YDP Pas Kawasan Batu, Cikgu Ishak Surin. Manakala Saudara Tarmizi Md. Jam yang juga NYDP Pas Kawasan Batu pula dipilih sebagai moderator.

Kehadiran tuan/puan amat dialu-alukan bagi menjayakan majlis ini. Sebarkan kepada rakan taulan perihal majlis tersebut.

Semoga dengan berlansungnya majlis seumpama ini akan menjadi pemangkin kepada perlunya untuk setiap pendukung jemaah samaada ahli biasa mahupun pimpinan untuk sentiasa bermuhasabah diri bagi memperkasakan perjuangan dan parti.

Jumaat, 6 November 2009

IBADAH QURBAN - Zulhijjah 1430


PAS Kawasan Batu akan menganjurkan Program Ibadah Qurban bagi tahun 1430 ini. RM300.00 untuk satu bahagian. Kepada sahabat-sahabat yang berminat ingin turut serta bolehlah menghubungi : - Hj. Rosden (019-2310 109) atau En. Ismail (013-3847 899). Sekian dimaklumkan.

Khamis, 5 November 2009

Penghakiman Ditangguhkan!

Perbicaraan ditangguhkan oleh Panel Hakim kepada satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

Peguam Zambry Habis Berhujah

Peguam Zambry baru sebentar tadi menghabiskan hujahnya dan diteruskan dengan penggulungan oleh salah seorang dari peguam Ds. Nizar.

Perbicaraan bersambung semula

Perbicaraan bersejarah menentukan siapakah MB Perak yang sah disambung kembali dengan hujah dari peguam Zambry,Cecil Abraham. Kemungkinan keputusan tidak diumumkan hari ini sangat tinggi kerana peguam Zambry masih belum menghabiskan hujah beliau.

Mahkamah berhenti rehat lagi

Peguam Zambry, Cecil Abraham belum habis menyampaikan hujahnya namun sidang ditangguhkan sebentar.

Ghani Habis Berhujah

Peguam pencelah, Ghani Phatail baru saja menghabiskan hujah singkatnya dan sekarang ini diteruskan oleh peguam yang mewakili Zambry, Cecil Abraham.

Peguam pencelah mula berhujah

Peguam pencelah yang juga Peguam Negara, Ghani Phatail memulai penghujahan sebelah petang selepas peguam Ds. Nizar, Hj. Sulaiman Abdullah menghabiskan penghujahannya.

Kelainan dimahkamah Harini!!

Kes pembicaraan MB Perak di Mahkamah Rayuan pada Mei lepas ditempat yang sama dengan Mahkamah Persekutuan hari ini, Keduanya di Istana Keadilan cuma tingkat satu dan dua sahaja. Pada dasarnya kehadiran ramai wartawan dan penyokong Pakatan Rakyat tidak dapat dinafikan pada kedua-dua pembicaraan itu.

Namun pada hari ini yang tidak kelihatan ialah ADUN-ADUN BN, seorangpun tidak hadir. Seingat saya pada 22 Mei semasa mahkamah ingin memutuskan Zambry sebagai MB Perak saya melihat ada ADUN dari BN yang hadir disamping mereka yang kalah dalam pilihanraya yang lepas. Antaranya ADUN Manjoi dan ADUN Sungai Rapat.

Hujah Peguam MB Nizar!!

Hj. Sulaiman dengan jelas berhujah kepada kes-kes yang pernah berlaku di Sarawak, Kelantan dan sebentar lagi mengenai MB Daud Samad yang berlaku di Terengganu membuktikan seorang Menteri Besar yang hilang majoriti dibawa ke dewan untuk undi tidak percaya, dan beliau memohon supaya di bubarkan DUN pada masa itu untuk menyerahkan kepada rakyat Terengganu memilih semula.

Perbicaraan bersambung kembali

Perbicaraan yang bermula tadi dimulai dengan pertanyaan dari Haji Sulaiman mengenai jadual perjalanan perbicaraan hari ini seperti waktu makan dan sembahyang. Pihak panel hakim menjelaskan kes akan diselesaikan hari ini juga.

Penghakiman Ditangguh!!


Penghujahan kes MB ditangguh setelah sesi pagi berakhir sebentar tadi.

MB Perak ,Nizar dinafi 11 Hakim!!


Rayuan Datuk Seri Nizar Jamaluddin dalam menentukan kedudukan Menteri Besar Perak yang sah hari ini akan didengar oleh lima panel hakim.

Ketika ini, panel lima hakim sedang mendengar rayuan tersebut. Sebelum ini, Nizar memohon supaya panel 11 hakim mendengar kes rayuan tersebut.

Panel hakim tersebut diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Alauddin Mohd Sheriff. Empat lagi hakim ialah Hakim Besar Malaya, Datuk Arifin Zakaria, Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin, Datuk Mohd Ghazali Mohd Yusoff dan Datuk Abdull Hamid Embong.

Nizar diwakili oleh sepasukan peguam yang diketuai oleh peguam kanan Sulaiman Abdullah, manakala peguam kanan Cecil Abraham mewakili menteri besar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.

Para wartawan dan orang ramai sudah tiba di kompleks mahkamah Putrajaya seawal jam 7 pagi, bagi mengikuti prosiding rayuan tersebut.

Kawalan keselamatan juga ketat di mana anggota polis dan anggota keselamatan mewajibkan mereka yang ingin masuk ke dewan mahkamah, mendapatkan pas khas

Rabu, 4 November 2009

KEPENTINGAN TARBIYYAH


Aqidah yang sejahtera (aqidatun salim) : Kefahaman aqidah islamiyyah yang jelas hendaklah dipasakkan dengan utuh dan jitu seumpama akar pokok yang menjalar jauh ke dalam tanah. Bukan sekadar meneliti tauhid-tauhidnya sahaja, bahkan aqidah perjuangan dipraktikalitikan dalam tindakan mereka.

Ibadah yang sahih (ibadah soheh) : Dalam pada itu, kehidupan mereka terangkum dalam ibadah yang natural dan bersih daripada sebarang unsur bid’ah. Melaksanakan ibadah berpandukan ilmu yang dipelajari. Seluruh ibadah dilaksanakan tanpa memilih-milih sama ada yang sunat mahupun wajib.

Akhlak yang mantap : Seorang ahli gerakan adalah seorang daie yang menjadi contoh terbaik orang disekeliling. Mana mungkin seorang ahli gerakan mengucapkan kata-kata nista dan umpat tanpa sebarang sebab. Mereka juga menjaga adab-adab dalam berjemaah disamping melestarikan ukhwah islamiyyah.

Mampu bekerja : Yang dimaksudkan ini adalah bijak dan berkapasiti pengorbanan yang tinggi dalam menyelesaikan amanah dan tanggungjawab.

Berpengetahuan luas (ilmun wasi’) : Pra-syarat inilah yang semakin dilupakan oleh sekelian ahli gerakan. Dek mengejar tanggungjawab dan amanah yang diberikan sehingga terlupa mengisi ilmu di dada. Silibus-silibus pengkaderan haruslah disemak dan dianalisis semula agar ia benar-benar ilmiah dan semasa. Majalah, surat khabar serta internet perlu diakses dan sensitif agar tidak kosong dadanya daripada ilmu pengetahuan semasa.

Tubuh yang cergas : Ini tidak dapat dinafikan lagi. Kesihatan tubuh perlu dijaga. Kebanyakan ahli gerakan kadangkala mempunyai tabiat makan yang tidak menentu. Walaubagaimanapun, perancangan makan juga perlu disusun untuk melahirkan ahli yang sihat tubuh badannya.

Menguasai diri (mujahadutnnafs) : Ahli gerakan tidak boleh mendabik dada merasakan mereka sudah banyak melakukan kebaikan dek gerak kerja mereka. Kita sedia maklum, ahli gerakan perlu turun ke medan-medan dakwah bersama-sama dengan masyarakat yang pelbagai. Justeru itu, kekuatan jiwa daripada pengaruh yang menggugat harus dipertingkatkan. Di samping amalan-amalan rohani serta solat fardhu yang menjadi pertolongan.

Teratur urusannya (munazzamah) : Kebatilan yang terancang pasti jua akan menang seandainya kebenaran itu tidak tersusun dan berstrategi. Setiap ahli gerakan perlu berusaha mewujudkan planner harian untuk menyusun gerak kerja harian serta tidak mudah lupa dalam menjalankan amanah.

Sangat menghargai masa : Sudah menjadi kelaziman, ahli gerakan sewajarnya menjadikan masa sebagai aspek terpenting dalam hidup. Setiap yang berlalu tidak harus dipersiakan begitu sahaja. Sentiasa merasakan resah seandainya setiap saat yang bergerak tidak melakukan kerja-kerja Islam.

Bermanfaat kepada orang lain : Aspek inilah yang mahu dilahirkan daripada setiap gerakan Islam. Kehadiran ahli gerakan di mana-mana sahaja sentiasa dirasai dan ketiadaannya sentiasa ditunggu-tunggu. Bukan kerana glamournya, tetapi kerana rembesan tarbiyah dirinya cukup menjadikan orang sekelilingnya merasa tenang bersamanya.

Kita sedar akan realiti. Gerakan tidak mampu melahirkan ahli sesempurna itu. Namun, suatu sistem atau strategi harus dikemaskini kembali supaya matlamat adalah mengarah kepada kualiti ahli yang disebutkan di atas. Barulah gerakan Islam mampu ’menggegarkan’ musuh-musuh yang selama ini memandang enteng dan sebelah mata.

Oleh : GhUrAbA'

BILA LAYANG-LAYANG PUTUS TALI


Alhamdulillah buat Allah swt yang telah memberi kita nikmat akal untuk berfikir akan keesaan Allah swt.

Selawat dan salam buat junjungan alam Nabi penyuluh kebenaran,ahli keluargaNya dan sahabat-sahabatNya.

1. Layang-layang putus tali, itulah perumpamaan yang boleh kita ambil apabila akal yang digunakan tidak berpandukan ilmu.maka ia akan melahirkan sikap yang negatif.

2. Apabila sikap tersebut memainkan peranan, ketika itu “ wala’ pada pimpinan “ akan hilang.

3. Permasalahan wala’ ini perlu lebih kita perincikan apabila didapati pandangan-pandangan yang kurang jelas terhadap wala’ pada pemimpin.

4. Lebih-lebih lagi sehingga ada yang mengatakan wala’ di dalam PAS adalah wala’ yang “membabi buta”.

5. Itu sebabnya menjadi ahli Pas belum tentu membuatkan seseorang itu tau segalanya mengenai hala tuju manhaj yang dibawa.

6. Lebih-lebih lagi menjauhkan diri dari usrah yang menjadi kunci di dalam sesebuah oraganisasi islam.

7. Apabila usrah kita jauhkan dari program kehidupan kita, maka segala manhaj yang perlu kita tau dalam organisasi tersebut akan hilang…maka ketika itu, kita akan kemudinya dengan akal dan perasaan yang tidak berpandukan ilmu yang sepatutnya.

8. Itu masalah bagi yang tidak mengikuti usrah, macam mana pula golongan yang hari-hari berusrah tapi begitujuga pemikirannya?

9. Di dalam apa jua keadaan sekalipun, perkara utama yang diterapkan oleh Rasulullah saw adalah adab dan akhlak.

10. Walaupun usrah berhari-hari tapi macam “mencurah air didaun keladi” tidak berguna juga, jika masih dengan pemikiran ortodok.

11. Sikap yang negatif, rasa su’uz zan dan tidak percayakan sahabat, rasa diri yang terbaik tanpa ilmu yang tawadhuk, bermain di dalam diri, selagi itu jugalah permasalahan wala’ akan timbul.

12. Wala’ yang boleh diberi erti taat itu, bukan bermaksud kita perlu angguk sahaja tanpa berkata-kata.

13. Tetapi ketaatan yang diberikan setelah hasil keputusan mesyuarat yang telah dilakukan, maka ketika itu segala keputusan apa sekalipun perlu ditaati.

14. Memang pimpinan PAS itu bukan manusia yang ma’sum tapi keputusan dan ketetapan yang lahir adalah dari sebuah perbincangan bukan dari keputusan seorang kuku besi.

15. Permasalahan wala’ ini akan terjadi satu isu selagi sifat tawadhuk, adab dan akhlak tidak ada dikalangan kita.

16. Jangan kita lupa bahawa apa yang diperjuangkan berkait rapat dengan niat yang benar-benar telus untuk Allah swt, bukan hanya kepentingan diri kita.

WAllahu A’lam.

Oleh : Ust. Mohammad Adha Buyung
Penulis adalah Exco Dewan Pemuda PAS Kawasan Batu

Selasa, 3 November 2009

Program Usrah Santai!!

Program : Usrah Santai
Tarikh : 4 November 2009
Tempat : Sport Complex Lelaki UIA
Agenda :

1. Solat Isyak berjamaah di Masjid UIA.
2. Riadah Badminton di Sport Complex
3. Usrah santai
4. Bersurai dalam 11.00mlm

Semua Pemuda dijemput hadir

Isnin, 2 November 2009

Sekitar Program Setitik Peluh Segunung Harapan!!

Pada Sabtu yang lepas 31 Oktober 2009 DACS Dewan Pemuda PAS Batu telah menganjurkan program Setitik Peluh Segunung Harapan di Markaz PAS Taman Melewar. Berikut gambar sekitar program :


Pemuda-pemuda yang hadir


Ustaz Izat cuba memecahkan rekod dunia dengan jogging memakai kain pelikat


Ketua Pemuda Batu hadir dengan penuh semangat


Belum mula dah penat