Rabu, 29 April 2009

Himpunan Rakyat Bagi Mendesak Kabinet Menarik Balik Keputusan Menukar Agama Anak

1 Mei 2009 (Jumaat)
Perkarangan Masjid Kg. Bharu Kuala Lumpur.
Selepas Solat Jumaat

Anjuran
Dewan Pemuda Pas Wilayah dan Lajnah Dakwah & Pembelaan Islam DPPP

Seluruh Pemimpin Umat Islam, Ahli Politik, NGO dan rakyat diseru untuk hadir

kerja - kerja bodoh dalam pas (2)



Salam Kamunting,

1)

Saya menyegerakan penjelasan ini lebih awal daripada niat asal saya untuk menangguhkannya selang beberapa hari lagi. Bagi seorang blogger, adalah sayugia dan menarik untuk memerhatikan tindak balas daripada para pembaca dan masyarakat di luar terhadap apa yang dilontarkannya.


Saya tahu tulisan saya akan masuk akhbar dan menghangatkan dunia blog dan politik. Justeru apabila ia benar - benar terjadi, saya memerlukan sedikit masa untuk melihat, mengukur dan memutuskan sesuatu yang akan lebih mencorakkan apa yang saya inginkan daripada tulisan asal saya. Saya akan gagal jika arus luar menghanyutkan dan memesongkan saya daripada tempat tuju saya.

Saya tidak suka berbicara mengenai arus. Saya tidak beriman dengan arus kerana saya dilarang beriman dengan arus. Kuasa rakyat, Makkal Sakti atau apa nama yang bersifat arus, itu bukan makanan kegemaran saya.

Saya akan berbicara tentang sesuatu yang mencipta arus itu. Saya akan berbicara mengenai angin. Anginlah yang mencipta arus dan gelombang. Saya tidak beriman dengan angin juga. Tetapi saya akan meredah mencari punca angin. Di situ saya menemui apa yang saya inginkan.
Saya menemui Allah. Allah mencipta angin dan Allahlah yang mengarahkan angin mencipta arus dan gelombang. Allahlah tuhan saya. Saya beriman dengan Allah yang satu. Dalam gelombang jenis mana pun, saya mahu tenang. Allahlah sumber ketenangan saya dan seluruh pembaca yang inginkan ketenangan yang benar dan abadi.

Justeru saya tidak akan fana dan luluh dalam gelombang kuasa rakyat atau kemarahan dan ridha rakyat. Rakyat hanyalah mainan pemimpin. Pemimpin adalah angin. Pemimpinlah yang mencetuskan kuasa rakyat dan mengemudi halanya. Dalam kebangunan dan kejatuhan sesebuah negara, pemimpin digunakan Allah untuk menentukan kejayaan dan kehancurannya.
Allah mengarahkan pemuka - pemuka negara melakukan kebaikan dan keadilan. Jika mereka melakukannya, Allah perteguhkan negara tersebut dengan keadilan dan keamanan. Jika pemuka - pemuka itu engkar, malah melakukan kefasiqan dan kezaliman, Allah pasti menghancurkan negara itu sehancurnya. Ia berpindah dari gelap menuju gelap atau lebih gelap lagi.

Saya bercakap mengenai pemimpin. Rakyat perlukan pemimpin yang benar dan jujur. Kemudian dia mesti berani dan amanah. Jika seorang pemimpin mencetuskan arus, maka arus itu biarlah benar, berguna dan dinikmati hasilnya.

Semalam saya dihubungi ayahanda dari Kota suci Makkah. Saya tengah menulis pasal bola sepak dan tahniah saya pada pasukan Kelantan dan Selangor yang telah menyajikan permainan yang bagus dalam perlawanan akhir piala FA.

Saya pastinya tersentak. Saya tahu saja apa isinya perbualan nanti. AlhamduliLlah, ia mengesankan walaupun perbualan hanyalah sekitar dua tiga minit. Saya gembira dihubungi kerana saya dapat menjelaskan beberapa perkara yang saya fikir perlu.
Ayahanda menegur dan meminta saya tulis lagi agar kekeliruan dipadamkan. Jangan tinggalkan kekeruhan bertapak lama. Saya kata ya, saya akan tulis dan segera tulis sebagaimana ayahanda mahu.

Pastinya tulisan kedua ini lebih ringan bebanannya. Saya dapat lampu hijau daripada ayahanda. Sebelumnya, saya hanya memohon lampu hijau daripada Allah. Anda akan lihat bagaimana ketenangan mengalir dalam tulisan saya. Saya lebih yakin.

Selang beberapa jam, belum pun saya mula menulis, saya diberitahu bahawa sekumpulan insan sedang bergembira kerana hal Nik Abduh telah selesai. Ayahandanya telah mengarahnya berhenti buat cerita! Saya tersentak lagi. Wah, ada insan yang begitu teliti pekerjaannya sehingga dia tahu isi perbualan saya dengan ayahanda!

Sekarang anda tahu betapa saya sedang menempuh jalan yang sukar. Anda tahu saya perlukan keberanian yang sudah lama saya pohon daripada Tuhan saya. Betapa saya sering menangis memohon keberanian daripada Allah. Mengapa saya harus mendiam diri, takut dan dilanda kecewa sendirian? Dalam blog ini, saya sering menyeru agar jangan bersedih, berani kerana benar dan pelbagai dorongan ugama, tetapi saya sendiri kelu dan bisu di hadapan kebenaran yang mesti saya sampaikan kepada ayahanda. Saya melukut di hadapan pembohongan dan pemalsuan yang dipaksakan ke atas orang yang saya kasihi.

Sehingga saya tiba - tiba diberikan keberanian itu. Ia melanda - landa datang. Allah memperkenalkan saya jalan dan masanya. Saya kenal diri saya. Saya mampu mengesan, dengan izinNya bahawa sesuatu itu daripada nafsu atau daripada suluhan taufikNya. Ini untuk saya dan diri saya. Justeru saya mulakan dengan nama Allah. Anda pun telah membacanya.
AlhamduliLlah, dalam seketika sahaja saya dihujani tahniah. Ia tidaklah mengujakan saya sehinggalah saya menerima ucapa terima kasih daripada seorang yang saya sayangi. Dia guru saya dan guru ratusan ribu ahli PAS seluruh negara. Saya bertanya adakah saya telah mengganggu dan merosakkan jamaah? Jawabannya tidak. Ia dinikmati oleh mereka yang cintakan keharmonian dan para ulama yang saya maksudkan daripada tulisan saya.
Akhirnya, keberanian turut melanda mereka yang faham tetapi takut dan bersimpati daripada kalangan guru dan sahabat saya. Mereka berjanji untuk turut bersama. Saya bersyukur kerana saya sedang mencetuskan keberanian untuk semua. Kekuatan saya bertambah - tambah dan Allah memberikan saya ketenangan yang saya perlukan saat ini.

Anda bacalah komentar para penjengok blog ini. Ia berbaur antara puji dan keji. Inilah suara rakyat. Inilah suara yang saya mahukan setiap pemimpin bersimpati dan bertanggung jawab ke atas mereka. Mereka memuji dan mencela dalam arus yang diciptakan ke atas mereka. Justeru arus mestilah benar agar mereka tiada tertipu oleh pemimpin.

Sekarang masanya saya menjelaskan..

2)

Saya dengan sengajanya memilih perkataan ‘pembantu - pembantu ayahanda’ dan menjadikannya umum. Saya tembak terus kerana saya mahu semua orang kena. Semua mereka yang merasakan masing - masing adalah pembantu ayahanda. Saya mahu mereka bertanya, adakah aku yang dimaksudkan?

Pastinya mereka yang tidak pernah bercakap dan menyumbang idea kepada ayahanda mengenai isu - isu politik yang saya maksudkan akan merasakan mereka terkeluar. Keluarlah anda. Sesungguhnya Allah membalas pekerjaan anda dengan kebaikan yang melimpah daripadaNya.

Saya kenal kebanyakan pembantu ayahanda. Mereka inilah kaki dan tangan ayahanda yang telah banyak menyumbang dan berkorban. Daripada Abang Lah pemandu ayahanda yang telah berkhidmat sedari saya kecil sehinggalah YB Dato Ahmad Yaacob, Timbalan Menteri Besar Kelantan, ada ratusan pembantu ayahanda samada di pejabat PAS Kelantan, di pejabat SUK dan di luarnya.

Saya hormati mereka dan saya tabik mereka. Kerja dan bantuan mereka mengatasi saya. Saya hanyalah seorang anak yang menjadi pembantu dalam soal - soal kekeluargaan. Ayahanda pernah meminta saya menjadi Setiausaha Akhbarnya. Saya mohon derhaka. Ayahanda pernah bertanya tahun lepas, di kawasan mana saya mahu bertanding? Saya mohon derhaka. Ayahanda pernah meminta saya menjadi Pegawai Peribadi di DUNnya. Saya mohon derhaka. Ayahanda akur kerana dia tahu maksud dan bebanannya ke atas saya.

Saya mahu kekal sebagai pembantu di rumah. Saya meyakini kekuatan para pembantu ayahanda di luar. Saya tidak banyak masuk campur walaupun kadang - kala bonda bersungut mengenai beberapa pembantu yang dilihat gagal berperanan.

Kepada mereka saya doakan kesejahteraan di dunia dan akhirat.

Adapun maksud saya adalah para pembantu yang membantu dalam isu politik. Mereka ramai, mungkin berpuluh - puluh. Semua mereka adalah benar dan betul. Kerana jasa merekalah ayahanda jadi perkasa dalam dunia politik Islam dan tanah air.

Pekerjaan bodoh hanyalah satu. Dan atas pekerjaan yang satu inilah saya menyerang dengan panas. Apabila anda memuji saya, ia tak pun meredakan kemarahan saya. Apabila anda memaki saya, ia tak pun memarakkan kemarahan saya. Saya kekal panas sehinggalah ayahanda dibebaskan daripada kerja - kerja bohong, bodoh dan jahat ini.

Ayahanda adalah ayah saya. Darah dan dagingnya mengalir di tubuh saya. Jika anda berjutaan memerangi saya, anda tak akan mampu memisahkan di antara darah dan daging kami. Saya mempertahankan ayahanda sebagaimana saya mempertahankan saya.

Saya enggan melihat kepanasan ayahanda disebabkan pembohongan dan pemalsuan. Saya enggan melihat mendung di langit perjuangan Islam. Saya enggan melihat kekecewaan daripada hukuman yang salah dan palsu.

3)

Yang menghubungkan kita dengan langit adalah al Quran dan al Rasul sallaLlahu alaihi wasallam. Apabila baginda wafat, para ulama adalah pewaris. Ulama mewarisi ilmu, iman dan taqwa. Itulah legasi kenabian. Al Quran adalah punca ilmu yang benar. Ia dijaga kekuasaannya sehingga qiamat. Allah mempersiapkan para ulama dengan ilmu, iman dan taqwa demi kelangsungan perjuangan menegakkan kekuasaan al Quran ke atas manusia.

Ulama adalah cahaya yang menyinari kehidupan. Ketika PAS kesakitan, Allah mencetuskan idea kepimpinan ulama. Ia memberkati kebangkitan PAS. Allah bekalkan kita dengan para ulama yang menerajui dan menyatukan kekuatan.

Jika anda ingin berubah, berubahlah dalam kesatuan yang telah dibina para ulama. Jika anda ingin pembaharuan, bergeraklah bersama mereka.

Jangan tukarkan makanan dari langit dengan bawang putih dan bawang merah semata - mata anda sudah jemu dengan makanan syurga. Jangan tiru Bani Israel!

Ulama menyatukan kita sedang sesetengah anda memecahkan di antara ulama. Inilah kerja bodoh! Pemberi komen bernama MuhaiminSulam kata, tukarkan bodoh kepada jahat!
Saya memaksudkan mereka ini dan saya memaksudkan kerja seperti ini. Saya tidak memaksudkan kerja mereka yang lain walaupun ada lagi yang lain.

Saya menulis kerana ia sedang mengancam kesatuan dan ketenangan. Bukan saya, bahkan semua merasa tidak tenteram. Saya menyerang dipuncanya agar anda tahu puncanya. Apabila anda menguasai puncanya anda akan kembali dengan ketenangan dan kekuatan.

4)

Saya nukilkan perbualan saya dan ayahanda pasal idea Unity Government dan Pakatan Rakyat. Saya kemukakan titik persamaan dan perbezaan. Jawaban ayahanda adalah di sebalik yang anda perolehi di luar. Saya kata ayahanda menerima hujah keharusan itu.

Saya tak kata ayahanda dah setuju dibentuk kerajaan bersama BN. Saya tak tanya pun adakah dia setuju atau tidak. Itu tidak penting. Ia tidak mengganggu apa yang saya mahukan daripada jawabannya itu.

Anda dan surat khabar hanya mentafsirnya. Jika anda mahu tafsiran terbaik, tanya dia sendiri. Saya tidak memerlukan jawaban itu.

Ingat, saya bukan mendodoi Unity Government di sini. Nak berhujah, cari di tempat lain. Saya hanya mahu anda faham mengapa wujud percanggahan di antara sebelum dan selepas pertemuan itu? Mengapa sejuk sesudah panas? Saya memberitahu anda sebabnya. Sebabnya adalah pekerjaan bodoh itu.

Kerja bodoh bukan menolak Unity Government. Kerja bodoh ialah memahamkan maksudnya dengan maksud yang tak benar dengan tujuan yang tak benar di sisi ugama.

Jika anda mahu lawan, cukup anda buktikan bahawa saya telah berbohong tentang kewujudan kerja bodoh itu. Jika anda sangsi, usah percaya dan usah bohongi. Saya menulis kepada pembaca di blog saya yang yakin bahawa saya tidak berbohong. Kepada mereka saya mahu memberikan rasa tenang dan yakin.

Saya juga menulis untuk disampaikan kepada pembantu - pembantu itu agar bertaubat. Kerja kamu itu sia - sia di sisi tuhan walau kamu digilai manusia dan haiwan pun.

Kemudian saya tambahkan perencah. Wujud mereka ( pembantu ) yang berang sesudah ayahanda tersenyum lebar di JKR 10 selepas pertemuan di antara anggota Majlis Syura. Mereka gagal memisahkan di antara ulama.

Jika anda mahu lawan, cukup anda buktikan saya bohong. Tidak wujud keberangan itu. Jika tidak, anda melibas pedang di angin, lalu mendakwa tubuh saya telah putus seribu.

Saya perhatikan seni hujahan anda. Tumpul dan rapuh. Saya jentik, terbang bagai abu di hujung rokok. Sila datang kepada saya di luar, mari bersabung. Saya tunjukkan anda seni berhujah yang digemari agama dan malaikat.

5)

Saya berpegang sebagai mana ahli PAS berpegang. Pakatan Rakyat adalah sebaik - sebaik temuan dan alternatif hari ini. Tulisan saya sebelum ini menyokong DSAI sebagai peneraju jika ianya disepakati. Hujah agama membenarkan. Tulisan saya sebelum ini menolak pakatan dengan BN, apatah masuk BN. Sehingga BN bersetuju untuk berubah, hukum agama mengambil tempat.

Saya menyeru kepada pembukaan. Jangan tutup apa yang Allah mahu ianya terbuka. Anda akan bernafas lebih lega dan harmoni. Anda akan lebih gagah melangkah.

Ini siasah syar’ieyah. Dua tuan guru ini adalah pakar ilmu ini. Apabila mereka bertelagah saya tak rimas pun. Saya tahu mereka akan bertemu dan bersetuju. Saya diberitahu TGHH dinasihat untuk tidak berjumpa ayahanda ketika panasnya, tetapi beliau enggan. Beliau tahu ayahanda akan reda. Reda dan ridha dengan temuan ilmu dan hujah. Itulah yang berlaku.

Tetapi, kerja - kerja bodoh mengambil tempat. Mereka inilah batu api. Batu api inilah satu kerja dosa besar yang merosakkan jamaah dan ummah. Atas kerja bodoh inilah saya doakan Allah membalas mereka di dunia agar mereka kembali sedar dan bertaubah.

Itu hikmah Allah membalas di dunia. Anda alim, ingat ayat itu. Anda jahil, tanya orang alim. Jangan meracau tak tentu pasal marahkan saya menamakan sesetengah manusia sebagai ulama ‘mi celup’. Apa tak adakah di dunia ini orang jahil yang mengaku alim?

Macam peniaga makanan kesihatan dalam MLM. Habis kursus sebulan pasal produk, mereka keluar bersyarah macam seorang doktor. Anda marahkah jika saya namakan mereka doktor ‘mi celup’?

Saya belajar ugama. Maka saya tahu saya bukan taraf ulama. Saya tahulah siapa ulama yang benar dan palsu. Saya ada neracanya mengenal kaca dan permata. Kerana itu saya mempertahankan ulama yang saya kenali dan akui ilmu, iman dan taqwa mereka.

Mereka di hadapan anda. Menyayangi ulama adalah iman. Memusuhi ulama adalah perang terhadap Allah. Ingat al hadis itu. Justeru jangan mencetuskan kebencian dan kerenggangan di antara awam dan ulama, apatah memecahkan saf para ulama.

Jangan lupa blog saya. Doakan saya terus mampu menulis demi perjuangan meruntuhkan kekuasaan BN durjana.

Malaysia tanah perkuburan dakwah, bukan Islam dilantik jadi Mufti!

Oleh Abdul Aziz Mustafa

KUALA LUMPUR, 28 April (Hrkh) - Keharmonian serta perpaduan antara kaum di dalam negara ini tidak akan dapat dicapai dengan menggadaikan prinsip agama, kata Naib Presisden PAS, Mohamad Sabu.

“Menggadai prinsip agama mana-mana kaum dalam negara ini, lebih-lebih lagi prinsip agama seluruh rakyat Malaysia, bukan sahaja tidak akan mewujudkan perpaduan dan keharmonian antara kaum malah ia tidak ubah seperti bom jangka yang akan memusnahkan negara ini,” kata beliau mengulas tindakan kabinet Datuk Seri Najib Tun Razak yang memutuskan bahawa anak kepada pasangan yang menukar agama yang masih di bawah umur hendaklah dibesarkan mengikut agama asal ibu bapa mereka semasa melangsungkan perkahwinan.

Beliau menjelaskan, negara berbilang kaum memang memerlukan tolak ansur yang berpatutan dan perasaan saling menghormati serta memahami antara satu sama lain, tetapi tindakan membunuh prinsip agama mana-mana kaum boleh mencetuskan ketegangan yang tidak sepatutnya.

“Jika berlaku perkara yang tidak sepatutnya, kabinet Najiblah yang bertanggungjawab kerana membuat keputusan yang tidak memperlihatkan kewarasan itu,” Mohamad mengingatkan.
Sebagai umat Islam, beliau melihat keputusan kabinet Najib itu membunuh prinsip amar ma’ruf yang diwajibkan oleh Islam.

“Najib dan kabinetnya telah menjadikan Malaysia sebagai tanah perkuburan dakwah.
“Ibu bapa yang memeluk Islam tidak boleh mendakwahkan anaknya sendiri sehingga anak itu memeluk agama Islam.

“Bunuh dakwah, bunuh amar ma’ruf. Nahi mungkar sudah lama mereka bunuh,” katanya.
Beliau juga mengecam tindakan Najib menyerahkan persoalan mengenai agama kepada orang yang bukan ahlinya.

“Islam menyifatkan tindakan menyerahkan sesuatu perkara kepada orang yang bukan ahlinya sebagai tindakan zalim.
“Persoalan akidah anak penganut agama Islam diserahkan kepada Koh Tsu Koon dan Subaramaniam sedangkan perkara itu boleh dilakukan melalui timbang tara pelbagai pihak yang lebih adil dan memahami,” katanya.

Keputusan kabinet Najib itu dibuat berdasarkan pandangan jawatankuasa khas yang ditubuhkan bagi menyelesaikan kes Pathmanaban atau nama Islam, Mohd. Ridzuan Abdullah, 40.

Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Nasional dan Pengurusan Prestasi), Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon turut disertai Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom; dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Tiga kanak-kanak berkenaan iaitu Tevi Darsiny, 12; Karan Dinesh, 11 dan Prasana Diksa, setahun, yang dibawa memeluk Islam oleh Mohd. Ridzuan pada 12 April lalu dengan menggunakan bukti sijil kelahiran.

“Tak sampai sebulan menjadi Perdana Menteri, pelbagai perkara merapu yang dilakukan oleh Najib termasuk dalam soal ekonomi, pembentukan kabinetnya hinggalah soal agama.
“Apa akan jadi kepada negara ini kalau lebih lama beliau menjadi Perdana Menteri?” kata Mohamad._

Mufti perlu bangkit bantah keputusan kabinet - Ustaz Mat Iraq


KOTA BHARU, 28 April (Hrkh) - Mufti-mufti di negara ini perlu bangkit mendesak kerajaan menyemak semula keputusan kabinet mengekalkan agama asal anak biar pun ibu bapa mereka menganut Islam.Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Dato’ Mohamed Daud berkata, kabinet bukannya mahkamah yang boleh membuat keputusan mengekalkan agama anak biar pun ibu bapa sudah memeluk Islam.


“Ini sudah bercanggah. Kalau kes itu berkaitan dengan agama ia mesti melalui Mahkamah Syariah. Kalau sekali pun kabinet mahu membuat keputusan, namun dalam hal agama ia mesti dirujuk kepada jabatan berkaitan.


“Percanggahan ini terang-terang berlaku dan ia memperlihatkan keputusan kabinet hanya bagi kepentingan politik Umno,? katanya ketika dihubungi di sini.
Baru-baru ini kabinet membuat keputusan anak-anak kekal menganut agama asal ibu bapa semasa berkahwin biar pun kemudiannya ibu bapa mereka menganut agama lain.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Nazri Aziz dilaporkan berkata, keputusan itu dibuat sebagai penyelesaian jangka panjang sebagai merujuk kes Mohd Ridzuan Abdullah dan Indra Gandhi.


Ridzuan nama asalnya Patmanathan a/l Krishnan, 40 kini memeluk Islam turut membawa tiga anaknya berusia berusia 1 hingga 12 tahun menganut Islam. Dia kemudiannya memohon hak penjagaan di Mahkamah Syariah.


Menteri itu juga menyebut mana-mana individu yang ingin menukar agama perlu menyelesaikan semua masalah berkaitan bagi mengelakkan kanak-kanak menjadi mangsa.
Ekoran kenyataan tersebut banyak pihak membantah termasuk Persatuan Peguam Syarie Malaysia dan pemimpin-pemimpin politik.


Mohamed berkata, kabinet tidak boleh mengetepikan peranan Mahkamah Syariah dalam menangani isu membabitkan agama Islam.


“Keputusan yang dibuat kabinet di bawah perdana menteri baru jelas bagi menjaga kepentingan survival politik Umno untuk mempengaruhi orang bukan Islam di negara ini,” katanya.
Beliau berkata, keputusan dibuat kerajaan BN tanpa merujuk kepada jabatan-jabatan berkaitan hal ehwal agama Islam.
“Ini jelas menunjukkan betapa lemahnya institusi agama berada di bawah pentadbiran kerajaan BN sekarang,” ujarnya. - mj

Selasa, 28 April 2009

2 Tok Guru Kesayangan Ummah



Oleh : Ustaz Nasarudin Tantawi



Akhir - akhir ini agak keterlaluan sikap sesetengah dikalangan kita .
Melalui blog , kenyataan akhbar , ucapan di tempat awam , meeting tidak rasmi kedai kopi dan sebagainya jelas kedengaran mereka mengutuk salah seorang dari 2 Tok Guru kesayangan ummah ini .Kalau musuh yang berbuat demikian , tidaklah menghairankan saya tetapi sangat malang dan cukup menyedihkan apabila ianya dilakukan oleh mereka yang mendakwa kononnya mereka juga anggota gerakan Islam .

Ucapan mereka biadab , tingkah mereka kurang ajar , tanggapan mereka jahat , lidah mereka lancang dan perbincangan mere
ka langsung tidak beradab , dengan hilai tawa mereka perlekehkan ulama' kita . Saya sungguh sedih dengan perkembangan sebegini . [ bukanlah ulama' itu tidak boleh dikritik tetapi Islam adalah agama yang kaya dengan adab susila atau disiplin yang mesti dipatuhi .
Tetapi , apabila saya mengamati susur galur penglibatan mereka dengan gerakan Islam ini ternyata mereka adalah seorang yang tidak komited dengan amal Islami dan mereka gagal mengambil sepenuhnya skima pentarbiyyahan daripada manhaj perjuangan parti ini .

Mungkin sebahagian mereka adalah pimpinan tetapi mereka memanjat tangga kepimpinan parti ini melalui populariti peribadi atau kelicikan politik , tidak melalui proses pentarbiyyahan fikrah dan spiritual yang mantap . Biasanya mereka ini sangat memandang jelek kepada aktiviti - aktiviti tarbiyah dan rimas untuk turut sama menyertai gerakkerja kerohanian parti .

Kesannya ialah kepada sikap dan akhlak mereka berjamaah . Mereka menyertai gerakan Islam ini dalam keadaan separa sedar . Antara keinginan untuk berjuang dengan membawa masaalah atau beban kepada jamaah .

Mereka juga gagal memahami disiplin berjamaah dan adab ikhtilaf . Tidak hairanlah apabila berlaku perbedaan pandangan antara 2 tok guru ini , mereka segera berpuak dan menganggapnya sebagai satu perbalahan . Walhal bagi mereka yang berilmu dan bertaqwa , khilaf adalah perkara yang telah berlaku sejak zaman para sahabat rhm dan mereka tanganinya dengan sisplin yang sangat tinggi tanpa meretakkan rasa hormat mereka kepada siapa jua yang berkhilaf dengan mereka .

Jika kita selalu membaca kitab - kitab feqh mahupun kitab - kitab Tayyarat Fikriyah , kita akan dapati khilaf yang begitu banyak dikalangan ulama' , tetapi mereka lalui pengalaman khilaf ini dengan aman berpaksi kepada nilai ilmiah yang bertanggungjawab dan amanah . Malah kita akan temui bagaimana antara satu sama lain mengungkap rasa kagum mereka terhadap ilmu dan taqwa orang yang berkhilaf dengan mereka .

Tiada cemuhan dan celaan melampau kecuali dalam sempadan akhlak dan disiplin yang dibenarkan seperti perbahasan dalam ilmu tajrih wa ta'dil .

Kejahilan turut menyumbang kepada fenomena ini . Biarpun mereka adalah anggota gerakan Islam , kejahilan akan mengheret mereka terjerumus dalam kancah perlecehan akhlak dan sikap sedemikian . Justeru itu , kejahilan dalam apa jua keadaan sekalipun mestilah dibasmi . Kita tidak boleh menerima pemimpin dan anggota gerakan Islam dibiarkan kekal dalam kejahilan . Pada saya kejahilanlah ibu kepada segala masaalah yang timbul .

Tuan Guru Nik Aziz yang saya kenali

Apa pun isu yang timbul , sepatutnya kita bersabar dan tidak segera menari dengan paluan gendang musuh untuk melaga - laga antara kita terutama 2 tok Guru kesayangan ummah ini .

2 Tok Guru ini adalah permata yang tiada tara nilainya kepada ummah . Sewajarnya kita support perjuangan mereka bukan melaga dan menjatuhkan mereka . Sebelum ini saya telah menceritakan sepintas lalu pengalaman juang bersama Tok Guru Hj Hadi yang cukup bagi menampakkan kepada kita betapa sebagai anggota gerakan Islam ini , kita tidak boleh terburu - buru berprasangka terhadapnya

Tiada bezanya nilai yang dimiliki oleh Tuan Guru Hj. Nik Abdul Aziz Nik Mat . Sejak awal sewaktu menuntut di madrasah Ad Diniah Al Bakriah Pasir Tumboh , saya selalu ke kelas Tok Guru Nik Aziz atau lebih mesra dengan panggilan Ayah Ziq di Pulau Melaka dan juga di Dewan Zul [ pejabat PAS ] Kota Bharu .

Saya membesar dengan didikan dan curahan ilmu Ayah Ziq selain guru - guru kesayangan saya yang lain seperti Al marhum Tuan Guru Atiqullah , Tok Guru Ayah Shim , Ustaz Bakar dan Ustaz Rahim di pondok .

Ayah Ziq memang seorang sangat genius dan istemewa. Hujjah dan ilmunya cukup menarik dalam setiap ulasan dan kupasan yang dipersembahkan kepada murid - muridnya . Selain dari hidupnya diabadikan kepada kepada ilmu Ayah Ziq juga mewaqafkan diri kepada perjuangan Islam dan kukuh keiltizamannya sehingga kini .

Pernah sewaktu saya mengunjungi rumah Ayah Ziq seketika dulu , Ayah Ziq menceritakan pengalamannya sebagai ahli parlimen , seorang diri memandu jauh ke Kuala Lumpur dan seorang diri pula mewakili PAS dalam parlimen ketika itu . Ayah Ziq menghadapi segala fitnah dan tohmahan Barisan Nasional berseorangan di parlimen berbanding hari ini lebih 80 ahli parlimen yang siap menggempur UMNO dan BN .

Ayah Ziq kata , kadang - kadang ana menangis seorang diri ketika memandu mengenangkan penatnya badan dan letihnya jasad mengharungi perjuangan yang sukar dan getir ini . sampai di rumah lewat - lewat malam atau awal pagi selepas memenuhi undangan ceramah di serata negara .

Dulu pastinya tidak seperti sekarang . Apabila kita sampai ke tempat ceramah , kita akan disambut meriah bagai hero atau wira . Dulu kata Ayah Ziq , terkadang orang tak jamu nasi pun , lepas ceramah balik sampai ke rumah lewat malam , isteri pun sudah tidur , masuk ke dapur tidak ada makanan lalu tidur dengan perut lapar dan mengalir air mata sementara ia belum lelap .

Begitulah antara cebisan cerita Ayah Ziq kepada saya [ yang masih segar dan mekar dalam ingatan ] semasa saya mengunjungi Ayah Ziq di rumahnya lebih 18 tahun yang lalu .

Saya cukup menghayati kisah itu kerana saya yang dhaif ini pun cuba meletakkan diri dilandasan perjuangan seperti Ayah Ziq dan saya mula aktif bersama PAS malah mula berceramah sejak usia saya 18 tahun .

Ayah Ziq seorang pejuang yang wara' dan zuhud pula sangat menekuni ibadah . Memandang wajahnya dalam - dalam , membuatkan jiwa kita hidup dan segera insaf atas kealpaan diri . Betapa kalau Ayah Ziq mengungkap kata - kata . Cukup indah dan tinggi nilai hikmahnya . Peribadi Ayah Ziq membuatkan UMNO dan BN lumpuh khas di Kelantan .

Ayah Ziq juga suka menyantuni tok - tok guru yang lain termasuk Ayah Chik yang dianggap tok guru sezaman dengannya . Ayah Ziq pernah menemplak mereka yang memperkecilkan Ayah Chik . Ayah Chik disebut sebagai seorang ulama' besar , lidahnya fasih dan ilmunya tinggi , nak cari seorang sepertinya di Malaysia hari ini tak akan kita temui ... demikianlah kata Ayah Ziq yang masih saya ingat .

Saya percaya , 2 Tok Guru ini sangat ikhlas dalam perjuangan mereka bahkan antara mereka berdua sangat rapat dan saling memahami manhaj perjuangan yang didokong . Tidak mungkin mereka boleh bertelagah . Khilaf mereka dalam pendapat yang bertunjangkan hujjah . Mereka bukan berkelahi atau bergaduh seperti sesetengah orang kita yang bertembung sampai tidak tahu batas akhlak dan hilang nilai persahabatan atau ukhuwwah Islamiyah .

Khilaf ilmi dan hujjah menjadi satu keajaiban para ulama' yang tidak mungkin difahami oleh orang yang jahil . Khilaf menjadi cambahan ilmu yang positif bagi ulama' tetapi sering dibaca pergaduhan dan perbalahan oleh sang juhala' . Akhirnya timbullah para munafik yang akan mengapi - apikan suasana untuk memanmaskan lagi suasana dan kekeliruan bagi masyarakat .

Akhirnya dalam ruang yang terhad ini , suka saya pesan agar jangan sekali - kali kita memberi ruang kepada para juhala' ini membuat onar dalam jamaah . Sebolehnya kita bimbing mereka , jika tidak berkesan , tindakan disiplin perlu dikenakan kepada mereka yang sering menghuru harakan jamaah dengan tindakan mereka yang tidak thiqah kepada pimpinan dan juga tidak wala' kepada jamaah jauh sekali untuk beradab dengan para ulama'



Isnin, 27 April 2009

NGO Anjur Pertandingan Mencipta Lagu 1Bihun

Oleh : Faisal Tehrani

Kampung Baru, 27 April 2009 - Sebuah NGO terkenal United Bihun Merchant Organization atau UBMO akan mengadakan peraduan mencipta lagu '1Bihun', wawasan baru yang sedang dipromosikan oleh Pengerusi Tertinggi UBMO, Datuk Mujib Sujak.

Exco kebajikan UBMO, Datuk Muis Piatu mengatakan pertandingan lagu '1Bihun' tersebut akan menjadi satu simbol kepada selera makan rakyat pelbagai kaum di negara ini, lapor Buletin Berita Hairan. "Bihun dimakan oleh semua orang. Cuma kita taruh daging yang berbeza-beza sahaja. Orang Cina makan bihun, Melayu makan bihun, India pun makan bihun."

"Insya Allah, peraduan itu akan mendapat sambutan. Pemilihan lagu '1Bihun' itu akan dapat kita putuskan mana yang terbaik, bihun telah lama menjadi makanan pilihan kita sebelum 'banjo harapan baharu' dan 'kebab berkebajikan' muncul. Hanya bihun sahaja makanan yang berkhasiat untuk rakyat pelbagai kaum. Makanan, dan selera lain memang tak sedap dan tidak harus dibenarkan." katanya selepas majlis makan malam dan pertandingan karaoke lagu-lagu Mek Jah anjuran Kelab Rekreasi Warga Tua Penanti malam tadi.

Muis berkata lagi, lagu ini akan dinyanyikan setiap kali sarapan pagi, "Ia bukan wajib tetapi ia akan memberi pemakan bihun satu sentimen pelbagai kaum di negara ini. Kita harap bila orang nak makan dan menyanyi, ia akan mengingatkan kita ada kaum-kaum lain.

"Beliau menambah, "Ini adalah lanjutan kepada pekeliling yang mewajibkan mesyuarat rasmi di pejabat kerajaan menyediakan bihun sebagai jamuan selepas miting.

"Muis seterusnya mengatakan, lagu '1Bihun' dalam Bahasa Malaysia tersebut akan disebarluaskan di semua stesen televisyen dan radio.

Pengurus stesen radio PanasFM, Siraj Tawa bagaimanapun menolak untuk memainkan lagu tersebut di radio terkenal, "Muda-mudi sekarang tak berapa makan bihun lagi. Kadang-kadang boleh lah. Kita nak merasa jugak makanan-makanan lain. Kita tak akan mainkan. Lagu dangdut pun kita tak putarkan, eeiii, tak ada maknanya lah kita nak putar lagu merepek macam tu.

"Bagaimanapun pengurus stesen radio KelumpoFM, Alex Cun berjanji akan memainkan lagu '1Bihun'. "Lagu tersebut akan menaikkan semangat makan." Katanya pendek.

Penyanyi veteran M. Daud Silau tertarik dengan idea lagu rasmi '1Bihun'. "Saya bersetuju. Saya suka bihun sup utara. Saya akan nyanyikan. Ciptalah, nanti saya dendangkan sambil gelek.

"Antara tema-tema lagu '1Bihun' yang telah digariskan oleh UBMO untuk pertandingan tersebut ialah tema 'Bihun Berkhasiat Pelbagai Kaum', 'Makan Bihun Penglibatan Sosial', 'Bihun Kemasyarakatan dan Perpaduan', dan 'Bihun Tercinta'.

Novelis prolifik Faisal Tehrani yang baru melancarkan sebuah novel mengenai makanan berjudul Ketupat Cinta berkata beliau tidak ada masalah dengan lagu '1Bihun', "Memanglah kalau diikutkan, saya taasub dengan ketupat. Tapi tak apalah. Inikan negara demokrasi berpelembagaan. Kalau ada orang nak bihun, silalah. Cuma saya harap stesen radio jangan memainkan lagu tersebut semasa bulan puasa nanti.

"Komposer terkenal Abu Hasan Sebu mengatakan beliau akan menghantar beberapa buah lagu untuk pertandingan sensasi tersebut. "Saya telah menciptakan beberapa buah lagu bermutu yang judulnya 'Bukan Bihun Biasa', 'Percayalah Bihun' dan 'Aku Bihun Padamu'. Komposer terkenal lain pula, Abai, mengaku telah menyiapkan sebuah lagu dalam diam-diam untuk pertandingan anjuran UBMO, lagu beliau berjudul, 'Sudahkah Anda Dibihunkan?'.

Sementara itu, mufti dan pendakwah terkenal sebuah negeri di utara membantah pertandingan tersebut. "Ana berpendapat lagu dengan lirik jahiliah yang mendewa, mengagung dan memuja-muja bihun adalah bid'ah dan penuh unsur tahyul. Ini semua salah syiah. Dari radio pasang lagu '1Bihun', alangkah lebih baik dimainkan lagu Asmaul Husna.

"Mufti lain, yang enggan namanya disiarkan pula kecewa dengan pertandingan tersebut. "Anak-anak yang bapa atau ibunya memeluk Islam diminta kekal dengan agama asal mereka tidak pun dibincangkan UBMO, mereka lebih suka berbihun berbihun dan berbihun. Ana dah tak tahan! Kita patutnya tidak membincangkan hal remeh temeh ini.

"Beberapa orang yang ditemui di Jalan Vrickfield ketika ditanyakan apakah yang mereka fahami mengenai '1Bihun' kelihatan tercengang-cengang dan menggelengkan kepala. Seorang lelaki keturunan punjabi yang ditemuramah menegaskan, hanya '1Capati' sahaja wajar dipromosikan. "Tak acilah macam ni, bulan lepas Datuk Mujib kata capati paling sedap, sekarang dia kata bihun paling sedap. Mana ada banyak paling sedap. Yang paling sedap mesti satu.

"Hanya seorang warga KL mengaku faham mutlak mengenai promosi '1Bihun', kata beliau yang enggan dikenali, "Ia adalah harapan kita, harapan rakyat, harapan masa depan bahawa bihun akan tetap teratas. Tetap unggul, terbilang, gemilang dan cemerlang kebihunannya."

DRAF CADANGAN PENYELESAIAN ISU MOHD RIDZUAN ABDULLAH DAN KELUARGA

1. PENDAHULUAN

Isu pengislaman Saudara Mohd Ridzuan Abdullah atau K Patmanathan, 40, bekas penganut Hindu, telah menimbulkan satu polemik yang perlu dinilai dari sudut Syarak terhadap beberapa isu.
Isu yang akan dibincangkan di sini adalah
a- Status agama tiga orang anak beliau [ iaitu Tevi Darsiny (12 tahun), Karan Dinesh (11 tahun) dan Prasana Diksa (1 tahun). ]
b- Hak penjagaan anak.
c- Status perkahwinan selepas pengislaman.

2. STATUS AGAMA ANAK-ANAK SELEPAS SALAH SEORANG PASANGAN SUAMI ISTERI MEMELUK AGAMA ISLAM

2.1 - Pandangan Islam Terhadap Status Anak Apabila Hanya Salah Seorang Ibu Bapa Memeluk Islam.Dalam menjelaskan status anak-anak selepas salah seorang ibu bapa memeluk Islam sedangkan pihak yang kedua tetap berada dalam agama asal, para fuqaha Islam telah berselisih pandangan kepada beberapa pandangan:

Pandangan Pertama:

Anak-anak adalah mengikut agama Islam sama ada yang memeluk Islam adalah bapa ataupun ibu.Pandangan ini adalah pandangan yang dipegang oleh kebanyakan para fuqaha Islam daripada mazhab al-Hanafiyyah, al-Syafi`iyyah dan al-Hanabilah[1].Maka berdasarkan kes yang berlaku, Tevi Darsiny (12 tahun), Karan Dinesh (11 tahun) dan Prasana Diksa (1 tahun) adalah diiktibar sebagai beragama Islam kerana mengikut agama yang dianuti oleh bapanya.

Hujah pandangan pertama ini adalah hadith Rasulullah yang berbunyi:

rعَنْ عَائِذِ بْنِ عَمْرٍو الْمُزَنِيِّ عَنِ النَّبِيِّ قَالَ : (( الإسْلاَمُ يَعْلُوْ وَلاَ يُعْلَى )) . رواه البيهقي والدارقطني والروياني .

Daripada A'idz bin Amr Almuzani, daripada Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : "Islam tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripadanya."

Pandangan Kedua:

Anak-anak adalah mengikut agama Islam apabila yang memeluk Islam adalah bapa. Sekiranya yang memeluk Islam adalah ibu, anak-anak tidak dianggap beragama Islam. Pandangan ini adalah pandangan yang dipegang oleh al-Imam Malik.

Hujah yang dipegang oleh al-Imam Malik adalah seseorang anak adalah dinasabkan kepada si ayah dan bukannya dinasabkan kepada si ibu. Maka kerana itulah keislaman si ayah sahaja yang akan menyebabkan si anak turut beragama Islam sebagai mengikut agama si ayah[2].
Maka berdasarkan kes di atas, Tevi Darsiny (12 tahun), Karan Dinesh (11 tahun) dan Prasana Diksa (1 tahun) adalah tetap diiktibar sebagai beragama Islam kerana mengikut agama yang dianuti oleh bapanya.

2.2 - Cadangan Terhadap Penyelesaian Isu Ini

Berdasarkan kajian ringkas di atas, dapatlah disimpulkan bahawa anak-anak kepada saudara Mohd Ridzuan Abdullah adalah beragama Islam kerana mengikut agama Islam yang telah dianuti oleh beliau.

Namun disebabkan pihak isteri beliau masih beragama Hindu yang berkeras untuk menjaga anak-anaknya dan membesarkannya dalam agama Hindu, semestinya kenyataan kita untuk mengekalkan status ketiga-tiga anak mereka berdua sebagai beragama Islam akan menimbulkan satu ketegangan antara masyarakat Islam dan masyarakat bukan Islam secara umumnya.

Atas dasar ingin mencari jalan yang paling baik dengan meraikan pandangan-pandangan para ulama, kami mencadangkan perkara-perkara di bawah:

a) Menerangkan kepada masyarakat di Malaysia bahawa maksud anak-anak tersebut berstatuskan agama Islam adalah mereka bertiga dianggap sebagai seorang Islam sepanjang tempoh mereka belum lagi mencapai umur baligh. Status keislaman mereka sebelum tempoh baligh akan berkait rapat dengan pembahagian harta pusaka khususnya[3].

b) Apabila anak-anak tersebut telah mencapai umur baligh, mereka akan diberikan hak untuk memilih sama ada ingin memeluk agama Islam ataupun memeluk agama Hindu. Pandangan ini adalah pandangan yang dipegang oleh al-Imam al-Thauriyy ( الثوري ) .[4]

c) Kami tidak mendapati sebarang masalah sekiranya nama ketiga-tiga anak saudara Mohd Ridzuan Abdullah dikekalkan dengan nama asal melainkan sekiranya makna nama mereka mengandungi unsur-unsur syirik dan makna-makna yang buruk.

3. HAK PENJAGAAN ANAK

3.1 - Pendapat Ulamak

Para ulama di dalam keempat-empat mazhab membincangkan tentang perkara ini . Para ulama bermazhab Syafie dan Hanbali rahimahumullah meletakkan bahawa hak penjagaan mestilah kepada seorang Islam. Orang bukan Islam tidak layak untuk mendapat hak penjagaan anak tersebut.

Manakala para ulama bermazhab Hanafi dan sebahagian ulama Maliki rahimahumullah tidak meletakkan Islam sebagai syarat untuk penjagaan. Ini bermakna jika penjaga tersebut (ibu atau bapa) salah seorang daripada mereka masih di dalam agama asal (non muslim) maka mereka masih boleh mempunyai hak untuk menjaga.

Ini berdasarkan kepada hadis Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam yang diriwayatkan oleh al-Imam Abu Daud , al-Nasa'ie , Ibn Majah , Ahmad bin Hambal , al-Baihaqi , al-Hakim Naisaburi, Ibn Abi Syaibah rahimahumullah dan para ulama hadis yang lain . Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam membenarkan untuk budak tersebut memilih dengan siapakah dia ingin tinggal, sama ada dengan ayahnya yang Muslim atau Ibunya yang Non-Muslimah. Ini kerana hak penjagaan adalah atas rasa belas kasihan dan ianya tidak menjadi masalah walaupun berbeza agama. Nas hadis tersebut adalah seperti berikut:

حدثنا عبد اللَّهِ حدثني أبي ثنا هُشَيْمٌ ثنا عُثْمَانُ أبو عَمْرٍو البتي عن عبد الْحَمِيدِ بن سَلَمَةَ أَنَّ جَدَّهُ أَسْلَمَ في عَهْدِ رسول اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ولم تُسْلِمْ جَدَّتُهُ وَلَهُ منها بن فَاخْتَصَمَا إلى رسول اللَّهِ صلى الله عليه وسلم فقال لَهُمَا رسول اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ان شِئْتُمَا خَيَّرْتُمَا الْغُلاَمَ قال وَأَجْلَسَ الأَبَ في نَاحِيَةٍ وَالأُمَّ نَاحِيَةً فَخَيَّرَهُ فَانْطَلَقَ نحو أُمِّهِ فقال رسول اللَّهِ صلى الله عليه وسلم اللهم اهْدِهِ قال فَرَجَعَ إلى أبيه[5]

Maksud: Diriwayatkan daripada Saidina Abdul Humaid bin Salamah radhiyallahu anhuma bahawa datuknya telah memeluk Islam pada zaman Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam, tetapi neneknya enggan. Hasil perkahwinan mereka, dikurniakan seorang anak. Mereka berdua datang mengadu kepada Baginda sallallahu alaihi wasallam (berkenaan hak penjagaan terhadap budak tersebut).

Sabda Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam kepada mereka berdua : Jika kamu berdua mahu, budak tersebut akan diberikan pilihan untuk memilih kamu berdua. Kata Abdul Humaid bin Salamah : Si ayah diletakkan di suatu sudut, dan si ibu juga diletakkan di suatu sudut, maka budak tadi diberi pilihan . Didapati budak tersebut bergerak ke arah ibunya.Maka Baginda sallallahu alaihi wasallam berdoa: Ya Allah berikanlah hidayah kepadanya. Kata Abdul Humaid bin Salamah :Maka budak tersebut kembali kepada ayahnya (mengikut ayahnya).

Tetapi para ulama di dalam mazhab Hanafiyah dan Malikiyah berbeza pendapat pula berapa lamakah tempoh budak tersebut perlu berada di bawah penjaganya yang bukan Islam:

1) Ulama Hanafiyah berpendapat : Kanak-kanak tersebut boleh berada di bawah jagaan penjaga yang bukan Islam sehinggalah dia mampu berfikir tentang keagamaan(iaitu setelah mencapai umur 7 tahun). Hak penjagaan juga akan tamat jika budak tersebut tidak terjamin keselamatan agamanya jika berada bersama penjaga tersebut(seperti dibawa ke tempat ibadah mereka, budak tersebut mempelajari perkara berkaitan agama penjaga tersebut, diberi minum arak atau memakan makanan yang haram)

2) Ulama Malikiyah berpendapat: Kanak-kanak tersebut boleh berada di bawah jagaan penjaga yang bukan Islam tersebut sehinggalah tamat waktu hak penjagaan[6]. Tetapi penjaga tersebut perlu menjaga hak-hak penjagaan terhadap budak tersebut seperti tidak memberi makanan yang haram dan memberi minum arak kepadanya. Tetapi jika dikhuatiri akan berlaku perkara tersebut maka hak penjagaan tersebut perlulah diberikan kepada golongan Muslimin demi menjaga budak tersebut daripada kesesatan[7].

3.2 - Cadangan Terhadap Kes Yang Berlaku

1) Berdasarkan pendapat para ulama yang kita telah bincangkan, anak kepada Mohd Ridzuan bin Abdullah @ K Patmanathan, 40 tahun iaitu Tevi Darsiny (12 tahun) dan Karen Danish ( 11 tahun ) tidaklah dibenarkan untuk berada dibawah penjagaan si isteri yang enggan memeluk Islam. Ini kerana, keadaan kedua-dua anak mereka jika berada di bawah jagaan ibu sahaja dibimbangi persekitaran yang tidak baik akan mempengaruhi mereka.

2) Manakala anak yang ketiga iaitu Prasana Diksa (1 tahun), dibenarkan untuk berada di bawah jagaan si ibu (dengan syarat diadakan giliran antara ibu dan bapa) berdasarkan pendapat yang disebutkan oleh Mazhab Hanafiyah dan Malikiyah. Ini kerana Prasana Diksa masih kecil dan belum mencapai umur yang memungkinkan untuknya berfikir tentang keagamaan. Ini juga menunjukkan bahawa Islam bukanlah agama yang bersikap kuku besi yang menghalang secara semberono hak individu.

4. STATUS PERKAHWINAN SELEPAS PENGISLAMAN SALAH SEORANG SUAMI ISTERI

4.1 - Pendapat Para Ulama

Syariah Islam menetapkan, apabila seorang suami memeluk Islam, maka si isteri juga perlu diminta untuk memeluk Islam. Jika si isteri memeluk Islam di dalam tempoh ‘iddahnya, maka perkahwinan tersebut boleh diteruskan seperti biasa(tanpa perlu diperbaharui akad nikahnya).

Islam bukanlah satu agama yang memecah belahkan institusi kekeluargaan, bahkan Islam itu sendiri mengajar ummatnya untuk membina sebuah keluarga yang bahagia. Perbezaan agama antara suami dan isteri bukanlah penghalang kepada ikatan pernikahan mereka, tetapi keengganan si isteri untuk berbuat demikian menyebabkan berlakunya perpisahan [8].

Keempat-empat mazhab Islam iaitu Hanafi, Maliki, Syafie, dan Hambali menetapkan perkahwinan mereka berdua akan terfasakh[9]. Para ulamak hanya berselisih pendapat dari sudut bilakah waktu fasakh itu berlaku, samaada daripada saat pengIslaman suami atau saat isteri enggan memeluk Islam. Perpisahan tersebut akan berlaku melalui kuasa qadhi[10].

Fasakh atau perpisahan tersebut bukan bermakna si suami meninggalkan tanggungjawabnya ke atas isteri dan anak-anaknya dari sudut nafkah dan perbelanjaan. Islam sangat menjaga hak setiap manusia samaada Muslim atau Non Muslim. Perpisahan yang berlaku di antara pasangan suami isteri disebabkan perbezaan agama tidak menggugurkan kewajipan suami kepada isterinya dan anak-anaknya.

4.2 - Hak Pemberian Nafkah[11]

a - Nafkah kepada anakSi ayah wajib memberikan nafkah dan keperluan kepada anak-anaknya selagi mana mereka masih kecil sehingga mampu berdikari sendiri jika anak tersebut adalah anak lelaki. Manakala bagi anak perempuan, bapa perlu memberi nafkah kepadanya sehingga anak tersebut berkahwin sahaja.

b - Nafkah kepada isteriSuami wajib memberi nafkah kepada isteri tersebut selama mana di dalam tempoh ‘iddah sahaja.

Ini jelas menunjukkan hujah yang mengatakan bertukar agama adalah satu cara untuk lari daripada tanggungjawab adalah hujah yang amat dangkal. Ini kerana Islam sama sekali tidak memberikan ruang kepada penganutnya untuk lari atau cuai menunaikan tanggungjawab masing-masing.

Disediakan oleh :Fellow MANHAL PMRAM 2009
Hasil kajian:
1. Al Fadhil Ustaz Syed Abdul Qadir Al-Jofree
2. Al Fadhil Ustaz Abd Rahman Mohd Tharin
3. Al Fadhil Ustaz Mohd Nazrul Abd Nasir
4. Al Fadhil Ustaz Hairul Nizam Mat Husain

[1] Sila lihat al-Mawsu`ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaytiyyah 4/270.[2] Sila lihat al-Mawsu`ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaytiyyah 4/270.[3] Sebagaimana yang dimaklumi, apabila anak-anak tersebut berstatuskan Islam, mereka berhak mewarisi harta saudara Mohd Ridzuan Abdullah kerana persamaan agama antara pihak ayah dan anak-anak. Walau bagaimanapun sekiranya anak-anak tersebut meninggal dunia sebelum mereka mencapai umur baligh, maka berdasarkan pandangan Islam jenazah mereka akan diuruskan sebagai seorang Muslim. Ini dijangka akan menimbulkan satu lagi masalah perebutan jenazah antara si isteri yang beragama Hindu dan si ayah yang beragama Islam.[4] Sila lihat al-Mawsu`ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaytiyyah 4/271. Para pembaca perlu menyedari bahawa pandangan yang kami pilih ini bukanlah pandangan majoriti ulama Islam.Adapun pandangan majoriti ulama Islam, anak-anak tersebut secara automatik akan menjadi seorang muslim sebaik sahaja si ayah memeluk agama Islam. Sekiranya anak-anak tersebut setelah baligh memilih untuk tidak beragama Islam, berdasarkan pandangan majoriti ulama, mereka akan menjadi murtad.Pandangan al-Thauri yang kami pilih ini adalah semata-mata memikirkan situasi masyarakat non Muslim di Malaysia yang mungkin tidak akan dapat menerima keputusan bahawa kesemua anak-anak terbabit hendaklah beragama Islam. Sekurang-kurangnya dengan berpegang pandangan al-Thauri, masyarakat non Muslim dapat menerima keputusan kerana hak untuk memilih agama diserahkan kepada anak-anak tersebut selepas mereka baligh.[5] Musnad al-Imam Ahmad bin Hambal, hadis 23807 jilid 5 mukasurat 446 Darul Nasyr, Muassasah Qurtubah[6] Bagi budak perempuan, hak penjagaan terhadapnya ialah sehingga dia berkahwin, manakala bagi budak lelaki pula hak penjagaan terhadapnya ialah sehingga dia baligh.[7] Fiqh al-Islami wa Adillatuhu jilid 7 mukasurat 727-728 cetakan Darul Fikr Cetakan Kedua 1985[8] Bada'ie Sana'ie, Imam al-Kasani, m.s 1558 jilid 3.[9] Mughniyul Muhtaj, Khotib as-Syarbini, m.s 244 jilid 3.[10] Fiqhul Islami Wa Adilatuh, Dr. Wahbah Az-Zuhaili, m.s 7163 jilid 9.[11] Al-Mughni, Imam Ibn Qudamah, m.s 402 - 409, jilid 7.

Terkini - Hari mengundi DUN Penanti 31 Mei

Hari mengundi bagi kerusi DUN Penanti ditetapkan pada 31 Mei dan hari penamaan calon jatuhnya pada 23 Mei, umum Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Kerusi itu dikosongkan oleh bekas timbalan satu ketua menteri Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin pada 16 April lalu susulan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Bekas ADUN PKR itu bagaimanapun tidak diseret ke mahkamah kerana SPRM tidak mempunyai cukup bukti untuk berbuat demikian.Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata ia melarang penggunaan pondok panas dan perayu undi dalam pilihanraya kecil kali ini.

Ditanya sebab suruhanjaya itu melewatkan pengumuman tarikh-tarikh tersebut walaupun bermesyuarat Rabu lalu, beliau berkata ia tidak kena-mengena dengan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno, Jumaat lepas. -malaysiakini


CERAMAH UMUM

29 APRIL 2009
JAM 9 MALAM
DARUL UMMAH, KG PANDAN

PENCERAMAH

DATO TUAN IBRAHIM BIN TUAN MAN(ajk PAS Pusat/Pesuruhjaya PAS Pahang)

Tuan Hj Hanipa Maidin(ajk PAS Pusat/Peguam PAS)

YB Dr Lo’ lo Hj Ghazali(ajk PAS Pusat/ahli parlimen PAS Titiwangsa)


anjuran PAS Kawasan Titiwangsa

Jumaat, 24 April 2009

Isu anak kekal agama asal: NGO Islam minta Kabinet kaji semula

Oleh NURUL AIN MOHD. HUSSAIN
KUALA LUMPUR: Kira-kira 100 pertubuhan badan bukan kerajaan Islam (NGO) hari ini membantah dan meminta Kabinet mengkaji semula keputusan jemaah menteri berhubung status anak-anak kekal menganut agama asal meskipun salah seorang ibu atau bapa memeluk agama lain.

Mereka mendakwa keputusan itu dibuat tanpa mengambil kira undang-undang sedia ada dan pandangan pihak-pihak yang berkenaan.
Antara NGO Islam yang hadir ialah, Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Alliance Coordinating Committee of Islam (Accin), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Muafakat dan Khalifah Institute, Malaysian Chinese Muslim Association (Macma).

“Kami menegaskan apa-apa cadangan perubahan yang berkaitan mesti mengambilkira undang-undang yang sedia ada dan pandangan semua pihak yang berkenaan.
“Proses ini harus melibatkan perbincangan yang menyeluruh dan lengkap serta tidak terlalu reaktif kepada tekanan mana-mana pihak,”kata Pengerusi Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) Mohamad Isa Ralip dalam satu kenyataan bersama pertubuhan-pertubuhan bukan Islam yang dibacakan di Sekteriat PGSM di sini hari ini.

Semalam, Kabinet membuat keputusan bahawa anak-anak kekal menganut agama asal ibu bapa masing-masing semasa berkahwin, walaupun ibu atau bapa mereka kemudiannya memeluk agama lain.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata keputusan itu adalah antara penyelesaian jangka panjang yang dicapai oleh Kabinet semalam memandangkan lebih banyak kes seperti yang melibatkan Mohd Ridzuan Abdullah dan isterinya Indra Gandhi, dijangka muncul pada masa akan datang.

Mohd Ridzuan, atau Patmanathan a/l Krishnan, 40, bekas penganut Hindu, yang kini memeluk Islam, dilaporkan telah menukar agama anaknya Tevi Darsiny, 12, Karan Dinesh, 11, dan Prasana Diksa, 1 kepada Islam pada 12 April serta memohon hak penjagaan terhadap mereka di Mahkamah Syariah walaupun emak mereka masih beragama Hindu.

Menurut Mohamad Isa, isu tersebut perlu ditangani dengan segera kerana ia dibimbangi tidak berlaku adil kepada semua pihak yang terlibat.
“Mengambil kira sensitiviti yang tinggi dengan kes-kes seupama ini. Kami menyeru semua pihak menangani isu ini secara bersama dan saksama.
“Kami pertubuhan-pertubuhan Islam sekali lagi menyatakan kesediaan untuk terlibat dalam proses ini,”katanya.

Jelasnya, walaupun tiada peruntukan dalam Undang-undang Syariah berkaitan isu tersebut namun mengikut kaedah fiqyah (hubungan nasab), agama perlu dipertahankan.
“Apabila seseorang itu telah memeluk Islam maka agama yang baru dianuti oleh seseorang itu perlu dipertahankan. Ini secara tidak langsung menunjukkan Islam mahu berlaku adil kepada semua,”katanya.

Menurut Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Yusri Mohamad berkata, keputusan Kabinet semalam seolah-olah ia telah diiktiraf sebagai undang-undang sedangkan ia belum diwartakan sebagai undang-undang.

“Kabinet harus mengambilkira pandangan semua pihak dalam aspek-aspek yang melibatkan hukum syarak. Mereka (Kabinet) sepatutnya mendapatkan pandangan daripada Mufti,pakar-pakar perundangan Islam dan pandangan Sultan perlu diambilkira terlebih dahulu.
“Kami bimbang ia akan dimanipulasi oleh pihak-pihak lain. Dalam perlembagaan sendiri ada menyatakan berhubung isu agama, bahawa agama anak itu ditentukan oleh ibu atau bapa,”katanya.

Sementara itu, Timbalan Presiden Persatuan Peguam Pembela Islam (PPI), Zainul Rijal Abu Bakar berkata keputusan jemaah menteri telah melangkaui keputusan yang telah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan.

“Perkara ini telah disebut dalam perkara 12.4 Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan bahawa salah seorang ibu atau bapa yang memeluk Islam boleh menentukan agama anaknya.
“Keputusan Kabinet juga boleh dilihat subjudis terhadap kes yang masih belum diputuskan oleh mahkamah,”katanya.

Timbalan Pengerusi Persatuan Peguam Muslim, Mohamad Burok pula menyifatkan keputusan Kabinet semalam telah mengelirukan rakyat sedangkan Kabinet tidak mempunyai kuasa melaksanakan undang-undang.

“Kenyataan Kabinet semalam memperlihatkan seolah-seolah mereka mempunyai kuasa undang-undang.
“Ia tidak ubah apa-apa kecuali jika ada undang-undang dipinda di Parlimen barulah ia diterima. Jadi ini menggemparkan rakyat. Keputusan Kabinet semalam juga bercanggah dengan undang-undang syariah,”katanya.

Menurut Setiausaha Accin, Sabariah Abdullah, keputusan Kabinet semalam telah membuatkan orang Islam menjadi cemas kerana kenyataan tersebut belum digazetkan sebagai undang-undang.
“Kita memohon supaya setiap masalah agama dan kaum dianalisis dengan betul dan dirujuk sebelum apa-apa kenyataan dibuat. Kita harap perkara agama tidak diekploitasi oleh mana-mana pihak,”katanya.

Presiden Dakwah dan Kebajikan Saudara Baru India SeMalaysia (Al-Hidayah) Abdul Latif Sathrean Abdullah berkata kerajaan perlu menangani masalah tersebut segera.
Beliau juga tidak menolak kemungkinan pihaknya bersama NGO lain akan menghantar kerajaan memorandum untuk membantah keputusan tersebut jika kerajaan tidak langkah segera untuk menangani masalah tersebut.

Agama anak: Kabinet mesti rujuk mufti

Malaysiakini : Keputusan kabinet semalam - anak kekal agama asal ibu bapanya walaupun salah seorang menganut Islam - sewajarnya dirujuk kepada mufti, kata Datuk Seri Harussani Zakaria.
Mufti Perak menyarankan kerajaan mendapatkan pandangan Majlis Mufti-mufti Malaysia sebelum membuat sebarang keputusan berhubung Islam bagi mengelak timbulnya kekeliruan, lapor Bernama.

“Dalam agama Islam, mana-mana bapa atau ibu yang menganuti Islam, anak mereka dengan sendirinya menganut Islam kecuali jika anak tersebut sudah berumur lebih 15 tahun dan boleh memilih agamanya sendiri,” Harussani dipetik berkata hari ini.

Ketika mengumumkan keputusan kabinet, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata keputusan itu sebagai langkah penyelesaian berhubung pertikaian status agama kanak-kanak apabila ibu atau bapa menukar agama.

Menurut agensi berita itu lagi, beberapa NGO Islam turut menggesa kerajaan mengkaji semula keputusan itu kerana mendakwa ia dibuat tanpa mengambil kira undang-undang sedia ada dan pandangan pihak-pihak yang berkenaan.

Keputusan itu menafikan hak pihak yang memeluk Islam, kata Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Mohamad Isa Abdul Latif pada sidang akhbar yang turut dihadiri wakil-wakil badan lain termasuk Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan Persatuan Dakwah dan Kebajikan Saudara Baru Islam SeMalaysia.

Selain keputusan membesarkan anak di bawah umur mengikut agama asal ibu bapanya, kabinet juga memutuskan pasangan yang memeluk Islam harus menyelesaikan segala isu berkaitan perceraian dan penjagaan anak-anak di mahkamah sivil.

Nazri dilaporkan berkata, langkah itu selaras dengan pendirian jemaah menteri bahawa enakmen syariah hanya boleh digunakan terhadap perjanjian berkaitan perkahwinan yang dibuat bermula dari tarikh individu itu memeluk Islam dan bukannya sebelum itu.

Tambahnya, keputusan itu berdasarkan pandangan jawatankuasa khas yang ditubuhkan bagi menyelesaikan kes K Pathmanaban atau nama Islamnya Mohd Ridzuan Abdullah.

Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Menteri di JPM Tan Sri Dr Koh Tsu Koon turut disertai Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam; Menteri di JPM Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom, dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

'Jom Heboh': Zambry ingkar arahan Mufti

Oleh : Johari Jaafar

Dewan Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timur (DPPK IT) kesal dengan kelulusan yang telah diberikan untuk penganjuran Konsert Jom Heboh TV3 yang bakal diadakan di Pengkalan Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM), Lumut pada 25 dan 26 April ini.

Demikian dinyatakan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Ipoh Timur, Salman Salleh dalam kenyataan akhbarnya semalam.

Menurutnya merujuk kepada keputusan Majlis Mufti-Mufti Malaysia yang dibuat pada 30 Julai 2004 memutuskan bahawa konsert �Sure Heboh�(sebelum ditukar nama Jom Heboh) TV3 adalah haram kerana ia melalai dan menggalakkan maksiat di kalangan anak-anak muda.

Beliau melahirkan rasa kesal dengan sikap Dato' Seri Dr Zambry Abdul Kadir kerana tidak mendapatkan nasihat terlebih dahulu daripada Mufti Perak, Dato' Seri Haji Harussani Zakaria berhubung perkara tersebut.

"Pemuda PAS Ipoh Timur memohon agar pihak Kerajaan Negeri memperjelaskan kelulusan yang telah diberikan tanpa mendapat nasihat daripada Mufti Perak dan Jabatan Agama Islam Perak," katanya.

Beliau turut meminta supaya pejabat Mufti Perak dan Jabatan Agama Islam Perak memberikan garis panduan yang jelas kepada Kerajaan Negeri tentang konsert yang boleh diadakan di masa akan datang.

Harakah Daily.

Kerja - kerja bodoh dalam pas


Ustaz Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz

Salam Kamunting,

Di meja makan di bahagian dapur di rumah ayahanda yang saya masih kekal tinggal bersama sedari kelahiran dulu, selalulah saya bersembang dengan ayahanda pasal macam - macam hal kehidupan yang biasanya akan panas dan panjang bila ianya berulamkan politik dan perjuangan.

Terbaru saya lontarkan kepadanya hujahan para ulama daripada buku yang saya baca mengenai keabsahan seorang muslim untuk hadir dan turut sama menjawat dan memerintah di dalam sebuah kerajaan yang bukan Islam.

Saya sebutkan kepada ayahanda bagaimana para ulama mengambil bahagian cerita Nabi Yusuf alaihissalam menjawat jawatan sebagai menteri kewangan di dalam sebuah kerajaan syirik Mesir kuno sebagai hujah utama dan vital yang membenarkan penawaran untuk turut membantu pemerintahan bukan negara Islam.

Syarat terpenting yang menjadi pemutus ialah jemputan kepada jawatan itu mestilah dalam kemuliaan dan kekuatan. Mereka meminta dan kita berhak memutus, bukan mereka. Kemudian kita tidak diikat dengan syarat - syarat yang menghalang unsur keadilan Islam untuk ditegakkan. Masuk dengan kemuliaan sebagaimana Nabi Yusuf dijemput untuk turut mempersembahkan kebijaksanaan dan keadilannya ke atas rakyat dalam pemerintahan tersebut.

Saya kemukakan untuk memukaddimahkan perbincangan mengenai kerajaan Pakatan Rakyat dan Unity Government yang dicadangkan sebagai alternatif kepada kerajaan BN hari ini sedang merasai kepedihan dihimpit kemarahan rakyat yang melata.

Saya memberanikan untuk berhujah bahawa samada BN atau Pakatan Rakyat, kedua - duanya bukan daripada jenis negara Islam. Maka menerima kerajaan mana pun, hujahnya ada dan hujah itu terpakai dengan syarat ketat sebagaimana yang digariskan ugama tersebut.

Selamba saja ayahanda memberi komen. “Ya, jika BN mahu kita bersama, mereka mestilah bersedia memberikan kita jawatan - jawatan yang penting yang kita akan laksanakan program Islam di dalamnya. Berikan Kementerian Kewangan dan Kementerian Pendidikan misalnya. Kita nak jadi PM mesti mereka tak terima. Jadi kita minta apa yang penting untuk kepentingan rakyat dan negara. Kita boleh bersama.”

Saya memiliki banyak cerita menarik di sebalik apa yang anda tahu mengenai ayahanda. Komennya di atas bukankah mencetuskan persoalan ini di benak anda, bukankah Tok Guru lantang menolak Unity Government? Bukankah Tok Guru berang dengan cadangan Tuan Guru Hj Hadi ini?

Biar saya bagitahu anda, ayahanda hidup dengan hujah. Itulah makanan berkhasiat yang memanjang dan memberkati umurnya. Bila hujah ugama itu ada, bagaimana ayahanda akan tolak mentah - mentah?

Justeru fahami ini bahawa ‘Unity Government’ yang ditolak ayahanda adalah jenis kerajaan yang difahamkan kepadanya oleh pembantu - pembantu ayahanda yang berpakaian serba tahu. Mereka seronok untuk melaga -lagakan di antara TGNA dan TGHH.

Mereka menyangka mereka telah melakukan kebaikan, sedang telah sesatlah segala usaha mereka di sisi tuhan. Semoga Allah membalasi mereka dengan kejahatan yang mereka lakukan!

Bukankah anda dapat lihat bagaimana semacam ayahanda menghentam ‘kerajaan campuran’ bukan unity Government? Bukankah selepas pertemuan kurang sepuluh mata bersama TGHH, ayahanda tidak lagi menyerang. Ertinya sesuatu yang baru dan meyakinkan telah diperolehinya daripada TGHH. Itulah yang disembunyikan secara sengaja daripadanya.

Di mana pergi pembantu - pembantu ayahanda yang sesat pekerjaan mereka itu di sisi tuhan!? Semoga Allah melaga- lagakan di antara mereka pula di dunia ini agar mereka segera bertaubat!

Modus Operandinya sama. Selepas pertemuan ayahanda dengan ulama PAS di JKR 10 beberapa bulan lepas, ayahanda menerima muzakarah atau muqabalah selepas bermatian menolaknya. Saya diberitahu daripada sumber yang diyakini, sesetengah pembantu ayahanda ini menyumpah seranah kerana kegagalan mereka mengekalkan ayahanda dalam suasana keruh dan panas dengan TGHH. Mereka gagal selepas mereka yakin berjaya. Allah menggagalkan usaha jahat mereka.

Ayahanda seorang yang hebat. Antara kehebatannya adalah ‘husnuzhan’ dengan semua orang. Semua orang boleh hidup di sekelilingnya. Pembantu, pengampu, pencacai dan sesiapa pun. Tolak babi dan anjing! Tuhan membalas atas pekerjaan masing - masing.

Adapun penghormatan ayahanda terhadap TGHH, maka ia adalah penghormatan yang gagal diperolehi kecuali oleh para ulama. Ayahanda sering memuji TGHH. Saya pernah mendengarnya menakjubi ucapan TGHH di Parlimen yang dibacanya di dalam Harakah sedang masa itu suasana panas isu muzakarah masih memuncak. Sesetengah pembantu ayahanda merasa iri dan hasad selepas penghormatan itu gagal menempati diri mereka.

Bagaimana mereka akan memperolehinya, sedang mereka hanya belajar ugama sekadar ‘mi celup’, lalu mendakwa mereka pun ulama juga dengan istilah - istilah ugama yang dihafal, bukan difaqihi?

Dunia ulama adalah penuh disiplin. Taqwa adalah disiplin terbaik. Taqwa adalah milik ulama, bukan milik orang yang mengaku ulama atau ulama mini sekali pun. Kita tidak mampu merebutinya kerana ia adalah kurniaan khas daripada Allah. Kita hanya mampu meminta daripadaNya.

Menghampiri proses pemilihan menjelang Muktamar PAS nanti, anda sedang menyaksikan usaha daripada pelbagai sudut dan penjuru, jauh dan dekat oleh sesetengah yang mungkin saja saya sifatkan sebagai sekumpulan ‘pejuang nafsu’ yang tersusun untuk memisahkan di antara ulama yang disayangi rakyat.

Ayahanda digunakan. Inilah calon restuan Tuan Guru Nik Abdul Aziz! Inilah calon restuan Kelantan!Bukankah sebelum ayahanda berangkat ke Mekah, beliau secara jelas mengumumkan untuk tidak berpihak dan menyatakan keenggananya bersuara, bimbang ia mengganggu emosi ahli PAS di dalam kebebasan memilih?

Di mana adab? Di mana kesetiaan? Di mana sifat malu?

Masihkah anda mahu hanyut dalam dunia politik yang kotor hatta dalam PAS? Jika begitu, sayalah musuh anda!

Nisa' anjur Indoor Games 25 April ini


Nisa' Malaysia akan menganjurkan permainan rakyat Nisa' Indoor Games (NIG), berbentuk sukan dalaman pada 25 April ini, di Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahudin Aziz Shah, dekat sini.

Pengarah Nisa' Indoor Games, Muna Izzah Fadzil berkata, pihaknya mengambil inisiatif mempromosikan kembali permainan tradisional dan menjadikan NIG sebagai alternatif permainan keluarga dalam merapatkan lagi hubungan kekeluargaan dan silaturrahim.

"Selain mengekalkan warisan bangsa, ia juga diharapkan kembali digemari oleh generasi muda serta segenap lapisan masyarakat, sekaligus mengurangkan gejala sosial dengan aktiviti bermanfaat," katanya.

Nisa' katanya, turut menjemput Nur Nabila Azman Hisham, jaguh catur yang mewakili Malaysia di peringkat antarabangsa,yang kini berada di kedudukan ke- 1,387 dalam Organisasi Catur Dunia (FIDE) sebagai icon NIG 2009.

Menurut beliau, orang ramai, khususnya para muslimat dan remaja dijemput menyertai sukan tersebut yang akan diadakan bermula jam 9 pagi hingga 6 petang.

Muna turut memberitahu bahawa oleh kerana pihak penganjur tidak mendapat tajaan khusus daripada mana-mana pihak, Nisa' mengalu-alukan sebarang derma dan sumbangan dari orang ramai bagi menjayakan NIG.

Sebarang Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi; Mastura Mohamad ditalian 012-3921966, Muna Izzah (013-3687150) atau Farhana (019-9317021).

Harakah Daily.

Politik wang dalam PAS?

Saya terbaca didalam laman web pemuda PAS wilayah http://dppwp.wordpress.com tulisan herman tentang isu politik wang dalam PAS ini. Memang saya ada dengar sebelum ni dari seorang sahabat yang rapat dengan salah seorang calon timbalan presiden PAS. Dakwa beliau, memang benar ada calon timbalan presiden PAS yang menabur duit dalam bentuk sumbangan kepada kawasan-kawasan.

Namun kebenaran sebenar belum kita ketahui kerana 'hear say' tak boleh dijadikan bukti untuk mendakwa sesiapa. Adalah lebih baik pihak yang ada bukti mengenai politik wang ini tampil membawa bukti dan dakwa ditempat sepatutnya.

Amalan politik wang ini sangat berbahaya dan perlu dihapuskan secepat mungkin sekiranya betul ia wujud dalam PAS. Bagi pihak yang dituduh pula, bolehlah membela diri kelak. Namun tidaklah perlu sehingga ke SPRM. Ianya akan mecemarkan imej parti dan akan memberi bola tanggung kepada UMNO untuk 'mensmash' kita. Kita ada majlis tahkim yang boleh mengendalikan isu ini.

Tetapi saya menyokong cadangan untuk memecat terus dari menjadi ahli PAS sesiapa yang terlibat dengan amalan politik wang ini tidak kira siapa orang itu. Samada dia pemimpin tertinggi PAS atau wakil rakyat.

Perangai UMNO ini perlu dihapuskan sebelum ianya parah dan menjadi tabiat biasa dalam PAS !!!

Calon Nik Aziz sebagai Presiden satu penghinaan kepada beliau

Keghairahan segelintir pihak yang terpengaruh dengan dakyah media dan cakap-cakap kumpulan minoriti telah menyebabkan suasana Mesyuarat Agung Pas di sekitar wilayah persekutuan menjadi hingar-bingar. Sama ada mereka tahu tentang perlembagaan atau tidak, boleh dilihat dari keputusan pencalonan yang dibuat bagi jawatan tertinggi Parti.


Bukan ingin merendahkan pandangan mereka, tetapi sekadar ingin menegur. Mungkin mereka tidak sedar bahawa dalam hierarki kepimpimpinan Parti, Mursyidul Am adalah jawatan tertinggi dan menjadi ketua bagi Parti Islam Semalaysia bukannya Presiden.
Presiden adalah ketua Eksekutif bagi pelaksana dasar yang diputuskan oleh Majlis Syura dan Mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat.


Dalam hierarki kepimpinan, Presiden adalah jawatan peringkat kedua selepas Majlis Syura yang diketuai oleh Mursyidul Am.


Secara langsung tindakan Presiden dipantau oleh Majlis Syura.
Meletakkan Tok Guru Nik Aziz yang kini sebagai Ketua Majlis Syura untuk bertanding jawatan Presiden dilihat sebagai satu penghinaan kepada beliau dan satu cubaan untuk merendahkan kredibiliti beliau sebagai Ketua Majlis Syura.


Sewajarnya pimpinan yang sudah duduk dijawatan yang paling tinggi tidak boleh diturunkan melainkan beliau mempunyai masalah kepimpinan.
Isu Pro-Muzakarah dan Pro-Pakatan baru-baru ini timbul dan menyebabkan ahli jadi keliru. Presiden Pas, Tok Guru Haji Hadi Awang dijadikan sasaran selepas beberapa idea

penambahbaikkan beliau ditentang secara membuta tuli oleh segelintir pihak yang bertindak mengikut kata hati bukannya akal. Luahan pandangan Presiden itu mahukan maklumbalas oleh ahli dan perbincangan yang meluas bukannya perlu dianggap sebagai keputusan beliau.


Malah baru-baru ini beliau dengan beraninya menarik semula cadangan Kerajaan Perpaduan setelah melihat ahli gagal menyambutnya untuk diperbincangkan secara ilmiah.
Ini sekaligus memberikan imej buruk kepada Pas kerana ahli-ahli dilihat seolah-olah bertindak membuta tuli bukannya dengan akal kerana apa sahaja pandangan yang diberikan terus dibantah tanpa adanya ruang untuk berdiskusi secara ilmiah.


Roh Pembangkang begitu tebal dalam diri segelintir ahli hingga menutup hati mereka untuk mendengar pandangan pimpinan. Bukan setakat BN sahaja dibangkang, pandangan murni pimpinan pun dibangkang. Jika kita enggan dengar dan bincang pandangan pimpinan, siapa lagi yang kita hendak dengar?


Jika hari ini kita tolak pandangan Hadi, esok lusa, Presiden lain naik dia juga akan tersiksa kerana sikap ahli yang tidak mahu berfikir dan menelaah ilmu sebelum membuat keputusan atau pandangan terhadap apa yang pimpinan luahkan.


Akibatnya, kedudukan Tok Guru Nik Aziz pula jadi sasaran seolah-olah beliau tidak sesuai jadi Mursyidul Am hingga perlu ditukar jadi Presiden bagi mengantikan Tok Guru Haji Hadi. Nampaknya ahli yang membuat keputusan pencalonan itu mempunyai masalah besar iaitu tidak memahami struktur kepimpinan dan keutamaan parti.


Ana juga difahamkan bahawa kawasan yang mencalonkan Tok Guru ini juga baru sahaja Bermesyuarat Agung setelah lebih 10 tahun tidak mengadakan mesyuarat agung. Tiba-tiba mereka muncul dan cuba buat havoc dalam parti.


Ya! walaupun baru, tapi tindakan luar biasa mereka itu mengemparkan ramai pihak. Adakah itu yang mereka mahu. Menarik perhatian orang lain terhadap suara minoriti mereka dengan membuat pencalonan yang luar biasa yang bagi ana sesuatu yang biadap kepada Mursyidul Am!
Kalau pun tak suka Presiden sekarang, calonkanlah orang lain bukannya pimpinan nombor satu parti untuk rebut jawatan nombor dua dalam Parti.


Mereka telah downgrade Tok Guru Nik Aziz dan sepatutnya mereka sedar perkara ini. Jika perkara sebegini dibiarkan, tak mustahil suatu hari nanti akan wujud pula kumpulan yang mencalonkan Presiden dari kalangan Calon Muslimat pula.


Nampaknya parti ini akan jadi haru biru jika kumpulan minoriti ini terus menerus dibiarkan memainkan peranan. Tapi ana yakin, cadangan mereka itu tidak akan diterima oleh Perwakilan lain. Itu gempak sahaja. Setakat ingin meriuhkan suasana Muktamar yang semakin riuh ini.

Khamis, 23 April 2009

SPR Bakal Memaklumkan Tarikh Pilihanraya Kecil Penanti Isnin Depan


PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan membuat pengumuman berhubung kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, Pulau Pinang pada sidang media di ibu pejabat suruhanjaya itu, Isnin depan. Pegawai Perhubungan Awamnya, Sabri Said, berkata sidang media itu pada mulanya dijadualkan pada jam 10 pagi Jumaat ini.

Why I am absent in court today - Raja Petra




I wish to explain why I am not going to be present in court today, 23rd April 2009. Firstly, it involves my recent dispute with the Selangor Palace. This dispute was due to my open letter to the Perak Menteri Besar, Datuk Seri Nizar Jamaluddin, which I wrote on 2nd March 2009 in response to the ongoing Perak Constitutional Crisis. My family said I had acted in a treasonous manner and they wanted me to issue a public apology to the Sultan of Perak.
I refused to comply with my family’s demand and instead wrote two articles condemning the Perak Palace for violating the Federal Constitution of Malaysia and for ignoring the wishes of the rakyat. My opinion is no different from that of NH Chan, the former Court of Appeal judge.
The Sultan of Selangor was very angry and that triggered a conflict between our two families. My family told me I had brought shame to the family name and they demanded that I attend a family meeting to discuss the matter. However, I did not attend that family meeting and this aggravated the situation.

My family then gave me an ultimatum. I was to either make that public apology or else my family would insert an advertisement in the mainstream newspapers practically distancing itself from me, which could be interpreted as disowning me. My response to that was, and in accordance with the normal action to be taken against a member of the kerabat who durhaka, I went into exile outside Selangor. As a matter of fact, I even missed two recent family funerals, as I could not and would not step foot in Selangor ever again.

It has to be noted that this has always been the punishment for any member of the Selangor Royal Family who is considered durhaka since the beginning of the Selangor Sultanate more than 250 years ago. My grandfather, Sultan Musa, was in fact subjected to that same punishment and it is the only punishment befitting a member of the Selangor Royal Family who has courted the displeasure of the Palace.

This means, in short, I can no longer attend the court hearing as the same is heard in Petaling Jaya, which is invariably within the state of Selangor.

The second reason is as follows:

In September 2008, I was detained under the Internal Security Act for what I was alleged to have written regarding the Altantuya murder and the alleged links to those who walk in the corridors of power. However, I am already facing trial on sedition and criminal defamation charges in this court as well as in the Kuala Lumpur court.

Now, my ISA detention in September 2008 was for the same crime as what I have been charged in this court (sedition) and in the Kuala Lumpur court (criminal defamation). This means I am being punished twice for the same crime and the law does not provide for one to be punished twice for the same crime.
No doubt, in November 2008, the Shah Alam court ruled my detention illegal and subsequently ordered my release. Nevertheless, the government is appealing this decision, giving a clear indication that it wants me back in Kamunting whereby I will face punishment without trial on top of the two trials I am being made to face -- which, as I said, are for those same crimes.

The events of late do not give me any confidence that I will get a fair trial. Even if the Petaling Jaya court acquits me, they can still appeal the decision of the court like what they are doing with the Shah Alam court’s decision to free me from ISA detention. And the manner the Federal Court conducted itself during the recent ISA appeal hearing is very troubling indeed and borders on unprofessional conduct.

Finally, my open letter to Nizar Jamaluddin has been classified as treason and the government wants to charge me for treason. The fact that no such law exists will not stop them as they can use the ‘waging war against the King’ law that they used against some of the Al Maunah members, which resulted in them being hanged in the Sungai Buloh Prison in October 2006.

Many of my friends have spotted police vehicles parked outside their house. Others have noticed police officers loitering in front of their residence while some have been summoned to Bukit Aman for interrogation. The police want them to reveal where I am currently residing.

Why are the police looking for me? Two months ago, the Federal Court was in a hurry to hear the appeal against my release from ISA detention. After impatiently rejecting all our applications and refusing to allow us time to file the necessary papers, the court suddenly went cold and nothing was heard from it since.

This got me very suspicious. I did some checking and have reason to believe that a new detention order has been issued and that is why the police are looking for me. If I were to turn up in court today I would never be allowed to leave. The police would immediately detain me and send me to Kamunting and this time I shall not be so fortunate as to see freedom in two months like in the last two occasions.

After two ISA detentions, I do not plan to allow them to get me so easily the third time around. I also refuse to face treason charges that will result in me being sent to the gallows. I love my life and wish to remain alive a few years longer if possible.

Those are the reasons I am not in court today. I shall, however, attend the court hearing when the situation permits, i.e., I am no longer to be charged for treason and I get an assurance from the powers-that-be that the Government’s appeal against my ISA release is withdrawn forthwith and that no new detention order has been issued. After all, if the Razak Baginda acquittal was not appealed upon, why am I being treated differently?

Raja Petra Bin Raja Kamarudin
23rd April 2003

9 Perkara Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Memperbaharui Roadtax Kenderaan


1. Bilakah selalunya anda memperbaharui cukai jalan (roadtax) kereta anda? ramai pemilik kenderaan yang melakukannya di saat-saat akhir sebelum tamat roadtax. Malah ramai juga yang melakukannya selepas tamat tempoh.
Sebenarnya, cukai jalan boleh diperbaharui 60 hari sebelum tamat tempohnya.
Ya, 60 hari! Tidak percaya? Sila lihat geran kereta anda. Oho….tentu ramai juga yang tidak pernah membelek geran kereta sebaik sahaja membeli kereta, bukan?
Tidak mengapa, sila klik pada gambar rajah geran di bawah ini, dan lihatlah sendiri.

2. Jangan serah bulat-bulat kepada ejen takaful atau insurans.Selalunya kita akan menyerahkan 100% kepada ejen takaful atau insurans untuk menguruskannya sehingga memperoleh roadtax. Sila semak maklumat perlindungan takaful atau insurans yang anda ambil supaya tidak diperguna.

Selaku pengguna, kita berhak untuk mendapatkan segala maklumat berkenaan perkhidmatan yang kita bayar, seperti jenis perlindungan, sum-insured (jumlah perlindungan), NCD (non-claim discount) dan yang paling penting premium perlindungan takaful kereta.

3. Pastikan jumlah perlindungan takaful adalah mengikut harga semasa.Jumlah perlindungan takaful atau sum-insured adalah hak pengguna untuk tentukan, bukan ejen. Ejen hanya mencadangkan dan jumlah yang sewajarnya adalah di tangan pemilik kereta.

4. Jangan over-insuredJika jumlah perlindungan diserah bulat-bulat kepada ejen, selalunya ejen akan meletakkan harga yang tinggi. Tidak guna untuk meletakkan jumlah perlindungan yang tinggi kerana sekiranya berlaku claim, anda hanya boleh membuat tuntutan mengikut harga semasa.

5. Tetapi, jangan pula below-insuredSebaliknya, sekiranya anda meletakkan harga perlindungan takaful kereta anda di bawah harga semasa, apabila berlaku tuntutan, syarikat takaful atau insurans hanya akan meluluskan sehingga jumlah yang anda insuranskan. Tetapi sesetengah syarikat takaful masih boleh mengambil kira sekiranya perbezaan jumlah perlindungan takaful dengan harga semasa tidak terlalu jauh sekitar 5%-10%.

Contoh untuk perkara 3, 4 dan 5;Kereta Proton Persona yang dikeluarkan tahun 2008 yang dibeli pada harga RM 53,000. Pada 2009, harganya telah jatuh sekitar RM 45000.00 – RM 47,000.00. maka pemilik kereta tersebut hendaklah meletakkan jumlah perlindungan takaful atau insurans pada harga sekurang-kurangnya RM 45,000 dan jangan melebihi RM 47,000.00

6. Jadi, bagaimana untuk mengetahui harga pasaran kereta.Jalan yang paling selamat adalah dengan anda menghubungi pihak bank, untuk mendapatkan nilai sebenar jumlah perlindungan kereta anda. Ini kerana pihak bank akan mengemas kini harga kereta setiap 3 bulan sekali.
Cara seterusnya adalah mendapatkan maklumat daripada kedai kereta terpakai. Mereka mempunyai perkiraan harga kereta tersendiri.

Cara paling mudah sekiranya anda malas untuk menghubungi pihak bank atau kedai kereta terpakai adalah dengan cara anda membelek ruang iklan di akhbar, majalah atau internet. Anda kumpulkan harga-harga kereta yang ada, kemudian anda cari purata harga kereta tersebut. Atau anda boleh juga mengambil harga tertinggi, dan harga terendah, kemudian bahagi keduanya.

7. Pastikan NCD (non-claim discount) atau NCB (non-claim bonus) anda mengikut apa yang sepatutnya.NCD atau NCB ini adalah diskaun atau bonus apabila tidak berlaku kemalangan pada satu tahun tempoh perlindungan. Ia bermula dengan 0% dan maksimum 55% pada tahun ke-5 untuk kereta dan 25% untuk motosikal pada tahun ke-3.

8. Bagaimana untuk berpindah daripada insurans kepada takaful?Ramai pemilik kenderaan yang berasa khuatir untuk bertukar daripada insurans kepada takaful dengan momokan bahawa mereka akan rugi kerana NCD akan menjadi 0%.

Walhal ia tidak benar sama sekali. Anda boleh membawa nilai NCD anda daripada syarikat insurans kepada takaful dengan membawa bukti dokumen NCD yang lama seperti covernote atau renewal notis syarikat lama. Ia juga boleh didapati dengan menghubungi khidmat pelanggan syarikat insurans lama.

Sebagaimana ditegaskan di dalam perkara ke-2 tadi, jangan serahkan bulat-bulat kepada ejen insurans atau wakil. Kadang-kadang berlaku apabila bertukar syarikat insurans, ada ejen insurans atau takaful yang mengambil kesempatan atas ketidaktahuan pengguna untuk memanipulasi perkara ini.
Sdra Abdul Latef ada berkongsi maklumat ini di dalam blog beliau.

9. Anda juga boleh memindahkan NCD apabila menukar kereta.Ini satu lagi maklumat yang jarang-jarang didedahkan. Selalunya berlaku apabila anda menukar kereta baru atau trade-in. Sebenarnya, NCD kereta lama anda boleh dibawa kepada kereta yang baru anda beli atau trade-in.

Sebagai contoh, sebelum ini anda memakai kereta kancil 850 yang berharga RM 15,000.00, dan NCD kereta anda itu sudah mencecah 55%. Apabila anda bertukar kepada kereta baru, anda boleh memindahkan NCD 55% tadi kepada kereta baru anda. Bertukar kereta baru tadi, tidak hanya bermaksud kereta yang baru dikeluarkan, ia bermaksud kereta baru dibeli. Tidak kira kereta baru atau kereta second hand, atau second hand yang baru.

Selalu berlaku ke atas pengguna, apabila bertukar kereta baru, NCD akan menjadi 0% kembali dan ia tidak didedahkan oleh penjual kereta merangkap ejen takaful atau insurans kereta tersebut. Jadi, di sinilah pentingnya serba sedikit ilmu pengetahuan sebagai pengguna untuk mengelak daripada diperguna.

Ingin memperbaharui roadtax anda sekarang? klik sahaja di sini!